Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Thursday, January 27, 2011

14 - HOSPITAL OH HOSPITAL

Entry kali ni saya nak bercerita agak panjang.. Agak terperinci.. Akan ada banyak tulisan daripada gambar.. Yang menceritakan perjalanan masa selama 2 jam di Hospital Serdang..
Selamat membaca.. 

Situasi 1

26 Januari 2011 jam 9.39 pagi

Tiba2 handphone bergetar (maklum la handphone murah, tak ada lagu).. hihi

Tengok2  <1 message received >

"Abg.. Sedih sedih.. Ijad boleh discharge hr ni.. Org kuliah full!" from Mak Dattin Aqilawani (KILL).. haha. Saya tahu dia akan menjadi antara orang paling sedih kalau tak sempat jumpa Ijad.. Kenapa saya kata macam tu?? cuba la masuk blog dia dan baca entry2 kebelakangan ini.. Nanti anda akan tahu...Klik MAK DATTIN AQILAWANI untuk masuk blok beliau...

Tapi Siapakah Ijad yang dimaksudkan??

Nama sebenar beliau ialah Mohamad Rohaizad Bakari
Pelajar UKM.. Mungkin Pelajar KKM tahu berita kemalangan ini kerana turut melibatkan 
pelajar KKM sendiri yang kehilangan nyawa iaitu arwah Siti Nabilah bt Anuar..
Mangsa kemalangan langgar lari pada 23 Disember 2010 di lampu isyarat Jalan Reko..
Telah berada di Hospital Serdang selama 1 bulan..
Patah kedua2 belah kaki (betis kanan dan paha kiri terpaksa dimasukkan besi)..


Selepas bersembang2 akhirnya Kill mengambil keputusan untuk pergi melawat pukul 12 tengahari dengan Aten, Apau dan Linda sebab Ijad akan keluar dari hospital petang tu juga..


Situasi 2

Jam 1.15 petang

Alang : '' Hafiz, jom pi tengok Ijad.. Lepas ni dah tak boleh tengok dah. "
             Sebab sebelum tu sibuk uruskan pasal friendly game.. jadi lambat sikit la.. huhu
Saya : "Jom.. Kita gerak lepas solat."


Sebenarnya agak kelam kabut juga sebab WAKTU MELAWAT mula pukul 12 hingga 2 petang saja..
Tapi  pergi juga la.. berjumpa Ijad buat kali terakhir sebelum dia keluar dari hospital.. 


Situasi 3

Pukul 2.15 petang

Kami sampai di hospital..
Waktu melawat dah habis.. Kami pun fikir la idea macam mana nak masuk..
Sampai depan mak guard yang jaga laluan keluar masuk ke wad tu,


Saya : "Puan.. Nak masuk boleh tak.. Kawan saya dah nak discharge kejap lagi"
Mak Guard : "Discharge??.. pergi bayar di sana.."


Saya dengan alang saling pandang.. Dalam hati ni tanya juga nak kena bayar apa.. takkan la nak masuk ke wad pun kena bayar.. baik masuk panggung wayang kalu macam ni.. huhu


Saya : "Bayar apa puan??"
Mak Guard : "bla bla bla bla..... "


Kami tak faham pun apa dia kata.. huhu..
Lepas tu dia kata pergi ambil pas pelawat di kaunter depan..


Kami pun berjalan la nak ke kaunter depan tu..

Tiba2.....

Alang : "Pis, nk ikut jalan lain tak naik atas??"
Saya : " Ada ke? Kalu ada jom la.. "


Maklumlah alang dah selalu pergi hospital tu..

Kami pun naik ikut tangga kecemasan ke tingkat 2 dan naik ke tingkat 7 guna lif seperti biasa.. hihihi


Situasi 4

Sampai di wad ijad..
Nampak la family ijad dah bawak turun barang.. Tinggal ijad dengan kill, aten, apau dan linda je..


Lepas bersalam dengan ijad, mula la bersembang2 macam2 sambil bahan membahan.. dan semestinya bahannya adalah Kill.. hihi..


Masa sembang2 tu, ada la geng2 nurse pelatih datang beramah mesra dengan pesakit2 kat wad tu.. Termasuklah dengan ijad.. Nampaknya mereka sangat mengenali ijad (mungkin sebab begitu lama ijad tinggal di situ dan dia juga peramah)..


Tak lama kemudian tetiba kelihatan mak guard yang jumpa di bawah tadi meronda2 di wad tu.. Nampak saja tempat ijad penuh dengan manusia2 degil (kami la)  yang  x reti keluar selepas waktu melawat ni dia pun datang...

Mak Guard : "Kenapa ramai2 sini?? Waktu melawat dah habis."
Aten kot : " Kawan saya dah nak discharge.. Jadi nak jumpa dia kejap.. Nak tolong apa yang patut.."
Mak Guard : "Kalau discharge pun tak boleh ramai2... 2 orang saja."
Kami semua secara serentak dan tak ikhlas menjawab: "BAIK !!!"


