Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Saturday, January 29, 2011

15 - BALIK KAMPUNG

Wahhh.. 
Dah masuk CUTI MID SEM dah rupanya...
Seminggu la bercuti yer 
(terutamanya kepada pelajar2 universiti)

Kelihatan begitu ramai teruja nak balik kampung halaman masing2..
(walaupun ramai je tinggal di bandar)
Tak kurang juga yang dah sampai di rumah.. 
Bak kata orang putih 'HOME SWEET HOME'.

Eh silap.. ni rumah burung layang2.. huhu

haaa.. Ni la rumah beralaskan laut.. hihi

Mesti ramai yang dah ada perancangan masa cuti kan.

Ada yang nak qada' tidur..
Ada yang nak belajar masak (sebab mula rasa gatal nak kahwin)..
Ada yang nak tolong keluarga tambah sumber pendapatan..
Ada yang nak main dengan abang, kakak, adik2 dan binatang2 peliharaan..
dan macam2 lagi la.
.
Harap2 tak ada la yang membuat perkara2 negatif yer..
Maklumlah 

GETAH TENGAH NAIK HARGA
MOTOR SUDAH MAKIN BANYAK
WAYAR DAN KABEL TELEFON PUN DAH MAKIN KURANG DIGUNAKAN
RUMAH PUN MAKIN KURANG PENGHUNINYA

Beringatlah sebelum TERKENA yer..
Sama ada kepada PEMANGSA atau MANGSA
PREVENTION IS BETTER THAN CURE
Tak nak la tiba2 ada yang jadi macam ni..

Kenapa jadi macam ni??? Sendiri mau ingat la yer..

Kepada warga Tiong Hwa pula,
Sudah semestinya sedang menyiapkan kelengkapan
untuk PERAYAAN TAHUN BARU CINA..



SELAMAT TAHUN BARU SAYA UCAPKAN

Kepada semua yang menyambutnya..
Kalu beli buah limau sampai berkotak2 tu, 
sedekah2 la kat kawan2 sikit yer.. hihi


Nak yang ni la.. hehe
TAHUN NI TAHUN ARNAB KAN.. 
SAMA pula dengan tahun kelahiran saya..
COMELNYA ARNAB KAN.. =))

Tengok ni..

Alololo... Comelnya... hihihi

Apapun diharap semua dapat jaga diri elok2 di rumah..
Jadilah anak mithali..
Kurangkan bergaduh adik beradik..
Kurangkan kontroversi (macam artis la pula).. hihi

SEMOGA DAPAT BERTEMU LAGI SELEPAS CUTI BERAKHIR YER..

INSYAALLAH

Sekian. Terima Kasih..
PeaCe   (^_^)Y

p/s: nak layan lagu balik kampung dendangan Allayarham Sudirman.. =)


Thursday, January 27, 2011

14 - HOSPITAL OH HOSPITAL

Entry kali ni saya nak bercerita agak panjang.. Agak terperinci.. Akan ada banyak tulisan daripada gambar.. Yang menceritakan perjalanan masa selama 2 jam di Hospital Serdang..
Selamat membaca.. 

Situasi 1

26 Januari 2011 jam 9.39 pagi

Tiba2 handphone bergetar (maklum la handphone murah, tak ada lagu).. hihi

Tengok2  <1 message received >

"Abg.. Sedih sedih.. Ijad boleh discharge hr ni.. Org kuliah full!" from Mak Dattin Aqilawani (KILL).. haha. Saya tahu dia akan menjadi antara orang paling sedih kalau tak sempat jumpa Ijad.. Kenapa saya kata macam tu?? cuba la masuk blog dia dan baca entry2 kebelakangan ini.. Nanti anda akan tahu...Klik MAK DATTIN AQILAWANI untuk masuk blok beliau...

Tapi Siapakah Ijad yang dimaksudkan??

Nama sebenar beliau ialah Mohamad Rohaizad Bakari
Pelajar UKM.. Mungkin Pelajar KKM tahu berita kemalangan ini kerana turut melibatkan 
pelajar KKM sendiri yang kehilangan nyawa iaitu arwah Siti Nabilah bt Anuar..
Mangsa kemalangan langgar lari pada 23 Disember 2010 di lampu isyarat Jalan Reko..
Telah berada di Hospital Serdang selama 1 bulan..
Patah kedua2 belah kaki (betis kanan dan paha kiri terpaksa dimasukkan besi)..


