Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Friday, August 26, 2011

52 - DULU-DULU PART 6 - BELAJAR MOTOR




Bertemu kembali kita dalam rancangan ini.. hehe.. Dah lama tak buat entry kenangan ni.. huhu.. Kali ini aku nak cerita pasal motor lak.. Kalau korang nak tau, aku belajar bawak (tunggang) motor masa darjah 3 lagi.. Bukan apa, aku dulu sangat berminat nak bawak motor.. Tambah2 bila tengok abg aku (masa tu dia darjah 6) dah bawak motor dah ronda2 kampung.. Tapi moto pasola la.. Motor kawan kami.. Anip nama dia.. Tau tak moto tu macam mana?? Hehe..



Ni la pasola.. comel kn? hihi



Sebenarnya masa darjah 2 aku pernah je bawak motor tapi ada orang yg control brek dan gear iaitu pakngah aku.. Kaki aku letak dalam raga motor.. comel tak?? Eeuuuww… haha.. Selalu masa kami pi sembahyang jumaat la.. Aku selalu nak pi dengan dia semata2 nak bawak motor.. Bukan bawak sangat pun.. pulas minyak je.. hahaha.. 





Pastu disebabkan nafsu lelakiku membuak2 (orang kata nafsu jantan yg pantang dicabar) aku pun belajar la bawak motor.. Kat rumah aku ada 2 buah motor masa tu.. Motor Yamaha CDI.. Kuat la motor tu.. Sekarang ni orang banyak guna motor macam tu pi kutip getah.. =.=” 




Yamaha CDI




First time belajar bawak sendiri tu aku ingat lagi, mak aku dok tepi pegang motor (sebab kaki aku tak dapat cecah tanah lagi, kalau cecah pun sebelah je) pastu mak aku suruh masuk gear dan pulas minyak la (macam yg aku dok bawak masa naik dengan pakngah aku tu).. Aku pun apa lagi.. Masuk la gear dan pulas minyak dengan penuh semangat kesukanan (time tu naik sorang je)..   


Tiba2…..



BAAMMMMMMM!!!! 



Aku terpelanting di atas pasir dan tidak sedarkan diri.. Sedar2 jer aku tertanya2 dimanakah aku berada.. Mungkin di syurga barangkali.. hehe.. gurau je.. Aku terjatuh sikit jer.. luka sikit2.. “Ala.. anak jantan.. malu la kalau takdak parut kat badan” aku bermonolog sorang diri.. hahaha.. 



Rupa2nya masa aku pulas minyak tu, tenaga yang digunakan sangat berlebihan.. Aku rasa kalau atas jalanraya tu mahu mencecah 100 km/j tu.. Tapi nasib baik jatuh dekat je dengan tempat mak aku pegang motor tu.. ada la lebih kurang 10 meter je.. Terlanggar selonggok pasir.. Nak buat macam mana.. TERhilang kawalan.. hahaha.. 





Tapi ni memang pengalaman yg best la..  Lepas tu aku dah boleh bawak motor dah.. Dengan begitu sopan santun.. hihi..  



Boleh tengok juga   PART 1,   PART 2,   PART 3,   PART 4,   PART 5, ....



Wednesday, August 24, 2011

Tuesday, August 23, 2011

50 - VIDEO LISA SURIHANI KETIKA 14 TAHUN



Rupanya ini  LISA SURIHANI masa 14 tahun.. Ish3.. hehehe


Tengah dok baca berita2 terkini dan info2, aku terjumpa video ni di sini. Khas buat peminat tegar  Heroin Malaya masa kini, Lisa Surihani.. Mungkin ada yang tau dan rasanya ramai yang taktau.. Eh silap.. Bukan taktau tapi tak ingat dan tak perasan.. hehehe..


Ok jom layanzzzz...





Difahamkan ini iklan pertama beliau.. Memang selalu tengok iklan ni dulu tapi tak cam pulak siapa pelakonnya.. ish2.. Muka dia tak berubah pun kan.. Patutlah cute.. Muda2 dah pakai mekap.. Tapi yang pasti lelaki yang berbasikal tu bukan Yusri KRU.. Siapakah lelaki tersebut???? Biarlah ia kekal sebagai misteri...



Rasanya ramai yang tak tahu *termasuklah aku* bahawa Lisa Surihani sebenarnya memulakan kariernya sebagai pelakon drama melalui drama Gergasi ketika berusia 11 tahun lagi (sumber: mStar) .. Aku ingatkan dia mula dengan iklan dulu.. Sebab kebanyakan artis bermula dengan berlakon iklan dulu.. huhu..



