Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Sunday, August 7, 2011

40 - DULU-DULU PART 2 - MANDI SUNGAI


 Part 1 sudah...  Sekarang kita tengok PART 2 pulak.. hihi

Selepas cari ikan kita pergi ke isu mandi sungai lak yer.. haha.. Al-kisahnya, lepas penat cari ikan kat dalam bendang tu, badan semestinya berpeluh, kotor dan macam2 lagi la.. Kalau balik mandi kat rumah nanti kat rumah tu kotor lak.. Penuh dengan tanah.. So kebiasaannya aku akan pi terjun sungai untuk membersihkan diri daripada kotoran tanah2 tu.. Niat di hati memang macam tu la.. Tapi apakan daya bila bersama kawan2, bukan setakat membasuh badan, siap main pulak dalam sungai tu.. Main baling2 guna tanah.. (padahal dalam bendang pun dah main dah macam tu).. hihi.. kalau dalam sungai caranya selam ambik tanah di dasar sungai tu pastu timbul dan cari la sasaran.. 

Sungai... Bestnya... ^^

Bayangkanla bila timbul je ke permukaan, GEDEBUKKKK!! Tanah kena setempek kat muka.. Memang dengar la sorak tawa kawan2 dok menganjing.. hahaha..  So apa lagi mula berperang la..  Tanah masuk mata, telinga, hidung tu memang perkara biasa la.. Masa tu dah tak ingat dah ikan2 yg tangkap tadi tu.. Bila dah penat main baru nak membasuh badan.. hihi..

Macam ni la keadaannya... hihi

 Aku tak kisah mandi sungai pukul berapa pun.. Tapi kalau bukan hari aku cari ikan (biasanya musim hujan atau masa MADA lepas air ke sungai) aku biasanya mandi sungai waktu petang la.. Taklah panas sangat (aku masih mahu memastikan kulitku tidak terlalu gelap).. hahaha.. Pada masa ni air memang dalam.. Baru best mandi.. Kalau air cetek malas sikit nak mandi sungai sebab banyak lintah akan keluar kalau terpijak tanah dasar tu.. maklumlah.. Kacau tempat tinggal dia kan.. Kalau cerita pasal lintah ni banyak la yang kelakar.. Lintah hisap darah kat situ la.. Kat sini la.. hahaha,. Tapi aku jarang kena lintah.. hihihi..


Comel tak lintah ni?? hihi

Masa darjah 6, aku dan kawan2 selalu pergi mandi sungai lepas kelas KAFA.. Kebetulan sungai tu depan (lebih kurang 400 meter) rumah aku.. Jadi sebelum pergi kelas KAFA, aku akan pergi tengok meter paras air dulu.. Kalau tak lepas kedalaman 1.5 meter, kami takkan pergi mandi sebab ini akan menyebabkan lintah bermaharajalela.. Nanti habis la darah kami.. hihi.. tapi kalau lepas 1.5 meter, kami akan terus pergi mandi sungai lepas balik dari kelas KAFA (dengan berbaju Melayu yer adik2).. Tapi masa  mandi sungai tu aku tak pakai baju pun.. Seluar pendek dah mencukupi.. Seksi cakap luuu.. =.=''


Kat tempat kami selalu mandi tu ada 1 paip simen besar yang melintang dalam sungai tu.. Situ la tempat kami berehat bila dah penat mandi (kiranya badan masih terendam dalam air la).. Tepi2 paip tu ada kayu penahan..  Di sini la aku belajar ‘flip’ atau balik kuang atau lipat atau bahasa kampung aku PELIT KOT DEPAN dan PELIT KOT BELAKANG..  (Pelit kot depan ni adalah memusingkan badan ke hadapan manakala pelit kot belakang ni memusingkan badan ke belakang ketika melompat.). Kat situ juga ada 3 paip simen kecil.. so kami suka la pelit beramai2 (macam terjun berirama la).. hahaha


Terjun berirama...

Masa mula2 dulu mak aku marah gak aku mandi sungai.. Bila mak cakap kat abah je aku mandi sungai, abah aku dengan selambanya kata “Biarlah.. dia anak jantan”… hahaha.. Tapi kalau mak aku tak bagi pun, memang aku akan mandi gak sebab aku suka.. Lagipun aku selalu terpengaruh dengan rakan sebaya.. Jahatnya dorang kan.. (Padahal aku yang selalu ajak dorang mandi sungai sama2.. Kalau taknak aku akan kata dia PENGECUT).. Giler jahat.. eh eh.. bukan jahat… NAKAL… hahaha.. Tapi disebabkan ini gak aku belajar berenang sendiri… Dan alhamdulillah hingga kini aku ingat lagi macam mana nak berenang.. hahaha.. Dan aku bercita2 hendak menjadi perenang Malaysia (kategori sungai).. Agak2 ada tak??? 
  =.=''

Hebat ni kalau berenang kat sungai... haha



Ni je untuk part 2 yer.. ^^



Boleh tengok juga   PART 1,   PART 3,   PART 4,   PART 5,    PART 6....


Thursday, August 4, 2011

39 - DULU-DULU PART 1 - CARI IKAN



Tengah dok relax2 tiba2 teringat waktu sekolah rendah dulu.. Masa tu aku boleh dikategorikan murid yg 'innocent' la.. 'Baik' sangat.. hahaha...Gurau je... Aku dulu memang nakal giler (orang kedah cakap 'BUAIH @ BUAS'). Aku pernah ponteng kelas KAFA semata2 nak naik mesin padi (Jentera Penuai). Bendang dengan aku pulak 'ibarat aur dengan tebing' la.. Tambah2 kalau tiba musim menuai atau membajak.. Memang di bendang la tempat permainanku.. hihi..

