Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Tuesday, August 9, 2011

41- DULU-DULU PART 3 - MALAM TARAWIH (BERMAIN-MAIN)



Ni nak cerita pasal bulan puasa lak… Aku kalau bulan puasa rasanya aku la budak paling baik kat kampung tu.. Maklumla.. Aku kan puasa (macam la orang lain tak puasa).. hihi.. Kalau bulan puasa ni yang paling best memang masa solat tarawih la… Kan aku dah cakap aku ni budak baik.. Tarawih tak tinggal tau.. Setiap malam aku pi masjid…  haha.. 




Situasi di atas amatlah diharapkan TETAPI inilah yg terjadi apabila aku sampai masjid…

“Satgi lepaih habih semayang isyak, kita start no0o” kata Mat Jan.. 

“Ish.. Aku tak main aih benda2 macam ni.. Aku ni budak baik la.. Aku mai sini nak semayang” kataku sesuci-suci diriku.. 

“Eleh.. Hang toksah dok blagak baik la.. Hang bukan baik sangat pn.. ” katanya lagi menyindir diriku.. Aku tetap sabar… Orang yang baik memang tahap kesabarannya tinggi..


SELEPAS HABIS SOLAT ISYAK

“Woi.. apit.. cepat la sikit.. nak main buat la cara nak main !!” katanya lagi terus menguji kesabaranku.. Aku hanya berjalan dengan lemah longlai…

“Ha la.. Aku mai la ni” kataku terpaksa..

Sebenarnya aku taknak main tapi  disebabkan aku kasihan dengan Mat Jan jadi aku main gak la.. Lagipun aku tak suka bagi kawan2 kecewa.. (ayat nak poyo ja),.. hahaha…

Segala kata2 dan tingkahlaku di atas hanyalah rekaan.. Sebetulnya adalah anda CUBA TUKARKAN WATAK MAT JAN MENJADI WATAK AKU.. Itulah aku… hahahaha…



“OK.. sorang tolong kira.. polis.. pencuri..” kata bangcik lagaknya seorang taiko…

~Polis sentry, one two jaga, polis mati pencuri jaga~

Anda tahu tak ini game apa??? Inilah game yg dinamakan POLICE SENTRY.. Gamenya mudah ja.. Mula2 buat undian dengan nyanyi lagu police sentry tu untuk tentukan siapa jadi polis atau pencuri.. Bila semua dah dibahagi, polis perlu tangkap semua pencuri.. Jangan bagi pencuri terlepas dari ‘lokap’. Bila semua pencuri kena tangkap, pencuri ni kena jadi polis lak dan polis tadi automatik jadi pencuri.. Tapi pencuri boleh terlepas dari lokap andainya pencuri lain dapat menyentuhnya.. Game ni perlukan strategi utk lepaskan kawan2 dalam lokap.. (tu pun kalau terfikir fasal kawan la).. hahaha


Kami biasanya main game ni hampir 40 ke 50 orang semuanya.. Jadi kena bahagi dua la.. Jarang la game ni habis dalam malam tu jugak (maksud aku polis berjaya tangkap semua pencuri).. Tapi takde lak yang sambung ke malam esoknya.. Biasanya kalau hari ini aku jadi pencuri, esok malam aku kena jadi polis (team yang sama).. sesiapa yang jadi polis hari ni confirm2 esok malam bersemangat nak datang tarawih (sebenarnya datang main je) sebab boleh jadi pencuri pulak,.. Kalau pencuri tak cukup, aku dengan bangganya akan offer kan diri untuk jadi pencuri… hahaha..



Kami main game ni dari lepas isyak sampailah habis jemaah solat tarawih.. Kami semua akan kembali ke masjid untuk bersiap2 pulang ke rumah namun ada agenda penting disebalik itu iaitu  AMBIK MAKANAN MOREH.. hahahaha


Begitulah yang berlaku pada hari2 seterusnya  dari awal Ramadhan sampailah ke malam raya.. Aku dan kami semua tetap pergi ke masjid semata-mata untuk solat terawih.. hehehe… 



Ada lagi aktiviti lain yang akan aku ceritakan dalam part seterusnya pasal malam terawih.. Tungguuuuu!!!! =)


Boleh tengok juga   PART 1,   PART 2,    PART 4,   PART 5,    PART 6....



5 comments:

mIsS n_n said...

ad0oiii~~tersengeh baca part kart0n..hahahax..

mmg budak 'baekkk' ;P

NEXXXTTT ^^

TOPEX said...

hehehe.. tingat balik time nie.. memang best.. !! malam malam sembunyi atas pokok.. jenuh cari laa geng geng polis..

TuJuH BeLaS said...

NN: hehe.. mmg baik..

Bancik: tau xpa.. ada lagi citer kita suma bakal menyusul.. haha

Puspa Chacha said...

cesss.... abg sama jer ngn budak2 yg dtg terawih kat cnie... dtg nak main jer... huhuhu... ish3... nakal sungguh abg nie...

TuJuH BeLaS said...

hihi.. besa la.. nakal la best.. banyak belajaq.. ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...