Selepas bersembang2 akhirnya Kill mengambil keputusan untuk pergi melawat pukul 12 tengahari dengan Aten, Apau dan Linda sebab Ijad akan keluar dari hospital petang tu juga..


Situasi 2

Jam 1.15 petang

Alang : '' Hafiz, jom pi tengok Ijad.. Lepas ni dah tak boleh tengok dah. "
             Sebab sebelum tu sibuk uruskan pasal friendly game.. jadi lambat sikit la.. huhu
Saya : "Jom.. Kita gerak lepas solat."


Sebenarnya agak kelam kabut juga sebab WAKTU MELAWAT mula pukul 12 hingga 2 petang saja..
Tapi  pergi juga la.. berjumpa Ijad buat kali terakhir sebelum dia keluar dari hospital.. 


Situasi 3

Pukul 2.15 petang

Kami sampai di hospital..
Waktu melawat dah habis.. Kami pun fikir la idea macam mana nak masuk..
Sampai depan mak guard yang jaga laluan keluar masuk ke wad tu,


Saya : "Puan.. Nak masuk boleh tak.. Kawan saya dah nak discharge kejap lagi"
Mak Guard : "Discharge??.. pergi bayar di sana.."


Saya dengan alang saling pandang.. Dalam hati ni tanya juga nak kena bayar apa.. takkan la nak masuk ke wad pun kena bayar.. baik masuk panggung wayang kalu macam ni.. huhu


Saya : "Bayar apa puan??"
Mak Guard : "bla bla bla bla..... "


Kami tak faham pun apa dia kata.. huhu..
Lepas tu dia kata pergi ambil pas pelawat di kaunter depan..


Kami pun berjalan la nak ke kaunter depan tu..

Tiba2.....

Alang : "Pis, nk ikut jalan lain tak naik atas??"
Saya : " Ada ke? Kalu ada jom la.. "


Maklumlah alang dah selalu pergi hospital tu..

Kami pun naik ikut tangga kecemasan ke tingkat 2 dan naik ke tingkat 7 guna lif seperti biasa.. hihihi


Situasi 4

Sampai di wad ijad..
Nampak la family ijad dah bawak turun barang.. Tinggal ijad dengan kill, aten, apau dan linda je..


Lepas bersalam dengan ijad, mula la bersembang2 macam2 sambil bahan membahan.. dan semestinya bahannya adalah Kill.. hihi..


Masa sembang2 tu, ada la geng2 nurse pelatih datang beramah mesra dengan pesakit2 kat wad tu.. Termasuklah dengan ijad.. Nampaknya mereka sangat mengenali ijad (mungkin sebab begitu lama ijad tinggal di situ dan dia juga peramah)..


Tak lama kemudian tetiba kelihatan mak guard yang jumpa di bawah tadi meronda2 di wad tu.. Nampak saja tempat ijad penuh dengan manusia2 degil (kami la)  yang  x reti keluar selepas waktu melawat ni dia pun datang...

Mak Guard : "Kenapa ramai2 sini?? Waktu melawat dah habis."
Aten kot : " Kawan saya dah nak discharge.. Jadi nak jumpa dia kejap.. Nak tolong apa yang patut.."
Mak Guard : "Kalau discharge pun tak boleh ramai2... 2 orang saja."
Kami semua secara serentak dan tak ikhlas menjawab: "BAIK !!!"


Tapi semua saling tengok muka masing2 sambil tahan gelak.. Motifff???
Lepas tu mak guard tu dok ronda2 kat wad tu..
Sebenarnya risau gak sebab takut dia cam saya dengan alang yang masuk secara haram ni.. hoho..

Dengan tiba2 saya mendapat ilham..

Saya : "Dia tak bagi ramai2 kan.. Kat sini ada lagi 3 pesakit atas katil.. Apa kata kita amik katil sorang 1..      Kita buat2 la kita ni family dorg..  Bleh kita sembang2 jarak jauh.. "
Alang : "Takpa2.. Alang pakai tongkat ni.. wat macam orang sakit.. "
hahahahaha...

Riuh wad tu dengan gelak tawa kami.. Pakcik depan katil ijad tu tengok je... Kesian tengok dia.. huhu..


