Hari ni Selangor cuti.. Cuti Nuzul al Quran.. Negeri2 lain taktau pulak. cuti ke tak. hihi
Sebenarnya sebelum ni (sebelum aku kerja ni) tak de rasa sangat cuti atau tak.. Sekarang ni bila dah kerja rupa2 nya perasaan sangat membuak2 bila dapat cuti macam ni.. Baru faham perasaan orang bekerja.. huhu.. Tapi walaupun kerja aku bukanlah kerja yang sebenar2nya kerja, namun kesibukanku mungkin kurang sikit jer dari yang betul2 kerja yang kena tolak SOCSO, KWSP bagai tu..
Cakap pasal SOCSO dan KWSP ni, pekerja2 kerajaan (dengan syarat2 tertentu) dapat BONUS RAYA kan.. Bestnya.. Tapi aku tak dapat.. Sedihnya.. huhuhu.. Apapun Alhamdulillah aku sekarang sudah mula berfikir seperti orang bekerja.. pheewiiitt... haha
Kalau dulu masa buat degree, banyak masa aku habis untuk seronok jer, ada tugas dengan organisasi jer, tapi sekarang ni banyak masa aku habis fikir pasal kerja (walaupun sekarang ni still buat full time study) tapi dah rasa termasuk dalam golongan pekerja dah.. hahaha.. Terasa dewasa pulak... Eh.. Memang dah dewasa dah.. huhu..
Nasihat aku kepada sesiapa yang sedang mencari kerja, tak kira la lepasan sekolah ker, universiti ker, master ker, carilah dan buatlah apa2 kerja dulu (yang halal je yer).. Peluang pekerjaan memang semakin kurang.. Jangan demand gaji sangat.. Tapi sambil2 tu, cari juga kerja lain (andai nak tukar kerja).. Bila dah dapat tawaran kerja baru, buatlah keputusan dengan bijak yer,..
Perancangan masa depan |
OK.. SELAMAT BEKERJA.. =)
1 comment:
Terenggganu pun cuti tp smlm la^^
~selamat bekerja dgn ikhlas n tawaduk~ =)
Post a Comment