Tapi semua saling tengok muka masing2 sambil tahan gelak.. Motifff???
Lepas tu mak guard tu dok ronda2 kat wad tu..
Sebenarnya risau gak sebab takut dia cam saya dengan alang yang masuk secara haram ni.. hoho..

Dengan tiba2 saya mendapat ilham..

Saya : "Dia tak bagi ramai2 kan.. Kat sini ada lagi 3 pesakit atas katil.. Apa kata kita amik katil sorang 1..      Kita buat2 la kita ni family dorg..  Bleh kita sembang2 jarak jauh.. "
Alang : "Takpa2.. Alang pakai tongkat ni.. wat macam orang sakit.. "
hahahahaha...

Riuh wad tu dengan gelak tawa kami.. Pakcik depan katil ijad tu tengok je... Kesian tengok dia.. huhu..


Lepas tu ijad pun kata nak bergerak balik dah.. Kami pun tolong la apa yang patut.. Angkat beberapa barang lagi.. Sambil tu alang nak tutup kerusi malas.. Nak bagi senang bawa.. Tapi beberapa minit cuba, tak boleh tutup gak..

Alang : "Macam mana ni ijad?? Tak boleh tutup pun"
Ijad : " Lipat itu, lipat ini, pegang itu, pegang ini"
Saya : "Mai nak tolong.. Aik.. macam mana ni.. Awat tak boleh tutup.. (bukan tak tahu tapi dah lama tak lipat kerusi malas ni) "

Mereka2 gelak je tengok kami berdua dok cari jalan macam mana nak tutup kerusi tu..


Tiba2...

" Lipat yang tu dulu.. Pastu terbalikkan.. pegang sisi. " Pakcik yang tinggal di katil bertentangan katil ijad tu bersuara..
Kami pun : " Oh macam ni ka.. Terima kasih pakcik." sambil tersenyum.. =))


Ijad pun nak salin pakaian.. Jadi langsir katil dia ditutup.. Along dan Apau tolong dia.. Kami pun beramai2 mula la beramah mesra dengan pakcik tadi.. Rupa2nya dia pun kena langgar lari.. Paha pun kena masuk besi.. Umur dalam lingkungan 70-an.. Tinggal di Seri Kembangan.. Ada anak 3 orang.. Semua tinggal dan kerja di Dubai..wow...


Sambil2 berbual tu sambil2 membahan dan mengutuk orang.. hahaha.. tak baik betul.. ;p

Ijad pun dah siap tukar pakaian.. Apabila Apau tarik je langsir, SEMUA ORANG TERGAMAM...

Kenapakah???

Hahahahahaha... Kami ternampak NOH HUJAN Jr..Ni dia.. hehe


Ijad aka Noh Hujan Jr.

 Kami pun ambil la kesempatan ni nak bergambar dengan dia.. 


Linda, Alang, saya, Apau, Aten, Kill dan Cik nurse tu bersama Ijad..


Cik nurse pun bagi la ubat2 dan pesan itu dan ini.. Banyak sungguh pesanannya.. Kenapa tak hantar pesanan ringkas je atau bahasa lembutnya SMS... hihihi


Lepas tu kami pun nak bergerak bawa Ijad turun.. Nak keluar dari wad tu semua staf dan doktor sapa ijad dan berharap dia cepat sembuh.. (agak mesra layanan mereka.. Lagipun mereka mengenali pesakit).


Along dan Apau bawa Ijad turun dulu sebab kami ada beberapa benda nak settle kan bersama ayah ijad apa yang patut berkaitan Ijad dengan pihak hospital..


Setelah selesai di wad, kami bergerak turun.. Ijad dan keluarga dah ada di depan pintu utama untuk masuk dalam kereta.. Sementara tunggu ayah Ijad pergi fotostat beberapa dokumen, kami sempat lagi membahan Kill.. hihihi.. Sory yer Kill ..


Beberapa minit lepas tu ayah dia sampai.. Ijad pun dimasukkan dengan berhati2 ke dalam kereta.. Sebab kaki dia masih sakit.. Kami pun bersalam dengan keluarga dia..


Saat itu saya rasa macam agak sedih terutamanya apabila melihat Ijad termenung saja masa masuk tu.. Dia tak toleh pun..


Saya tahu dia rasa sangat terharu terutamanya dengan Kill, Aten dan Apau yang sangat banyak meluangkan masa ke hospital melawat dan menghiburkan dia..


Mak ayah dia pula tak henti2 ucapkan terima kasih sebab tolong jaga ijad selama dia di hospital..  


Penghargaan ini sepatutnya diberikan kepada APAU, KILL dan ATEN disamping ALANG.. 


