Bertemu kembali kita dalam rancangan ini.. hehe.. Dah lama tak buat entry kenangan ni.. huhu.. Kali ini aku nak cerita pasal motor lak.. Kalau korang nak tau, aku belajar bawak (tunggang) motor masa darjah 3 lagi.. Bukan apa, aku dulu sangat berminat nak bawak motor.. Tambah2 bila tengok abg aku (masa tu dia darjah 6) dah bawak motor dah ronda2 kampung.. Tapi moto pasola la.. Motor kawan kami.. Anip nama dia.. Tau tak moto tu macam mana?? Hehe..
Ni la pasola.. comel kn? hihi |
Sebenarnya masa darjah 2 aku pernah je bawak motor tapi ada orang yg control brek dan gear iaitu pakngah aku.. Kaki aku letak dalam raga motor.. comel tak?? Eeuuuww… haha.. Selalu masa kami pi sembahyang jumaat la.. Aku selalu nak pi dengan dia semata2 nak bawak motor.. Bukan bawak sangat pun.. pulas minyak je.. hahaha..
Pastu disebabkan nafsu lelakiku membuak2 (orang kata nafsu jantan yg pantang dicabar) aku pun belajar la bawak motor.. Kat rumah aku ada 2 buah motor masa tu.. Motor Yamaha CDI.. Kuat la motor tu.. Sekarang ni orang banyak guna motor macam tu pi kutip getah.. =.=”
Yamaha CDI |
First time belajar bawak sendiri tu aku ingat lagi, mak aku dok tepi pegang motor (sebab kaki aku tak dapat cecah tanah lagi, kalau cecah pun sebelah je) pastu mak aku suruh masuk gear dan pulas minyak la (macam yg aku dok bawak masa naik dengan pakngah aku tu).. Aku pun apa lagi.. Masuk la gear dan pulas minyak dengan penuh semangat kesukanan (time tu naik sorang je)..
Aku terpelanting di atas pasir dan tidak sedarkan diri.. Sedar2 jer aku tertanya2 dimanakah aku berada.. Mungkin di syurga barangkali.. hehe.. gurau je.. Aku terjatuh sikit jer.. luka sikit2.. “Ala.. anak jantan.. malu la kalau takdak parut kat badan” aku bermonolog sorang diri.. hahaha..
Tiba2…..
BAAMMMMMMM!!!!
Aku terpelanting di atas pasir dan tidak sedarkan diri.. Sedar2 jer aku tertanya2 dimanakah aku berada.. Mungkin di syurga barangkali.. hehe.. gurau je.. Aku terjatuh sikit jer.. luka sikit2.. “Ala.. anak jantan.. malu la kalau takdak parut kat badan” aku bermonolog sorang diri.. hahaha..
Rupa2nya masa aku pulas minyak tu, tenaga yang digunakan sangat berlebihan.. Aku rasa kalau atas jalanraya tu mahu mencecah 100 km/j tu.. Tapi nasib baik jatuh dekat je dengan tempat mak aku pegang motor tu.. ada la lebih kurang 10 meter je.. Terlanggar selonggok pasir.. Nak buat macam mana.. TERhilang kawalan.. hahaha..
Tapi ni memang pengalaman yg best la.. Lepas tu aku dah boleh bawak motor dah.. Dengan begitu sopan santun.. hihi..
1 comment:
hahahahaha... ape la abg nie... anak jantan la sgt kan... hahahahaha
Post a Comment