Lepas tu ijad pun kata nak bergerak balik dah.. Kami pun tolong la apa yang patut.. Angkat beberapa barang lagi.. Sambil tu alang nak tutup kerusi malas.. Nak bagi senang bawa.. Tapi beberapa minit cuba, tak boleh tutup gak..

Alang : "Macam mana ni ijad?? Tak boleh tutup pun"
Ijad : " Lipat itu, lipat ini, pegang itu, pegang ini"
Saya : "Mai nak tolong.. Aik.. macam mana ni.. Awat tak boleh tutup.. (bukan tak tahu tapi dah lama tak lipat kerusi malas ni) "

Mereka2 gelak je tengok kami berdua dok cari jalan macam mana nak tutup kerusi tu..


Tiba2...

" Lipat yang tu dulu.. Pastu terbalikkan.. pegang sisi. " Pakcik yang tinggal di katil bertentangan katil ijad tu bersuara..
Kami pun : " Oh macam ni ka.. Terima kasih pakcik." sambil tersenyum.. =))


Ijad pun nak salin pakaian.. Jadi langsir katil dia ditutup.. Along dan Apau tolong dia.. Kami pun beramai2 mula la beramah mesra dengan pakcik tadi.. Rupa2nya dia pun kena langgar lari.. Paha pun kena masuk besi.. Umur dalam lingkungan 70-an.. Tinggal di Seri Kembangan.. Ada anak 3 orang.. Semua tinggal dan kerja di Dubai..wow...


Sambil2 berbual tu sambil2 membahan dan mengutuk orang.. hahaha.. tak baik betul.. ;p

Ijad pun dah siap tukar pakaian.. Apabila Apau tarik je langsir, SEMUA ORANG TERGAMAM...

Kenapakah???

Hahahahahaha... Kami ternampak NOH HUJAN Jr..Ni dia.. hehe


Ijad aka Noh Hujan Jr.

 Kami pun ambil la kesempatan ni nak bergambar dengan dia.. 


Linda, Alang, saya, Apau, Aten, Kill dan Cik nurse tu bersama Ijad..


Cik nurse pun bagi la ubat2 dan pesan itu dan ini.. Banyak sungguh pesanannya.. Kenapa tak hantar pesanan ringkas je atau bahasa lembutnya SMS... hihihi


Lepas tu kami pun nak bergerak bawa Ijad turun.. Nak keluar dari wad tu semua staf dan doktor sapa ijad dan berharap dia cepat sembuh.. (agak mesra layanan mereka.. Lagipun mereka mengenali pesakit).


Along dan Apau bawa Ijad turun dulu sebab kami ada beberapa benda nak settle kan bersama ayah ijad apa yang patut berkaitan Ijad dengan pihak hospital..


Setelah selesai di wad, kami bergerak turun.. Ijad dan keluarga dah ada di depan pintu utama untuk masuk dalam kereta.. Sementara tunggu ayah Ijad pergi fotostat beberapa dokumen, kami sempat lagi membahan Kill.. hihihi.. Sory yer Kill ..


Beberapa minit lepas tu ayah dia sampai.. Ijad pun dimasukkan dengan berhati2 ke dalam kereta.. Sebab kaki dia masih sakit.. Kami pun bersalam dengan keluarga dia..


Saat itu saya rasa macam agak sedih terutamanya apabila melihat Ijad termenung saja masa masuk tu.. Dia tak toleh pun..


Saya tahu dia rasa sangat terharu terutamanya dengan Kill, Aten dan Apau yang sangat banyak meluangkan masa ke hospital melawat dan menghiburkan dia..


Mak ayah dia pula tak henti2 ucapkan terima kasih sebab tolong jaga ijad selama dia di hospital..  


Penghargaan ini sepatutnya diberikan kepada APAU, KILL dan ATEN disamping ALANG.. 


Akhirnya kereta itu pun mula bergerak... Ijad toleh dengan senyuman keharuan dan terus hilang dari pandangan..


Ketika itu, dalam hati saya:

ALHAMDULILLAH... 
IJAD.. 
KAU DIKURNIAKAN RAKAN2 YANG SANGAT BAIK DAN SANGGUP BERKORBAN DAN BERKONGSI SUKA DUKA BERSAMA KAU.. 

Semoga kau tak bersedih lagi..Walaupun kau kehilangan arwah, tapi masih ramai bersama kau..