Tapi apa yang aku tahu, filem I'm Not Single lah yang melonjakkan nama beliau di persada filem tempatan.. Filem ni dtayangkan pada 2008 kalau tak silap.. Pastu, tawaran demi tawaran filem dan drama terus diterimanya dan setiap watak yang dibawa dapat dihayati dan dipersembahkan dengan begitu mantap.. Jadi tak hairanlah jika beliau sentiasa menjadi perhatian dan rebutan pengarah2 serta penerbit2 filem tanah air pada masa kini.. Semoga terus cemerlang dan tidak lupa diri..

 

Sekian, selamat malam semua..



p/s: semakin ramai artis/pelakon wanita mula bertudung... Comel.. ^^

Monday, August 22, 2011

49 - JAWAPAN KENAPA ORANG SUKA PI BAZAAR



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Petang tadi aku pi bazaar.. Biasalah.. Cari makanan berbuka.. hehe

Bazaar dan bulan Ramadhan ni memang sinonim.. Macam aur dengan tebing gak.. *eh.. ada kena mengena ke?* Sebab tu nama dia bazaar Ramadhan.. Setakat ni aku tak pernah dengar lagi bazaar bulan2 lain.. huhu




Cerita pasal bazaar ni, aku rasa pelik la kenapa ramai sangat orang kat bazaar.. Kenapa ramai sangat orang nak pi bazaar? Kenapa bazaar ni lebih menjadi pilihan manusia2 untuk memilih makanan walaupun harganya lebih mahal daripada waktu2 biasa...

Setelah kajian dijalankan selama beberapa ketika, aku dapat beberapa jawapan pasal bazaar ni..


Masyarakat suka membeli juadah berbuka puasa di bazaar kerana:


1. Ada banyak pilihan makanan - Jadi kita boleh memilih makanan yang kita suka *kalau ada*.. Cuma biasalah kita ni sebagai manusia biasa yang dikawal oleh hawa nafsu, masa nak membeli tu macam tak ingat dunia.. Semua nak diborongnya.. Kalau boleh, sekali dengan gerai2 nak dibeli.. Bukan apa, terlalu banyak pilihan sampai taktau nak beli yang mana.. huhu


Mai pilih mai pilih...


2. Ingin merasa masakan negeri lain - kadang2 kita hanya pi bazaar sebab teringin nak rasa masakan dari tempat lain contohnya aku orang Kedah nak rasa nasi dagang dari Terengganu.. Atau anda orang Sarawak nak rasa laksa Kedah.. Tapi tak dinafikan bahawa masakan Kelantan ada di mana2 sahaja.. Begitu juga orang Kelantan.. Kadang2 rasa macam dok di Kelantan.. Tapi dorang memang rajin berniaga.. =)



3. Ada penjual yang cantik/segak - Ni antara pelaris jualan sebenarnya.. Kadang2 kita bukan nak beli pun tapi disebabkan penjual tu cantik/segak, kita nak gak beli sebab kita berkesempatan untuk bercakap dengannya.. Silap haribulan setiap hari pasti akan ada juadah dari gerai tersebut akan dibeli walaupun hanya sebiji kuih *kalau dia jual kuih la*..



Kalau dah macam ni yang berniaga, mau tak untung.. hihi


4. Malas/ tak sempat nak memasak - Kebanyakan masyarakat kita sekarang tidak kira lelaki, perempuan, tua, muda kebanyakan bekerja.. Sama ada bekerja sendiri atau bekerja kerajaan atau swasta.. Untungnya bulan puasa ni kebanyakan tempat kerja benarkan pekerjanya balik lebih awal.. Namun kalau hidup di kota ni, kesesakan memang tidak dapat dielak.. Kadang2 lepas maghrib atau Isyak baru sampai rumah.. Jadi untuk mengelakkan berbuka puasa dengan air liur je dalam kereta, para pekerja ni akan membeli makanan siap2 di bazaar berdekatan tempat kerja sebelum balik.. Kalau yang malas ni mungkin sebab bilik dia takder dapur kot *macam aku*.. hihi




