Bulan puasa dan mercun memang tak dapat dipisahkan.. Sejak sekian lama lagi.. Dari aku kecik2 dulu sampai la sekarang.. Apa yang best sangat dengan mercun ni aku pun taktau.. Aku dulu suka main MERIAM je.. Takdelah best sangat.. Sikit2 jer.. hehe..
Bercerita tentang mercun ni, masa aku kecik2 dulu mercun banyak tapi jenis yg tak berbahaya.. Macam ni..
1. Bunga Api - Yang ni kalau percikan api tu kena budak2, dorang sengih je.. Tak mencabar katanya.. huhu
2. Mercun Bawang - mercun ni baling je kat lantai ke tanah ke, pastu dia meletup la.. Comel je bunyinya.. hihi
3. Mercun Roket - Mercun ni kalau terbang pun tak jauh.. Bunyi pun pelan jer..
4. Mercun Padi - Kat tempat aku panggil mercun lada.. Biasanya mercun ni orang pegang je.. Setakat meletup kat jari ni takdak hal la.. hihi
5. Mercun apa entah - percikan api dia keluar warna warni.. hihi
6. Mercun Telur Naga - Aku taktau kenapa nama dia macam tu.. Tapi mercun ni akan menghasilkan percikan api yg cantik gak..
7. Mercun Lebah - Mercun ni memang akan berterbangan seolah2 seperti seekor lebah.. hihi
8. Mercun Papan - Mercun ni sebenarnya tak bahaya sangat pun.. Adik beradik mercun padi la.. Bunyi letupan tu kuat sikit..
Dan macam2 lagi la.. Mercun gasing, mercun mancis, thunder clap, mercun lalat dan sebagainya la.. Ini kategori yang tak berbahaya la.. Kalau yang berbahaya pulak mercun2 ni..
9. Mercun Bola - Tengok bentuk pun dah tau macam apa.. Mercun ni adalah evolusi daripada mercun2 biasa tadi.. Belerang dalam tu dimampatkan dan hasilnya memang memberangsangkan tapi sangat berbahaya andai anda terlupa untuk membalingnya setelah sumbu dicucuh.. huhu
10. Mercun Telur - Mercun ni adik beradik mercun bola la.. Warna sama, bunyi lebih kurang, bentuk sedikit berbeza tapi kesannya hampir sama..
11. Mercun Ketupat - Sila jangan makan mercun ni.. Mercun ni lagi power dari mercun bola dan mercun telur.. Semestinya kesannya juga pasti lebih hebat.. huhu
Dan ada lagi beberapa mercun yang berbahaya terutamanya mercun buatan sendiri.. Kalau terkena mercun tu memang kena makan pakai straw la.. huhu..
Kat bawah ni nak tunjuk sikit kesan2 akibat terkena mercun.. Ada sesetengah tu bukan main pun tapi dia ada kat tempat orang main.. Mungkin kawan2 jeles dengan kecomelan dorang ni sebab tu dorang kena baling dengan mercun2 berbahaya ni.. Akibatnya....
dan ini
dan orang agak dewasa pun tidak terkecuali
Kesimpulannya, faktor umur bukanlah menjamin anda akan selamat daripada terkena kesan mercun.. Kita tak tau apa akan terjadi pada masa akan datang.. Mana tau tiba2 acid splasher teringin guna mercun ketupat lak bagi menggantikan asid yang semakin dikawal penjualannya.. Jadi dimana sahaja anda berada sila BERHATI-HATI DI JALAN RAYA..(lari tajuk pulak)..
Pada aku, tak salah bermain mercun tapi kalau terjadi apa2 terpaksalah tanggung sendiri.. Bukan apa, kalau setakat luka sikit2 mungkin takdak hal la.. Tapi kalau sampai putus jari, agak2 macam mana masa depan mangsa tu terutamanya kes2 ini banyak melibatkan kanak2.. Kalau anda adalah seorang abang yang dah matang / seorang bapa / seorang ibu / seorang kakak / seorang adik yang lebih matang dari abang dan kakaknya, anda pasti tahu apa yang perlu dibuat.... Jadi...
ANDA LIHAT ANDA FIKIR ANDA BERTINDAK
No comments:
Post a Comment