Dan disini saya sangat ingin menyatakan sesuatu kepada mereka2 ini..


APAU : KAU MEMANG SEORANG KAWAN SEHIDUP SEMATI..

KILL DAN ATEN: ABG SANGAT KAGUM DENGAN KORANG.. WALAUPUN KORANG GILA2 TAPI HATI KORANG SANGAT2 BAIK TERHADAP KAWAN2 RAPAT.. ABG SALUTE SAMA KORANG..

ALANG : MANUSIA NI SAYA DAH MALAS NAK KOMEN.. DIA MEMANG TERBAIK.. 

LINDA, AYIN DAN LAIN2 : SENTIASA MENJADI PENDENGAR DAN PENASIHAT YANG BAIK.. TERIMA KASIH.. 


Ini sahaja entry kali ini.. Banyak pahit manis sepanjang melawat Ijad selama ini.. 


Dan kepada Ijad   SEMOGA CEPAT SEMBUH.. KAU MESTI KUAT.

Kau mesti kuat macam ni ijad.. =)

Sekian. Terima Kasih..
PeaCe   (^_^)Y

P/s : Teman senang mudah dicari.. Teman susah sukar dicari.. Semoga kita mampu menghargai.. =))


13 - SENYUM SENYUM SENYUM

SENYUMMMMMMMM!!!
hihihihi

Ini tajuk entry kali ni..
hmmm... 

Kenapa SENYUM???

Senyum kan merupakan satu sedekah..
 Jadi secara tidak langsung adalah SATU IBADAH...
haaaa.. kan dapat pahala.. =))

Lagipun bukannya susah nak senyum.. 
Tengok ni..

Terserlah kejujuran pada senyumannya

Susah juga ke nak senyum???
Tengok pula yang ini.. 

Kambing pun boleh senyum.. Takkan manusia tak boleh.. hihi


Senyum lah..

Selain itu, senyum juga boleh :
  • Menenangkan jiwa
  • Menambahkan seri di wajah
  • Melariskan jualan
  •  Meredakan tekanan
  • Memikat hati seseorang (kalau ada niat macam tu)
  • sebagainya

Menurut kajian secara saintifik pula :
  • senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk joging dalaman
  • hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  • terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik
  •  mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
  • merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar
  • mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik


Waahhh.. kalau nak senaraikan semua memang banyak la.. 

Tapi sebenarnya ada yang SENYUM KERANA GEMBIRA dan
ada yang SENYUM TAPI TIDAK GEMBIRA..

Semuanya mempunyai sebab musabab yang tersendiri..

Diharap agar kita semua masih BOLEH dan MAMPU TERSENYUM 
selagi hayat dikandung badan..

 JOM SENYUM 


Sekian. Terima kasih
PeaCe   (^_^)Y

p/s : Senyumlah senyumlah ahai cek mek molek... =))



Wednesday, January 26, 2011

12 - SEGALANYA PASTI AKAN MENJADI LEBIH BAIK

MARAH???? 

SEDIH???

TERKILAN???

KECEWA???

Biasalah.. 
Lumrah manusia yang berperasaan..
Kalau tiada perasaan pun susah juga.. hihi

Tiada banyak yang ingin diperkatakan pada entry kali ini..
Cuma mengharapkan kepada sesiapa sahaja yang sentiasa merasa 
keadaan sebegini agar berkongsilah masalah anda dengan rakan2, 
mak ayah, adik beradik, saudara mara, pacar2 (kalau ada) dan sebagainya..

Namun tempat TERBAIK untuk kita mengadu adalah kepada ALLAH SWT
dengan DOA TULUS IKHLAS memohon dipermudahkan segala urusan seharian 
dan dihindari daripada bersifat NEGATIF..


Berdoalah..

Jika melibatkan persengketaan sesama manusia pula,

JANGANLAH BERDENDAM..
JANGANLAH MENYIMPAN PERASAAN (terutamanya yg negatif)

Kerana ia mampu membuatkan diri kita HILANG PERTIMBANGAN 
dan mampu BERTINDAK DI LUAR KAWALAN...

Motif gambar anak kucing bergaduh ni??

Mantap ar.. hahaha

Jangan ingat perempuan lemah... hoho

Kesian.. huhu


Kan saling BERMAAFAN ADALAH LEBIH BAIK 
dan PALING DITUNTUT DALAM AGAMA.. 