5. Pengaruh rakan sebaya - Ini memang takleh dinafikan.. Kawan2 ni takleh tengok kita senang sikit.. Ada je nak ajak pi bazaar.. Padahal kita dah cukup malas dah.. kadang2 letih balik kerja.. huhu.. Kawan2 ni memang saja ajak sebab dorang tau kita ni pemalu *macam aku*.. hehehe.. Sebenarnya kawan2 ni fikirkan diri kita *sebab dia tahu kita pemalas bukan pemalu*.. haha.. Kalau tak membeli nanti apa kita nak makan.. Kawan2 taknak tengok  kita berbuka dengan air dan kurma jer.. Kadang2 kawan2 yang belanja.. Alhamdulillah aku ada kawan2 macam ni.. :)



Cukup dulu setakat ini.. Mungkin anda ada sebab2 sendiri kan kenapa pi bazaar.. Jadi bukan salah pun andai nak pi membeli di bazaar.. Makin ramai makin best.. Boleh bantu menambahkan rezeki peniaga.. hehehe


Memang ramai..

Ok peace.. ^^Y


Sunday, August 21, 2011

48 - AKU DAN DOODLE

Doodle.. Doodle..Doodle.. Banyak pulak doodle aku buat.. huhu.. Takpe la.. Best pulak buat.. Walaupun agak rumit sebab guna POWERPOINT je.. Cikai pun cikai daa... hahaha.. Kali ni aku nak berkongsi dua doodle (lelaki dan perempuan) yang aku dah buat.. Saja nak cuba.. huhu





Amacam?? Nampak pelik tak?? huhu.. Tapi jangan tanya kenapa rambut dia macam tu.. Ni STYLE OK.. hahahaha..  Merapu je aku ni.. Saja je buat rambut macam tu sebab rasa macam COMEL (bweekkk).. hihihi


Doodle raya pun dah siap.. Nanti la aku publish sekali dengan ucapan hari raya kat semua yer.. Bajet hebat je kan.. hahaha.. ok.. Selamat berpuasa.. =)


Saturday, August 20, 2011

47 - AKHIRNYA SIAP DOODLE PERTAMAKU


Entry ni nak cerita pasal DOODLE... Apa tu doodle? kalau tak tau apa tu doodle, cuba cari kat google.. hehehe.. Kalau lepas2 entry aku lebih dihiasi dengan kartun2 yang aku buat guna PAINT je.. Sangat simple.. Setelah berblogwalking aku terjumpa blog UNNA.. Aku tengok dia ada buat kartun2 yang lagi comel dari kartun aku.. Dia kata dia buat guna POWERPOINT dan PAINT je.. TERCABAR rasa,. hahahaha.. 



Aku cuba buat guna POWERPOINT tapi tak jadi.. Macam give up pun ada.. Pastu tengah berblogwalking kat page Unna, aku terjumpa pulak blog WANIE.. Kat situ ada tutorial camner nak buat doodle guna POWERPOINT.. Cuba punya cuba punya akhirnya aku berjaya jugak.. Walaupun terpaksa mengambil masa yang lama.. Nak tengok hasilnya???


-
-
-
-
-
-
_
V





Amacam?? Siap ada bendera Malaysia lagi.. Bukan apa, sempena bulan Kemerdekaan.. Lepas ni akan cuba buat doodle raya pulak.. hahaha.. Tapi jangan lupa tengok kat baju dia ada gambar apa.. hahaha..


Apapun aku memang teruja buat doodle dan agak berpuas hati dengan hasil kali pertama ni.. hihihi.. Dan aku sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada UNNA dan WANIE  atas bantuan dorang secara tak langsung..=)



Jumpa lagi semua.. Selamat berpuasa.. ^^

Friday, August 19, 2011

46 - MERCUN MEMANG BEST TAPI ......



Bulan puasa dan mercun memang tak dapat dipisahkan.. Sejak sekian lama lagi.. Dari aku kecik2 dulu sampai la sekarang.. Apa yang best sangat dengan mercun ni aku pun taktau.. Aku dulu suka main MERIAM je.. Takdelah best sangat.. Sikit2 jer.. hehe..


Bercerita tentang mercun ni, masa aku kecik2 dulu mercun banyak tapi jenis yg tak berbahaya.. Macam ni.. 



