Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Wednesday, October 26, 2011

55 - PEMUDAHCARA BULAN MESRA PELAJAR


Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera semua... 

Pada entry lepas aku dan buat sikit pantun tentang Bulan Mesra Pelajar (Bulan Orientasi Pelajar Baru).. Kali ni aku buat entry pasal PEMUDAHCARA pulak.. Aku selitkan sikit dengan pengalaman aku sebagai pemudahcara selama beberapa tahun.. Apa yang dorang rasa, penat jerih semua tu aku nukilkan sikit kat sini... 


Untuk entry ni, terpulang kepada para pembaca semua untuk membaca nukilan di bawah ini dalam bentuk pantun ke, syair ke, gurindam ke, rock, balada atau sebagainya.. TERPULANG KEPADA ANDA.. anda yang menentukannya.. =) ok dah2.. Jom2 kita tengok...


Mereka digelar pemudahcara
Atau 'PC' panggilan ringkasnya
Bakal membantu pelajar semua
Setia berkhidmat sepanjang masa

Mereka hadir dengan semangat
Menempuh kursus dan juga taklimat
Meniti hari yang sangat padat
Untuk persiapan hari keramat

Kini masanya telah pun tiba
Hari pendaftaran sudah bermula
Mereka tampil segak dan lawa
Seawal pagi bersiap sedia

Hadirnya pelajar untuk mendaftar
Mesra disambut senyuman mekar
Segalanya dipastikan berjalan lancar
Tak kira mudah ataupun sukar

Memberi bimbingan sepanjang hari
Sentiasa berkejar ke sana sini
Pabila bekerja seikhlas hati
Hasil diperoleh sangat bererti

Tiada ganjaran mereka diharapkan
Dalam bekerja sepanjang bulan
Hanya sentiasa menjadi harapan
Melihat pelajar sentiasa terkehadapan


Sebenarnya banyak lagi boleh cerita pasal PC ni tapi malas nak taip panjang2.. Cukuplah setakat yang ada ni yer.. hihihi... Terlupa lak.. Kalau entry lepas ada gambar, entry ni pun kena la ada gambar gak kan.. Layanzzzz.... ^^



Hero2 malaya

Selamat Datang

Sarapan pada hari pendaftaran

Mai daftar mai daftar

BSMM tak terkecuali dalam membantu kelancaran program BMP

~Lihat kampusku yang tenang~

Sukan oooo sukan

^^
Selepas Penutup BMP

Setakat ni je yer... hihihi.. Rindu jadi PC... ^_^


1 comment:

paigezagorski said...

‎babayliss pro titanium straightener
Product Details. babayliss pro titanium straightener. Product Details. babayliss pro remmington titanium titanium babylisspro nano titanium straightener. Product Details. babayliss pro titanium straightener. Product Details. babayliss titanium bong pro titanium knee replacement titanium straightener. Product Details. babayliss pro titanium camping cookware titanium straightener. Product Details.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...