Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Monday, April 18, 2011

24 - SELAMAT HARI LAHIR


Setelah sekian lama menyepi.. Akhirnya kembali berblogging.. Ada saja yang tanya kenapa tak update blog.. Adoi.. Tak ada pula jawapannya.. Tapi tak perasan pula entry ni adalah entry ke 24.. Dan tiba2 ada yang ingatkan yang saya ni dah berumur 24 tahun pada 17 APRIL 2011 iaitu semalam la.. Jadi sesuai la dengan  nombor entry blog pasal birthday saya.. huhu


Pertama sekali saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR yang ke-24 kepada diri saya sendiri pada 17 APRIL 2011.. Pong!! Pang!! Boom!! Kebaboom!! (syok sendiri) hehe.. 






Nampaknya umur dah semakin meningkat.. Harap2 kematangan pun akan semakin meningkat la.. Tak lupa juga amal ibadat (sesungguhnya manusia ini selalu lalai dan alpa).. huhu


Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memberi peluang kepada saya untuk terus bernafas di muka bumi ini.. Mudah2an sy dapat menjadi insan yang lebih baik pada masa2 akan datang dengan keredhaan-Nya.. InsyaALLAH..


Apapun disini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya kepada ibu tersayang, Zaiton bt Ramli kerana telah bersusah payah melahirkan saya ke dunia ini.. Tak lupa juga kepada ayah saya, Md Saad bin Lebai Awang yang telah menjaga keluarga dengan baik dan kedua2 nya yang mendidik kami adik-beradik selama ini.. 


Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada guru2 dan rakan2 saya di Sekolah Kebangsaan Lahar Budi (SKLB), Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar (SMKDSO), pensyarah2 dan rakan2 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta semua insan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan saya dunia akhirat..


Sesungguhnya doa kalian adalah hadiah terbaik buat sy..



Sebagai insan yg lemah, saya hanyalah manusia yg sentiasa melakukan kesalahan dalam sedar dan tanpa sedar.. Diharap andai ada kesilapan telah saya lakukan, semua dapat menegur saya yer.. Saya juga ingin memohon beribu2 kemaafan andai telah menyinggung perasaan sesiapa selama ini.. Jika ada benda yg saya terlepas pandang atau terlupa, bolehlah tuntut dengan saya.. Terima kasih juga diucapkan kepada insan2 yang sentiasa bersama ketika saat suka duka saya selama ini..


TERIMA KASIH!! SAYA SAYANG ANDA SEMUA.. 



(^_^)


p/s: Semoga hidup sentiasa dirahmati dan diberkati






1 comment:

mIsS n_n said...

=)
again~wish u hepy besday..
moga dirahmati ALLAH selalu..
kekalkan yg baik,perbaiki yg kurang...insyaALLAH..
ameennn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...