Bersalam.. (ini bukan memohon maaf).. huhu

Jika orang memberi RACUN kepada kita,
BALASLAH dengan MADU..
(tapi kalu nak bermadu, pasti isteri anda tanpa segan silu akan meracuni anda)
hahahaha..

Nak minta petua boleh bermadu tanpa diracuni, tanyalah ABANG BAKAR ni.. hihi

MULIALAH ORANG YANG MEMBALAS SEGALA KEJAHATAN 
KEATAS DIRINYA DENGAN KEBAIKAN.. 

SEMOGA MASING2 MENDAPAT KEBERKATAN
DAN HIDAYAH DARIPADA ALLAH SWT..

INSYAALLAH

Sekian, terima kasih..
PeaCe   (^_^)Y

p/s : bukan masa raya saja perlu minta maaf.. =)

11 - TIADA KATA TIADA BICARA

TIADA KATA TIADA BICARA

Inilah tajuk entry pada malam ini..
Kenapa saya pilih tajuk ini???
Saya sendiri pun tak pasti..
Cuma apa yang saya tahu adalah saya nak menaip di blog...

Saya terasa buntu ketika ini..
Sukar digambarkan dengan kata2..

Walaupun ada saja aktiviti yang saya buat hari ini,
tapi masih ada secebis kesedihan di hati saya..

KENAPAKAH??? 

ENTAHLAH.. 

Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.. 
Saya harap semuanya bakal baik belaka..

Saya bukanlah orang yang suka meminta2, 
tapi saya dapat rasakan sekarang saya sangat BERPURA2.. 

Saya tidak kisah sangat untuk berkeadaan sebegini..
Apa yang penting SEMUA KAWAN saya akan CERIA dan BAHAGIA..
Sebab KAWAN2 ADALAH SEGALANYA BAGI SAYA (selain keluarga)

TERIMA KASIH WAHAI KAWAN2..

Terima Kasih atas segalanya..

HANYA ALLAH MAMPU MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN KALIAN..

Sekian terima kasih..
(*_*)

p/s: Kawan2 adalah penyeri hidupku



Tuesday, January 25, 2011

10 - RAHSIA

Hidup ini penuh RAHSIA..

RAHSIA??? RAHSIA APA?? 
 Mungkin ramai tertanya2...

Sebenarnya setiap apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita adalah RAHSIA..

Setiap yang dilalui adalah RAHSIA..
Setiap yang dijumpai adalah RAHSIA..
Setiap yang dihadapi adalah RAHSIA..

Kenapa saya berkata demikian???

Sebabnya 

TIDAK SEMUA PERKARA kita akan berkongsi dengan orang lain..
TIDAK SEMUA PERKARA kita akan libatkan orang lain..
TIDAK SEMUA PERKARA kita akan yakin dengan orang lain..

BUKANKAH ITU DIKATAKAN RAHSIA???

Itu belum termasuk dengan RAHSIA ILMU ALLAH kepada umat manusia..

Jika ilmu yang kita miliki ini hanyalah SETITIS DARIPADA AIR DI LAUTAN,
cubalah bayangkan betapa LUASNYA ilmu Allah yang belum kita ketahui..

SUBHANALLAH.. SUNGGUH HEBAT PENCIPTA KITA,..

Jadi adakah anda setuju bahawa HIDUP INI PENUH RAHSIA???
Tepuk dada tanya selera..

Sekian. Terima kasih..
(0_0)

p/s: rahsia tetap rahsia.. =)

9 - KOSONG

Terasa keKOSONGan...

Ibarat lagu yang hanya mempunyai muzik..

Tidak kedengaran suara penyanyi.. 
Tidak kedengaran jeritan penyanyi..
Tidak kedengaran keasyikan bait2 lagu...

HANYA MUZIK SEMATA-MATA

Mungkin betullah apa yang sering diperkatakan..
Jangan terlalu gembira kerana SEDIH pasti akan datang..

Walaubagaimanapun kita sentiasa berharap segalanya akan pulih dalam kadar yang cepat..

Kerana kita tidak suka orang lain memandang kita dengan wajah simpati..
Kita tidak suka orang lain mengucapkan sesuatu yang sedih..
Dan kita tidak suka dilayan seperti orang yang bermasalah..