1. Bunga Api - Yang ni kalau percikan api tu kena budak2, dorang sengih je.. Tak mencabar katanya.. huhu





 2. Mercun Bawang - mercun ni baling je kat lantai ke tanah ke, pastu dia meletup la.. Comel je bunyinya.. hihi





3. Mercun Roket - Mercun ni kalau terbang pun tak jauh.. Bunyi pun pelan jer.. 



 4. Mercun Padi - Kat tempat aku panggil mercun lada.. Biasanya mercun ni orang pegang je.. Setakat meletup kat jari ni takdak hal la.. hihi



5. Mercun apa entah - percikan api dia keluar warna warni.. hihi




6. Mercun Telur Naga - Aku taktau kenapa nama dia macam tu.. Tapi mercun ni akan menghasilkan percikan api yg cantik gak..




 7. Mercun Lebah - Mercun ni memang akan berterbangan seolah2 seperti seekor lebah.. hihi
 



 8. Mercun Papan - Mercun ni sebenarnya tak bahaya sangat pun.. Adik beradik mercun padi la.. Bunyi letupan tu kuat sikit.. 




Dan macam2 lagi la.. Mercun gasing, mercun mancis, thunder clap, mercun lalat dan sebagainya la.. Ini kategori yang tak berbahaya la.. Kalau yang berbahaya pulak mercun2 ni.. 


 9. Mercun Bola - Tengok bentuk pun dah tau macam apa.. Mercun ni adalah evolusi daripada mercun2 biasa tadi.. Belerang dalam tu dimampatkan dan hasilnya memang memberangsangkan tapi sangat berbahaya andai anda terlupa untuk membalingnya setelah sumbu dicucuh.. huhu




10. Mercun Telur - Mercun ni adik beradik mercun bola la.. Warna sama, bunyi lebih kurang, bentuk sedikit berbeza tapi kesannya hampir sama.. 



11. Mercun Ketupat - Sila jangan makan mercun ni.. Mercun ni lagi power dari mercun bola dan mercun telur.. Semestinya kesannya juga pasti lebih hebat.. huhu




Dan ada lagi beberapa mercun yang berbahaya terutamanya mercun buatan sendiri.. Kalau terkena mercun tu memang kena makan pakai straw la.. huhu.. 


Kat bawah ni nak tunjuk sikit kesan2 akibat terkena mercun.. Ada sesetengah tu bukan main pun tapi dia ada kat tempat orang main.. Mungkin kawan2 jeles dengan kecomelan dorang ni sebab tu dorang kena baling dengan mercun2 berbahaya ni.. Akibatnya....




 dan ini




dan orang agak dewasa pun tidak terkecuali




Kesimpulannya, faktor umur bukanlah menjamin anda akan selamat daripada terkena kesan mercun.. Kita tak tau apa akan terjadi pada masa akan datang.. Mana tau tiba2 acid splasher teringin guna mercun ketupat lak bagi menggantikan asid yang semakin dikawal penjualannya.. Jadi dimana sahaja anda berada sila BERHATI-HATI DI JALAN RAYA..(lari tajuk pulak)..



Pada aku, tak salah bermain mercun tapi kalau terjadi apa2 terpaksalah tanggung sendiri.. Bukan apa, kalau setakat luka sikit2 mungkin takdak hal la.. Tapi kalau sampai putus jari, agak2 macam mana masa depan mangsa tu terutamanya kes2 ini banyak melibatkan kanak2.. Kalau anda adalah seorang abang yang dah matang / seorang bapa / seorang ibu / seorang kakak / seorang adik yang lebih matang dari abang dan kakaknya, anda pasti tahu apa yang perlu dibuat.... Jadi...



ANDA LIHAT ANDA FIKIR ANDA BERTINDAK


45 - DULU-DULU PART 5 - MALAM TARAWIH (MERIAM)



Part 5 akhirnya menyusul.. Kali ini nak cerita gak pasal malam tarawih.. hihi.. Banyak betul cerita malam tarawih kan.. Takpe2.. Sabar2.. hehe.. Sekarang aku nak bercerita pasal MERIAM.. Terus terang aku katakan aku tak pernah main meriam buluh (sebab buluh senang pecah).. Tapi aku selalu main MERIAM PAIP atau bahasa Kedahnya MERIAM KOQ... Cubalah sebut.. huhu.. Kali ni aku banyakkan gambar daripada penulisan.. Jom layannnn!!!




dan ini




dan ini





dan ini




dan ini





Meriam ini untuk budak2 muda macam aku masa tu la (10 tahun ke atas).. Biasanya kami akan main ni waktu orang tengah sembahyang tarawih.. Kadang2 kami takmau main tapi bila dengar je bunyi meriam dari kampung sebelah, naluri kelakian kami rasa tercabar.. Jadi kami pun apa lagi.. LAWAN TETAP LAWAN... Desa kita perlu dijaga.. Mana boleh kalah.. hahaha.. Tapi selalu gak kena marah dengan orang masjid sebab ganggu dorang nak sembahyang.. Tapi masa tu kami berjuang demi menjaga maruah kampung.. Harap dimaafkan la.. hihihi..


