Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Tuesday, September 27, 2011

53 - BEIJING OH BEIJING

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kawan2 sekalian... 

Apa khabar semua?? Dah lama rasanya tak update blog ni.. sibuk banyak la.. huhuhu..


Entry kali ni aku nak cerita sikit pengalaman di Beijing, China yang aku pi baru2 ni.. Sebenarnya Beijing adalah salah satu  daripada tujuh tempat yang sangat aku nak pi dalam hidup aku ni.. Jadi bila dapat peluang untuk pi, memang aku tak lepas peluang la.. Aku rasa macam mimpi lak bila dapat menjejakkan kaki di bumi Beijing.. 


Aku pi dengan kawan2 dan pengurusan Kolej Keris Mas, UKM.. Masa kami pi, kat Beijing ni sedang musim luruh dengan suhu sekitar 21 darjah celcius.. Jadi takder la panas atau sejuk sangat.. Rasa selesa.. hihi..


Antara tempat kami pi adalah seperti berikut (macam nak jawab soalan exam plak.. haha) :

JIN SHA THEATER


Di depan Jin Sha Theater...
Antara aksi2 yang dilakukan..

 FORBIDDEN CITY

Aku di sini...

 SUMMER PALACE


Posing mesti sakan... =)


 GREAT WALL OF CHINA


Macam mimpi lak leh sampai kat tempat ni.. ^^
Tak faham dia tulis apa.. huhu
 
 BIRD'S NEST STADIUM


Sarang burung besar..=)

Tempat2 yg kami pi ni memang tempat2 tinggalan sejarah dan berusia beratus2 tahun.. Ye la.. China kan antara kuasa besar dalam perdagangan berabad2 lamanya.. Jadi banyak la tempat sejarah yang dorang ada.. Teruja jap.. hihi..



Untuk orang muslim, makanan halal memang agak susah dicari.. Kena pandai2 la..  Nasib baik kat tempat kami menginap tu ada kedai makan halal.. 1 hidangan boleh share sampai 4,5 orang.. Punya la banyak.. Besar betul mangkuknya.. Tapi sedap la.. Sayur2 memang wajib ada dalam masakan dorang.. Rasa sihat je sepanjang ada kat sana.. hihi    




Tandas2 lak memang tak macam kat Malaysia kecuali kat masjid je.. Yang lain semua takder paip air.. Suma guna tisu jer.. Kalau nak masuk tandas kena bawak botol la nak isi air.. Yang lagi best, ada gak tandas yang takder pintu.. Redha je la.. -.-‘’..  Tapi tu la kan.. Pergi tempat orang kita kena la cuba sesuaikan diri dengan persekitaran di situ.. =))




Dari segi bahasa, takder la masalah sangat sebab kalau di kawasan bandar, kebanyakan rakyat mereka terutamanya peniaga2 boleh berbahasa Melayu atau Indonesia..Walaupun tak terlalu fasih tapi dorang tau cakap ayat2 simple.. Rupanya Beijing memang jadi salah satu tempat pilihan pelancong dari Malaysia sampaikan dorang mengambil inisiatif untuk belajar bahasa melayu.. =)



Apapun kelebihan dan kekurangannya, memang seronok jika dapat melawat negara orang.. Kita dapat mengenali budaya dan cara hidup masyarakat di situ.. Ada yang sama dengan kita tapi lagi banyak yang bezanya.. 



Sekarang ni ada lagi enam tempat yang aku teringin sangat nak pi.. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih dan berkemampuan, aku memang nak sampai ke tempat2 itu.. Dimanakah tempatnya??? Tungguuuu… =)


Bersedia untuk kembali ke Malaysia.. 




6 comments:

Puteri Narimah Jamali said...

bestlah!
=]

mIsS n_n said...

mesti dlm list 6 tempat lg tu ada Makkah kan? ^^

*still jelesh~~ *

Ain Syira said...

best nyer..dapat pengalaman yg amat bermakna di china :)

Saifullah Al-Maslul said...

tahniah ALLAH luaskan pndgan smpi ke sane.. :-)

TuJuH BeLaS said...

Nare: best2.. =)
NN: =)
Ain Syira: =)
Saifullah: Alhamdulillah... =)

Siti Hajar said...

boleh sy tahu, awak pakai travel agent apa? murah tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...