Walaupun mungkin itulah HAKIKATNYA..

Kita pasti mahu menjadi DIRI SENDIRI..

Yang sentiasa membantu ketika diperlukan..
Yang sentiasa menjadi tempat luahan masalah..
Yang sentiasa berkongsi segala suka duka bersama..

Semoga apa yang kita impikan akan tercapai..

INSYAALLAH

Sekian, Terima kasih.. 
(0_0)

p/s:  Sekadar ingin menulis..

8 - SAYA DAN LAGU

Begitu lama tak update blog ni.. 
Bukannya sibuk sangat pun tapi entahlah.. huhuhu

Tah tahu nak post entry apa hari ni.. 
Tapi buat saja la.. hihihi

Tadi ada la melawat blog MAK DATTIN BAJET HOT
 (klik di nama untuk masuk ke blog beliau)

Ini la Mak Dattin (bukan nama sebenar)
Ingat nak blog walking saja tetapi tiba2 terdengar bunyi sebuah lagu..

LAGU APAKAH???
Dengan perlahan dan penuh kusyuk saya mendengar melodi dan bait2nya...

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku

Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Korus

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku

Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman

Sambil membaca blog beliau, saya dengarrr je lagu ni...
Sebenarnya lagu ini merupakan lagu yang selalu saya dengar 
menggunakan MP3 setiap kali sebelum tidur..
(kan lebih baik dengar bacaan ayat suci Al-Quran).. huhu

 Walaupun dengar ulang2 tapi saya sentiasa ingin terus
mendengar dan merasa seolah2 dibuai indah (waahhhh ayat).. hihi
Saya tak tahu apakah yang menyebabkan saya begitu tertarik dengan lagu ini.. 

Adakah sebab melodinya???
Adakah sebab bait2 perkataannya??
Adakah sebab penyanyinya???
Adakah sebab penulis liriknya??

Itu saya tidak pasti..
Tetapi lagu ini seperti ada kekuatan tersendiri kepada diri saya... 
Namun

SAYA TIADA JAWAPAN YANG KHUSUS

Jadi saya harap dapat merungkaikan MISTERI  ini secepat mungkin (macam CSI pula)
hihihi

Untuk makluman juga, lagu ini juga tidak ditujukan kepada sesiapa 
kerana ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Allah SWT..

Sekian, Terima kasih
PeaCe    (^_^)Y


p/s: kenapakah?? Adakah semuanya kebetulan??




Saturday, January 22, 2011

7 - RIANG RIA TASIK IDAMAN

Selamat berjumpa lagi dalam rancangan blog memblog.. hoho..

Ingat nak update semalam tapi tiba2 tak ada mood...
Jadi terpaksalah bawa ke hari ini.. minta maaf semua.. huhu

Baiklah.. Berbalik kepada cerita malam semalam (20 Januari 2011) yer..
Setelah hampir sebulan berjanji akhirnya bertempat di TASIK IDAMAN,
hajat kami (saya, alang, ayin, LINDA, NIZA, kill dan aten) tercapai juga...

APAKAH????

Jeng Jeng Jeng !!!!!

 
MAKAN PERCUMA!!! hahahaha

Kenapa percuma??? 
Haaaaa... itu yang kita tak tahu... hoho
Sebenarnya ada dua hamba Allah telah berjanji untuk belanja selepas ............. (fikir2).. hihi

SIAPAKAH MEREKA???
Inilah mereka... Cuba teka siapakah disebalik gambar ini... =)

 Siapa yer??

|
|
|
|
V

Inilah orangnya... =))

Haniza dan Mazlinda
 Hehehe.. Terima kasih banyak2 diucapkan kepada mereka yang sanggup menghabiskan wang 
demi negara dan bangsa  kawan2 yang lapar.. (Kesiannya) hahahaha

Nanti2 boring2 belanjalah lagi yer... =)

Kita lihat pula apakah menu yang diorder..



Apakah yang anda nampak????
Haaaa... Jom kita check satu2

Senarai menu :

Nasi putih 
Ikan Siakap 3 Rasa
Ikan Kerapu Masak Stim
Tom Yam Campur
Sayur Kailan Ikan Masin
Telur Bungkus
Sotong Goreng Tepung
Air macam2 jenis la

Banyak tak???
Rasa macam x banyak pun (Luahan hati Alang n Kill).. hihi

Tapi agak puas hati la dapat makan di situ sekali sekala 
(sebab dah lama tak pergi tempat tu).. hohoho

Kita jeling2 gambar2 pula yer.. =)

SEBELUM MAKAN

KAMI.. (Tidak termasuk Kill dan Alang)

Sempat lagi.. =)


Rasa tak sabar nak makan..