Untuk budak2 bawah 10 tahun pula selalu dorang main MERIAM TIN je.. Macam mana meriam tu?? Jom tgk...




 dan ini


dan ini




dan ini





hahahaha,.. ini je la meriam yang selalu kami main.. Meriam tin ni tak bahaya sangat.. Paling tidak pun kalau kena tin tu, benjol kepala je.. hihi.. Meriam koq bahaya sikit.. Silap haribulan boleh arwah kalau koq tu pecah.. huhu


Kedua2 meriam ni menggunakan KABAT atau nama lainnya BELERANG kalau tak silap.. Dalam bahasa Sains rasanya NATRIUM OKSIDA kot.. huhu.. KABAT ni mesti diletakkan di dalam bekas kemudian dicampur dengan air untuk menghasilkan wap.. Pastu semua lubang akan ditutup untuk memastikan wap terkumpul.. Bila agak2 macam wap dah terkumpul dengan banyak baru letak kertas yg dijilat api tu.. Jadi wap tu akan menyambar dan.....  





Apapun memang setiap kali main ni memang sentiasa berdoa agar panjang umur la.. Bukan apa, kalau pecah paip tu, memang akan ada yang cedera teruk la.. Macam kes2 meriam buluh yang selalu pecah tu.. NGERIII.. huhu..



Last sekali pesanan aku, MAINLAH MERIAM PAIP @ KOQ... hehehe... Selamat beramal,..



Boleh tengok juga   PART 1,   PART 2,   PART 3,   PART 4,   PART 6....



Wednesday, August 17, 2011

44 - PENATNYA KERJA DAN NIKMATNYA CUTI



Hari ni Selangor cuti.. Cuti Nuzul al Quran.. Negeri2 lain taktau pulak. cuti ke tak.  hihi


Sebenarnya sebelum ni (sebelum aku kerja ni) tak de rasa sangat cuti atau tak.. Sekarang ni bila dah kerja rupa2 nya perasaan sangat membuak2 bila dapat cuti macam ni.. Baru faham perasaan orang bekerja.. huhu.. Tapi walaupun kerja aku bukanlah kerja yang sebenar2nya kerja, namun kesibukanku mungkin kurang sikit jer dari yang betul2 kerja yang kena tolak SOCSO, KWSP bagai tu.. 





Cakap pasal SOCSO dan KWSP ni, pekerja2 kerajaan (dengan syarat2 tertentu) dapat BONUS RAYA kan.. Bestnya.. Tapi aku tak dapat.. Sedihnya.. huhuhu.. Apapun Alhamdulillah aku sekarang sudah mula berfikir seperti orang bekerja.. pheewiiitt... haha




Kalau dulu masa buat degree, banyak masa aku habis untuk seronok jer, ada tugas dengan organisasi jer, tapi sekarang ni banyak masa aku habis fikir pasal kerja (walaupun sekarang ni still buat full time study) tapi dah rasa termasuk dalam golongan pekerja dah.. hahaha.. Terasa dewasa pulak... Eh.. Memang dah dewasa dah.. huhu..


Nasihat aku kepada sesiapa yang sedang mencari kerja, tak kira la lepasan sekolah ker, universiti ker, master ker,  carilah dan buatlah apa2 kerja dulu (yang halal je yer).. Peluang pekerjaan memang semakin kurang.. Jangan demand gaji sangat.. Tapi sambil2 tu, cari juga kerja lain (andai nak tukar kerja).. Bila dah dapat tawaran kerja baru, buatlah keputusan dengan bijak yer,..


Perancangan masa depan


OK.. SELAMAT BEKERJA.. =)


Monday, August 15, 2011

43 - DULU-DULU PART 4 - MALAM TARAWIH ( POLICE SENTRY)



Sambungan PART 3 hari tu, kali ni nak cerita pasal police sentry gak..  bukan nak cerita apa tu police sentry tapi nak cerita pengalaman main polis sentry tu.


