Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Saturday, December 24, 2011

58 - SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Sekarang adalah minggu STUDY WEEK.. Pelajar2 universiti pun banyak yang dah balik kampung buat sementara.. Katanya nak balik MINTA BERKAT MAK AYAH untuk menghadapi peperiksaan nanti.. Ada gak yang tak dapat balik sebab mak ayah tak bagi balik.. Tapi dorang yang nak datang sini.. Dari utara, selatan, timur dan barat tanah air.. 


Ramainya balik kampung.. uhuhu


Bagi aku, bagus la kalau betul2 balik nak minta berkat mak ayah.. Walaupun aku tahu ada yang balik sebab rindu nak jumpa kucing la, rindu kat bantal kat umah la, rindu nak jumpa kawan2 sekampung la, rindu nak jumpa anak saudara yang comel la dan macam2 rindu lagi la.. Tak kurang gak yang balik sebab semua kawan balik.. Takdak geng katanya.. hihihi



''Tomey tak titew???''eeuuwwww


Seronoknya apabila bergelar seorang pelajar ni.. Terutamanya jika rumah jauh dari universiti.. Bila dapat peluang untuk balik, memang takkan dilepaskan.. Perancangan dah dibuat dari awal lagi.. Beli tiket bas awal2 sebab takut habis, dah rancang dengan kawan2 sekampung nak keluar berfoya2 la dan macam2 lagi.. 




Keadaan ni pernah aku lalui suatu ketika dahulu.. Semasa aku masih di peringkat prasiswazah atau bahasa inggerisnya undergraduate.. Masa tu memang rasa macam betul2 seorang pelajar.. Lagipun aku masih muda lagi.. Aku seronok dapat pergi kelas dan jumpa kawan setiap hari, aku seronok buat assignment, seronok buat presentation, seronok study last minute untuk exam, seronok masuk dewan peperiksaan, seronok jumpa pensyarah dan seronok dibebani dengan masalah2 dunia ni.. hihihi


Untunglaa presentation camni...
Tapi keadaan sekarang agak jauh berbeza.. Walaupun di peringkat master, tapi aku ambil mod kajian atau fully thesis atau fully research.. Jadi aku dah tak ada kelas dan exam macam dulu dah.. Aku banyak ke tapak lapangan untuk kajian dan juga masuk pejabat.. Jadi semakin lama semakin kurang rasa sebagai seorang pelajar.. Dah rasa macam staf dah.. Sesungguhnya aku sangat rindukan waktu dulu.. Waktu aku bergelar mahasiswa prasiswazah.. huhu




Banyak juga perkara yang aku dah buat pada masa mudaku ni.. Ada yang OK dan tak nafikan ada gak yang TAK OK.. Tapi perlulah belajar dari kesilapan.. Jadi kepada semua yang masih muda (aku pun muda lagi... huhu), gunakan masa anda kini untuk mengecapi sebanyak mungkin pengalaman dan kenangan kerana masa muda KITA hanya datang SEKALI SAHAJA sepanjang hidup kita,.. Gunakan sebaik mungkin..  =)




Apapun aku ingin ucapkan SELAMAT BELAJAR DAN SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN yang akan datang terutamanya kepada pelajar UKM amnya dan KKM khasnya.. BUAT YANG TERBAIK.. InsyaAllah...



~Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya~



  




2 comments:

Farah Fauzi said...

hihi.. neves lak nak final nih.... ^^

TuJuH BeLaS said...

Gud luck.. InsyaAllah ok.. ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...