Senyum hanya di bibir (dalam hati tak tahu pula,.. maklumlah kena belanja).. hihi

Wahhhh...

SEDANG MAKAN

Perlu ke buat muka macam tu???


Menikmati juadah

Ayin.. Terbaik ar... hihi
Cuba tengok gambar2 di atas...
Semangat je saya mereka2 ini kalau bab2 makan kan.. 
Nasib baik saya makan sikit saja..  hihihi

SELEPAS MAKAN

Wah.. Sampai licin.. hoho
Jangan ingat semua perempuan makan sikit.. Tengok mereka2 ini.. Bertimbun2.. hihi

Motif??

Alhamdulillah..

Saja seronok2..

WOW... KILL.. HEBAT.. SEMUA DIMAKANNYA...

Hehehe..
Selepas habis sahaja sesi makan, tiba2 ada seorang hamba Allah membuat  
sesi luahan perasaan...

PERASAAN TERHADAP LELAKI... 
Wow.. mereka2 ini sudah dewasa nampaknya.. hahaha

Untuk sesi ini, memang ada record video.. 
Tengoklah bila2 kalu rasa terancam, VIDEO ITU AKAN DISEBARKAN
HAHAHAHA (gelak jahat)

Walaubagaimanapun, memang seronok bersama mereka pada malam tersebut.. 
Hilang segala duka lara buat seketika.. =)
Terima kasih banyak2 kawan2 semua..

Ini sahaja yang ingin dikongsi untuk entry kali ini..

Sesiapa yang teringin merasa masakan di TASIK IDAMAN tetapi tidak tahu tempatnya,
bolehlah ajak saya ke sana untuk tunjukkan jalan (dan semestinya belanja la)
hahahaha... 

NAK TAHU DIMANAKAH TEMPATNYA??? 
Carilah di GOOGLE SEARCH yer.. hihi

Mungkin anda boleh mencuba makanan di situ sambil  
melihat pemandangan tasik pada waktu malam..

Tempat makan pula terletak di atas air.. (darat pun ada juga)

Sebab itulah saya suka ke sana.. =))

Sekian Terima Kasih
PeaCe (^_^)Y

p/s: Sesiapa rasa ada duit lebih dan ingin membuat kebajikan ajaklah saya ke sana.. =)

Thursday, January 20, 2011

6 - KAMI DAN HARIMAU MALAYA

Sekian lama blog ini telah ditinggalkan.. 
Minta maaf wahai En. Blog Tujuh Belas.. 
Tidak pernah terniat pun.. Tetapi kesibukan agak melanda kebelakangan ini.. 
Tapi sibuk apakah????
Itu yang kita tak tahu.. huhu

Walau apapun yang terjadi, saya tetap sayang TUJUH BELAS... =)))
Kali ini nak bercerita pula apa yang berlaku hari ini... hihiihi

Tepat jam 11.30 pagi tadi (19 Januari 2011), saya sampai ke PUSANIKA..
Niat di hati nak tengok2 je 4 pemain bolasepak kebangsaan yang nak datang tu.. 
Bukan nak ambil autograf dan bergambar pun.. (poyo jer).. hihi

BANNER SELAMAT DATANG
Sampai je di tempat yang ditetapkan, belum sempat nak duduk tiba2,
Syafizan @ Ronaldo UKM @ Do :  "Hafiz, kau jadi MC jap lagi,"

Walaupun pada mulanya tak rela tapi akhirnya relakan juga.. (huhu)

Setelah hampir sejam menunggu, sampailah mereka di pusanika..
Dengan bangganya saya pun : " Mengumumkan ketibaan WIRA-WIRA NEGARA KITA 
ke PUSANIKA UKM. " hihi



MC.. hahaha

Setelah mengambil tempat duduk, Saya memperkenalkan setiap pemain iaitu
RAZMAN ROSLAN, AMIRULHADI ZAINAL, ASRARUDIN PUTRA OMAR
dan SAFIQ RAHIM selaku KETUA PASUKAN..