Macam yg aku cerita dalam part 3 tu, main police sentry ni ada polis dan pencuri.. Aku paling suka kalau jadi pencuri.. Aku kan budak jahat..Eh bukan.. NAKAL… hahaha.. Bukan apa, bila jadi pencuri ni aku boleh lari jauh2 dan sembunyi.. Walaupun waktu malam, takdak istilah takut dalam diri aku dan kawan2 aku yg lain.. Budak2 kampung aku semua berani masa tu.. hehe




Bila jadi pencuri ni, selalunya kami akan gerak secara berkumpulan.. Berdua, berempat tapi ada ja  yg sorang2.. biasanya yg sorang2 ni selalu lari masuk rumah dia senyap2 pastu tengok tv.. Sebab ramai ja budak2 kampung tu rumah dekat je dengan masjid.. Yang jadi polis ni hangin la satu badan kalau cari tak cukup.. Tapi aku tak buat perangai macam tu.. Sebab rumah aku jauh.. Cuma kadang2 aku tumpang gak dorang ni lari masuk dalam rumah… Selalu rumah Mat Jan la jadi mangsa.. Takpun rumah Mat Nazim.. rumah bangcik dia tak bagi.. kedekut.. hahaha.. Lawak ja.. Jangan marah noo bangcik.. hihi.. 


Merata la kami sembunyi.. Sembunyi atas pokok, dalam semak, dalam jerami (masa musim menuai), dalam padi (masa musim padi tinggi ),  meniarap atas bumbung, atas mesin padi dan banyak la tempat.. Kat kubur pn ada.. huhu..


Bila semua berpecah cari tempat sembunyi, kami akan guna  isyarat ja kalau nak berkomunikasi antara group yang berpecah ni.. Kelip2 kn lampu torchlight.. Ada gak yg guna laser.. Time ni mana ada handphone.. Apatah lagi blackberry Torch.. Rasa bangga giler bila ada bahasa isyarat macam ni..Tapi tu la.. Masing2 tak cerdik.. Bila buat macam tu senang la polis detect kat mana kami ada..Jadi dorang pun akan serbu la.. Apa lagi… LARIIIIIIIIIIII !!!!! hahaha.. Part lari ni yg best.. Masa ni la aku boleh lihat bakal2 pelari berhalangan negara berlari.. Masing2 laju betoi.. Pokok2 pagar tu langkah macam tu ja.. Punya la hebat.. Aku pun apa kurangnya.. haha…


Tapi pernah gak jadi perkara tak diingini.. Apabila berlari dalam keadaan sangat confident ni, kita akan terlupa sesuatu.. Macam kat bawah ni.. Aku tak pernah kena.. Tapi ramai kawan2 aku yg pernah jadi macam ni.. 


Kemudian


PADAN MUKA !!! Begitu zalim ungkapan yang dikeluarkan oleh kawan2 aku kat mangsa ni.. Aku diam je.. Biasa la,.. Budak baik..Aku gelak sikit ja..  hihihi..  Kami akan terus berlari dan sembunyi sampailah kena tangkap.. Tu pun kalau polis bernasib baik.. hehe



Boleh tengok juga   PART 1,   PART 2,   PART 3,   PART 5,    PART 6....



Saturday, August 13, 2011

42 - ENTRY KHAS SELAMAT HARI LAHIR


Untuk entry kali ni, bukan pasal kenangan2 dulu tu.. tapi pasal sesuatu yang lebih penting dari itu.. Tanggal 12 Ogos setiap tahun adalah tarikh keramat... Kenapa??? Sebab pada tarikh inilah emakku dilahirkan 49 tahun dahulu.. Terasa begitu cepat masa berlalu.. Aku pun dah mencecah usia 24 tahun sekarang.. Begitu banyak yang terjadi dalam hidupku dan emak sentiasa bersamaku...


Lagi 



Lagi


Lagi







Ini antara apa yang pernah terjadi dulu.. Itulah.. Kasih sayang mak kepada kami sekeluarga tak pernah padam.. Tak pernah kurang.. Apa yang kami nak sebolehnya akan dipenuhi.. Mak cukup kuat menjalani hidup ni disamping abah di sisi.. 


TERIMA KASIH MAK.. TERIMA KASIH BANYAK2.. 
UNTUK SEGALANYA.. UNTUK KAMI SEMUA.. 
HANYA ALLAH MAMPU MEMBALAS SEGALA 
PENGORBANAN MAK SELAMA INI..


