Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Saturday, December 31, 2011

61 - ENTRY PENUTUP TAHUN 2011



TAHUN 2011 sudah sampai ke penghujungnya... Macam2 perkara yang berlaku sepanjang tahun ni.. Ada suka, seronok, gembira, duka, sedih, pilu, pahit, manis dan macam2 lagi la.. Walaupun begitu banyak perkara yang aku dah pelajari.. Aku semakin mengenal erti kematangan, kesabaran, kemaafan, kekecewaan dan KELELAKIAN.. (hahaha yang last tu over je).. hihihi




Akhirnya aku semakin mengerti tentang kehidupan.. Ada selok beloknya, tipu dayanya, lemah lembutnya dan tolak ansurnya.. Bukan mudah untuk menghadapi hidup ini kalau kita tidak bergantung kepada-Nya.. Namun Alhamdulillah aku masih diberi nafas sehingga ke hari ini untuk terus berjuang dalam bidang ilmu ini..




Menginjak masa sedikit ke belakang, banyak peristiwa yang telah aku lalui sepanjang tahun 2011.. Antara peristiwa yang menarik untuk dikongsi adalah:


1.       Sesi bersama  pemain HARIMAU MALAYA


OK... Aku kedua terendah... huhu


Mungkin semua dah sedia maklum bahawa pasukan Harimau Malaya telah berjaya menjadi JUARA SUKAN SEA 2009 dan juga menjadi JUARA PIALA AFF SUZUKI 2010.. Jadi Kelab Bola Sepak UKM telah menjemput beberapa pemain daripada pasukan Harimau Malaya ini untuk hadir ke Pusanika bagi sesi bersama peminat pada bulan Januari 2011.. Pemain yang hadir adalah Kapten Pasukan Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Asrarudin Putra Omar dan juga Razman Roslan.. Entry pasal dorang ni ada di sini...Klik je..



2.       Liga Bolasepak IPT 2011

Untuk Liga Bola Sepak IPT pula, aku begitu seronok bersama rakan2 sepasukan UKM FC sepanjang sesi latihan dan juga perlawanan liga.. Liga ini bermula pada bulan Mac dan berakhir bulan Julai..



UKM FC


Pada tahun 2010, UKM FC berjaya mendapat NAIB JUARA BOLA SEPAK LIGA IPT setelah tewas kepada UiTM FC pada perlawanan akhir yang diadakan di Stadium UiTM Shah Alam dan turut disiarkan secara langsung di Astro Arena.. Teruja gak dapat masuk TV.. hehehe



Naib Johan Liga IPT 2010



Namun pada tahun 2011 ni UKM FC sememangnya beraksi cemerlang namun tewas di peringkat Separuh Akhir menentang UiTM FC (hampir keseluruhan pemain yang sama) dengan jaringan 1-0.. Akhirnya berjaya juga UKM FC mendapat tempat KETIGA setelah menewaskan UTHM dengan jaringan 3-2.. Namun yang paling manisnya aku berjaya menjaringkan 2 gol dalam penentuan tempat ketiga ni setelah hampir kemarau gol sepanjang liga berlangsung..



Tempat Ketiga Liga IPT 2011


Pada aku, liga ini adalah liga terakhir yang akan aku sertai mewakili UKM dalam bola sepak setelah 4 tahun bermain untuk UKM  dan aku inginkan pengakhiran yang menyeronokkan dan Alhamdulillah aku berjaya.. (tapi lepas tu aku main lagi di Piala MASUM dan berjaya mendapat tempat KEEMPAT) ^^




3.       Bulan Mesra Pelajar sesi 2011/2012


BMP 2011



Dulu dikenali sebagai Minggu Mesra Pelajar (MMP).. Namun ditukar kepada Bulan Mesra Pelajar (BMP) dan dijalankan selama sebulan.. Pada mulanya macam agak menyusahkan namun akhirnya agak menyeronokkan juga.. Semangat kekolejan sangat tinggi.. hehe.. Ni kali pertama aku menyertai BMP sebagai seorang Felo Penghuni.. Jadi banyak juga perubahan bidang tugas berbanding dahulu sebagai JAKSA... Namun aku tetap seronok melihat semangat kebanyakan pelajar2 baru yang nampaknya menunjukkan semangat kolej yang sangat menebal sehingga kini.. Aku harap ianya berterusan.. Disini aku ada entry khas untuk pelajar2 baru dan disini entry khas untuk pemudahcara2... Klik je..




4.       Lawatan ke Beijing, China


Tembok Besar China


Aku pernah impikan untuk sampai ke tempat ini dan Alhamdulillah akhirnya aku sampai juga.. Antara 7 tempat yang aku nak pergi ialah TEMBOK BESAR CHINA.. Impian aku terlaksana pada 19 September 2011 apabila aku berjaya menjejakkan kaki di tembok ini yang merupakan salah satu kejaiban di dunia.. Selain tembok ni, banyak lagi tempat menarik yang ada di Beijing ni antaranya Forbidden City dan Summer Palace selain kawasan perkampungan Olimpik Beijing 2008.. Maklumat lanjut boleh tengok di entry ini..



Ni la antara beberapa peristiwa yang aku rasa menarik untuk dikongsi bersama sepanjang 2011 ni..


Ketika umur pun semakin menginjak daripada REMAJA menjadi DEWASA ni, makin banyak dugaan yang mendatang .. Kadang2 aku tertanya2 gak, adakah aku bersedia untuk menghadapi dugaan pada masa akan datang... Jauh di sudut hati, aku selalu mendoakan agar segalanya dipermudahkan.. Tetapi jika ada dugaan yang besar, aku harap aku mampu TABAH MENGHADAPINYA... InsyaAllah...   


~INGATLAH.. USIA SEMAKIN MENINGKAT DARI SEHARI KE SEHARI~


2 comments:

Lady Anne said...

Selamat Tahun Baru bang...:)

TuJuH BeLaS said...

Selamat Tahun Baru Anne.. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...