Razman, Amirulhadi, Asrarudin dan Safiq Rahim

Kemudian sesi SOAL JAWAB pun bermula...
Antara soalan yang paling mencuri tumpuan adalah daripada jurulatih UKM kepada Asrarudin
berkenaan gosip beliau dengan PELAKON JELITA, ROZITA CHE WAN..

Tapi jawapan yang diberikan adalah : "Itu cuma gosip. Kami hanya berkawan."
Wah.. Jawapan nak ala2 artis gitu.. hihi

Maka tersenyumlah gadis2 yang begitu meminati beliau.. 
 Mungkin dalan hati mereka: "Ada peluang lagi aku nak mengorat mamat ni." =))

Pandai2 lah berkenalan dengan beliau yer.. hihi



Sesi soal jawab

Seterusnya adalah sesi autograf.. 
Berebut2 peminat nak autograf.. Maklumlah.. sebelum ni hanya melihat di kaca TV
(temasuklah diri ini).. hahaha
Saya pun macam biasalah,.. Promote la apa yang patut..

" SELAMAT DATANG KE MAJLIS bla bla.....
Anda boleh mendapatkan poster pemain dengan harga RM2 sahaja untuk sesi autograf..
Kalau tak beli, tak boleh ambil autograf. " (agak kejam disitu... hahaha)

posternya..


Pemain UKM memberi autograf (PERLU KER???)

Ini lagi 1.. (adoi)

Sambil itu ada juga la yang bergambar.. 

Tiba2...... "Awak, nak bergambar dengan awak boleh tak?" Tanya seseorang kepada saya.

Saya pun jawablah : " SAYA BUKAN PEMAIN, SAYA MC JE." 
(sumpah lawak masa ni, orang sebelah dah senyum2 dan gelak2 dah.. hahaha)

" Ala,, Takpe. " Jawabnya ringkas...

Disebabkan tidak mahu mengecewakan 'PEMINAT' jadi bergambar jugalah.. (hahaha)

Lepas tu ada la seorang si comel ini pun nak bergambar.. Terpaksa rendahkan sikit badan untuk SELARAS dengan beliau.. hihihi

Seterusnya sesi bergambar bersama pemain..

Masa ni dapat lihat perempuan2 berduyun hendak bergambar dengan pemain kesayangan mereka 
(sayang ke??? Sebab hensem kot,, hihi)

Bermacam2 gaya la yang ada.. Namun kelihatan Safiq Rahim yang PALING LARIS..
Dibawa lari ke belakang (adoi, susah betul nak kawal).. hoho





MEREKA DAN PEREMPUAN..
Bersama UKM FC

K. Rajagobal kah???? Semoga mampu menjadi sehebat K.Rajagobal suatu hari nanti.. =)

Selepas selesai bergambar, seterusnya penyampaian cenderamata kepada pemain 
yang telah bersiap untuk bergerak pulang..

Sebenarnya masa sesi bergambar tu saya tak sempat nak bergambar banyak2 sebab SETIA MEMEGANG MICROFON dan mengulas serba sedikit.. huhu

Untuk mengubat kekecewaan itu, semasa di aras 4 Pusanika, saya pun tanpa segan silu mula la bergambar dan mengambil autograf mereka.. hahaha.. 

Nah.. tengoklah gambar2 ini.. hihihi





Saya dan mereka... =)

Mereka dan UKM FC
Haaaa.... Ini sajalah yang ingin dikongsi bersama pada hari ini.. 
Walaupun mereka ini begitu GARANG DI PADANG RUPA2NYA mereka
SANGAT PEMALU di hadapan lensa kamera..

Apapun saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada PASUKAN HARIMAU MALAYA atas KEMENANGAN BERSEJARAH kita dalam PIALA AFF SUZUKI 2010 dengan menjadi JUARA..

Semoga kecemerlangan ini diteruskan lagi pada masa akan datang..

Terima kasih juga kepada ANNIE ANNE atas gambar2 yang telah disediakan seterusnya bakal dilantik menjadi JURUFOTO RASMI UKM FC.. =)))

SESI INI DIBAWA KHAS OLEH KELAB BOLASEPAK UKM @ UKM FC

Sekian.. Terima Kasih..
PeaCe   (^_^)Y

p/s : Penat tapi agak berbaloi.. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...