ZAITON BT RAMLI     12 OGOS 1962



~KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIH BAPA SEPANJANG MASA~


Tuesday, August 9, 2011

41- DULU-DULU PART 3 - MALAM TARAWIH (BERMAIN-MAIN)



Ni nak cerita pasal bulan puasa lak… Aku kalau bulan puasa rasanya aku la budak paling baik kat kampung tu.. Maklumla.. Aku kan puasa (macam la orang lain tak puasa).. hihi.. Kalau bulan puasa ni yang paling best memang masa solat tarawih la… Kan aku dah cakap aku ni budak baik.. Tarawih tak tinggal tau.. Setiap malam aku pi masjid…  haha.. 




Situasi di atas amatlah diharapkan TETAPI inilah yg terjadi apabila aku sampai masjid…

“Satgi lepaih habih semayang isyak, kita start no0o” kata Mat Jan.. 

“Ish.. Aku tak main aih benda2 macam ni.. Aku ni budak baik la.. Aku mai sini nak semayang” kataku sesuci-suci diriku.. 

“Eleh.. Hang toksah dok blagak baik la.. Hang bukan baik sangat pn.. ” katanya lagi menyindir diriku.. Aku tetap sabar… Orang yang baik memang tahap kesabarannya tinggi..


SELEPAS HABIS SOLAT ISYAK

“Woi.. apit.. cepat la sikit.. nak main buat la cara nak main !!” katanya lagi terus menguji kesabaranku.. Aku hanya berjalan dengan lemah longlai…

“Ha la.. Aku mai la ni” kataku terpaksa..

Sebenarnya aku taknak main tapi  disebabkan aku kasihan dengan Mat Jan jadi aku main gak la.. Lagipun aku tak suka bagi kawan2 kecewa.. (ayat nak poyo ja),.. hahaha…

Segala kata2 dan tingkahlaku di atas hanyalah rekaan.. Sebetulnya adalah anda CUBA TUKARKAN WATAK MAT JAN MENJADI WATAK AKU.. Itulah aku… hahahaha…



“OK.. sorang tolong kira.. polis.. pencuri..” kata bangcik lagaknya seorang taiko…

~Polis sentry, one two jaga, polis mati pencuri jaga~

Anda tahu tak ini game apa??? Inilah game yg dinamakan POLICE SENTRY.. Gamenya mudah ja.. Mula2 buat undian dengan nyanyi lagu police sentry tu untuk tentukan siapa jadi polis atau pencuri.. Bila semua dah dibahagi, polis perlu tangkap semua pencuri.. Jangan bagi pencuri terlepas dari ‘lokap’. Bila semua pencuri kena tangkap, pencuri ni kena jadi polis lak dan polis tadi automatik jadi pencuri.. Tapi pencuri boleh terlepas dari lokap andainya pencuri lain dapat menyentuhnya.. Game ni perlukan strategi utk lepaskan kawan2 dalam lokap.. (tu pun kalau terfikir fasal kawan la).. hahaha


Kami biasanya main game ni hampir 40 ke 50 orang semuanya.. Jadi kena bahagi dua la.. Jarang la game ni habis dalam malam tu jugak (maksud aku polis berjaya tangkap semua pencuri).. Tapi takde lak yang sambung ke malam esoknya.. Biasanya kalau hari ini aku jadi pencuri, esok malam aku kena jadi polis (team yang sama).. sesiapa yang jadi polis hari ni confirm2 esok malam bersemangat nak datang tarawih (sebenarnya datang main je) sebab boleh jadi pencuri pulak,.. Kalau pencuri tak cukup, aku dengan bangganya akan offer kan diri untuk jadi pencuri… hahaha..



Kami main game ni dari lepas isyak sampailah habis jemaah solat tarawih.. Kami semua akan kembali ke masjid untuk bersiap2 pulang ke rumah namun ada agenda penting disebalik itu iaitu  AMBIK MAKANAN MOREH.. hahahaha


Begitulah yang berlaku pada hari2 seterusnya  dari awal Ramadhan sampailah ke malam raya.. Aku dan kami semua tetap pergi ke masjid semata-mata untuk solat terawih.. hehehe… 



Ada lagi aktiviti lain yang akan aku ceritakan dalam part seterusnya pasal malam terawih.. Tungguuuuu!!!! =)


Boleh tengok juga   PART 1,   PART 2,    PART 4,   PART 5,    PART 6....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...