Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Wednesday, August 3, 2011

38 - RAMADHAN MENJELANG JUA



Hari ni dah lepas 3 hari berpuasa.. Tapi masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kpd rakan2 muslimin dan muslimat sekalian.. So amacam kawan2?? Dah ada yang TERponteng ke? Atau masih berjaya menahan lapar dan dahaga?? Hihi.. InsyaAllah harap2 semua masih mampu dan bersemangat untuk terus berpuasa yer (kecuali yg tak dapat berpuasa atas sebab2 yg dibenarkan).. 

Tapi harus diingatkan bahawa berpuasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga namun perlu juga menahan hawa nafsu, kata2, tingkah laku dan sebagainya sekiranya kita mahu pahala puasa kita diterima.. Apapun disini saya ingin mengajak rakan2 semua untuk melihat serba sedikit info2 tentang puasa ni yang dipetik dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah Sepanjang Zaman oleh As-Shaikh Ali b. Abdullah.. Mungkin boleh menjadi panduan kita semua.. =) Kredit kepada  FORUM PONDOK BURUK..


Pengertian Puasa
Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.
Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2 Hijrah.


Dalil
Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.


Wajib Puasa
1) Islam
2) Mukalaf
3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.


Sah Puasa
1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2) Suci dari haid dan nifas.
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya’ban).


Rukun Puasa
1) Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
2) Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.


Membatalkan Puasa Sekiranya

1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2) Muntah dengan sengaja.
3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4) Haid atau nifas.
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6) Murtad (keluar dari Islam).
7) Gila (hilang akal).


Pantang-larang puasa
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).

1) Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5) Marah.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya. (Hadis Riwayat Muslim)

Bermaksud: Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”. (Hadis menurut Sahih Muslim)


Sunat-sunat Puasa

1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
2) Makan sahur walaupun sedikit.
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.


Golongan Yang Harus (Dibenarkan) Berbuka Puasa
1) Orang yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi wajib di qada’.
2) Orang sakit, wajib di qada’.
3) Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib qada’ dan jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada’ dan fidyah.


Bacaan Niat Puasa

Lafaz niat puasa Fardhu Ramadhan
“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.

Bacaan Hendak Berbuka Puasa
“Ya Tuhanku, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah Ya Amat Mengasihi”.

Semoga kita akan mengambil peluang ini untuk memperbanyakkan amal ibadat kita.. InsyaAllah.. =)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...