Akhirnya kereta itu pun mula bergerak... Ijad toleh dengan senyuman keharuan dan terus hilang dari pandangan..


Ketika itu, dalam hati saya:

ALHAMDULILLAH... 
IJAD.. 
KAU DIKURNIAKAN RAKAN2 YANG SANGAT BAIK DAN SANGGUP BERKORBAN DAN BERKONGSI SUKA DUKA BERSAMA KAU.. 

Semoga kau tak bersedih lagi..Walaupun kau kehilangan arwah, tapi masih ramai bersama kau..


Dan disini saya sangat ingin menyatakan sesuatu kepada mereka2 ini..


APAU : KAU MEMANG SEORANG KAWAN SEHIDUP SEMATI..

KILL DAN ATEN: ABG SANGAT KAGUM DENGAN KORANG.. WALAUPUN KORANG GILA2 TAPI HATI KORANG SANGAT2 BAIK TERHADAP KAWAN2 RAPAT.. ABG SALUTE SAMA KORANG..

ALANG : MANUSIA NI SAYA DAH MALAS NAK KOMEN.. DIA MEMANG TERBAIK.. 

LINDA, AYIN DAN LAIN2 : SENTIASA MENJADI PENDENGAR DAN PENASIHAT YANG BAIK.. TERIMA KASIH.. 


Ini sahaja entry kali ini.. Banyak pahit manis sepanjang melawat Ijad selama ini.. 


Dan kepada Ijad   SEMOGA CEPAT SEMBUH.. KAU MESTI KUAT.

Kau mesti kuat macam ni ijad.. =)

Sekian. Terima Kasih..
PeaCe   (^_^)Y

P/s : Teman senang mudah dicari.. Teman susah sukar dicari.. Semoga kita mampu menghargai.. =))


14 comments:

Puteri Narimah Jamali said...

kurusnya Ijad... semoga dia cpt sembuh n kembali ke ftsm utk sambung pengajian... dari senior dia... hehe~

wahidbushra said...

semua unsur de...kelakar, terharu, n so on~huhuuu..

hebat!! terbaiklahh...all the best for u guys~=)

FiNi Pelangi said...

nice entry,.
to ijad: get well soon n moga tabah mhadapi ujian ni,.
to the owner of the blog: perlu ke nk jd kuat smpi ade body cm gmbr tu,.

Lady Anne said...

kesian ijad...semoga dia tabah dan cpt sembuh..
abg pun msti ada pnhrgaan gak..hhi...tak lupa kwn=)

TuJuH BeLaS said...

Nare: InsyaAllah.. sama2 kita doakan.. =)

wahid: =))

fini: sama2 kita doakan.. =).. Saja wat hiasan.. hihi

N: insyaAllah.. =))

miss267 said...

huhu...tacing~
moga ijad kuat tmpuhi hari2 mendatang
n moga cepat sembuh..
insyaALLAH...

minye said...

bace psl ijad ni teringat psl ex-schoolmate b4 ni.. baru bercadang nak melawat die petang, tibe2 dpt berita yang kwn da meninggal.. rase sedih sgt..regret sgt2..
Thanks to Allah sbb kasi ijad peluang lg. moge2 ijad cpt sembuh.. =)

Kill said...

abg mmg suka bhn org kn.. ye lahh...sedar.. sapalah diri ini..
btw,thanxx abg :)

miss267 said...

minye:: sama la.. kwn yg dh lama xjmpe..myb 4years kot..baru2 ni dpt contact blik..plan nk jmp..tp ALLAH lbh sygkn dia..huhu..dia mnggl..sbb accdent gak..xsmpt jmp.. pesanku kat sume, hati2 di mana2..terutama di jln ry.. =(

papepun,sama2 doakan kesejahteraan ijad n sume..

TuJuH BeLaS said...

Jadikanlah segala yg berlaku ini adalah ujian dan peringatan Allah kepada semua hambaNYA.. Umur muda bukan beerti kita akan dapat hidup lagi lama.. Semoga kita tidak lalai dan leka dlm kehidupan skarang.. Pasti ada sebab knapa ssuatu itu berlaku.. Allah ada perancangn terbaik utk itu..

Saya harap kita semua dapat doakan kesejahteraan Ijad dan semua umat manusia di muka bumi ini.. HARAP JUGA AGAR KITA DPT SALING INGT MENGINGATI ANTARA SATU SAMA LAIN.. INSYAALLAH..

TuJuH BeLaS said...
This comment has been removed by the author.
TuJuH BeLaS said...

Kill: =))

Kill said...

abg..kami rindu ijad. rindu sgt2. xsuka duduk kkm ptg2. rasa nk pi serdang. :'(

TuJuH BeLaS said...

kill: xper.. smpai masa dia akan balik.. doakan dia cepat sembuh.. InsyaAllah.. jgn sedih2.. penuhkan ruang idup anda dengan senyuman.. =))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...