Aku suka cari ikan walaupun kadang2 dapat ular atau biawak.. Tapi masa tu mana ada rasa takut.. Relax je pegang ular.. Sekarang ni ja macam takut sikit.. hihi.. Ikan2 yang aku dapat biasanya menjadi santapan keluarga la.. Kalau ikan haruan biasanya ada saja orang kampung tu yang nak.. Sebab ada yg baru bersalin, yg kemalangan, yg mengidam dan macam2 lagi la.. Dorang selalu call rumah aku tanya ada haruan tak.. Kalau ada rezeki ada la.. Sebabnya aku bukan cari ikan untuk dijual.. huhu.. 


Macam ni la aku dulu.. (tapi ni gambar search di google je).. hihi

Ular air atau bahasa inggerisnya 'Water Snake'

Apapun aku yang selalu pi hantar ikan2 tu ke rumah orang yg mintak tu.. Dorang biasanya akan bagi je duit.. Buat upah.. Serius aku taknak duit tu... *Tapi aku tetap menghulurkan tangan*.. Nanti kalau tak ambil orang kata menyombong pulak.. ye tak? huhu.. Dan pada hari2 tersebut (hari2 pi hantar ikan haruan tu) aku akan balik lambat sikit kat rumah sebab terlalu banyak tempat menjadi persinggahanku akibat mendapat upah.. Tempat yang wajib disinggah semestinya KEDAI NGAH (kedai runcit) atau KEDAI WAN ABU (kedai makan - ais kacang dan laksa).. Aku akan beli makanan dan makan siap2 kat situ.. Balik je rumah aku terus tengok TV tanpa berkata apa2... hahaha


Ais pop.. Taktau la sekarang ni masih wujud atau tak.. huhu

Ais kacang (ABC) dan laksa... Tapi ni bukan laksa.. Tak kisah la..

Nampak sangat masa kecik dulu aku dah belajar mencari rezeki untuk keluarga.. hehe.. Tapi masa tu aku bukan fikir pasal rezeki tak rezeki ni.. Aku hanya fikirkan kepuasan je.. Aku puas boleh turun bendang tangkap ikan.. Aku puas bila badan aku diselaputi tanah2.. Aku puas bermandi matahari.. Sebab tu kulit gelap sikit sekarang ni.. Kalau la aku ni jenis control ayu atau jambu dulu, mesti sekarang ni aku masih dalam kategori LELAKI YANG BERKULIT CERAH... Serius tak tipu.. p/s: sila jangan muntah yer.. hihi..


Mesti kulit aku cerah macam ni kalau aku skema dulu.. hahaha

Apapun aku bersyukur sebab aku ada pengalaman macam ni.. Aku tak kisah gelap sikit sebab ramai orang cakap 'gelap itu menawan'.. hihihi.. Banyak lagi nak cerita pasal sekolah rendah ni.. Nantikannnnn !!! 


Boleh tengok PART 2, PART 3, PART 4, PART 5, PART 6....



Wednesday, August 3, 2011

38 - RAMADHAN MENJELANG JUA



Hari ni dah lepas 3 hari berpuasa.. Tapi masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kpd rakan2 muslimin dan muslimat sekalian.. So amacam kawan2?? Dah ada yang TERponteng ke? Atau masih berjaya menahan lapar dan dahaga?? Hihi.. InsyaAllah harap2 semua masih mampu dan bersemangat untuk terus berpuasa yer (kecuali yg tak dapat berpuasa atas sebab2 yg dibenarkan).. 

Tapi harus diingatkan bahawa berpuasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga namun perlu juga menahan hawa nafsu, kata2, tingkah laku dan sebagainya sekiranya kita mahu pahala puasa kita diterima.. Apapun disini saya ingin mengajak rakan2 semua untuk melihat serba sedikit info2 tentang puasa ni yang dipetik dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah Sepanjang Zaman oleh As-Shaikh Ali b. Abdullah.. Mungkin boleh menjadi panduan kita semua.. =) Kredit kepada  FORUM PONDOK BURUK..


Pengertian Puasa
Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.
Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2 Hijrah.


Dalil
Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.


Wajib Puasa
1) Islam
2) Mukalaf
3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.


Sah Puasa
1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2) Suci dari haid dan nifas.
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya’ban).


Rukun Puasa
1) Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
2) Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.


Membatalkan Puasa Sekiranya

1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2) Muntah dengan sengaja.
3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4) Haid atau nifas.
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6) Murtad (keluar dari Islam).
7) Gila (hilang akal).


Pantang-larang puasa
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).

1) Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5) Marah.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya. (Hadis Riwayat Muslim)

Bermaksud: Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”. (Hadis menurut Sahih Muslim)


Sunat-sunat Puasa

1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
2) Makan sahur walaupun sedikit.
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.


Golongan Yang Harus (Dibenarkan) Berbuka Puasa
1) Orang yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi wajib di qada’.
2) Orang sakit, wajib di qada’.
3) Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib qada’ dan jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada’ dan fidyah.


Bacaan Niat Puasa

Lafaz niat puasa Fardhu Ramadhan
“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.

Bacaan Hendak Berbuka Puasa
“Ya Tuhanku, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah Ya Amat Mengasihi”.

Semoga kita akan mengambil peluang ini untuk memperbanyakkan amal ibadat kita.. InsyaAllah.. =)


Saturday, July 23, 2011

37 - LUMRAH SEORANG MANUSIA


Kadang2 kita perlu berasa sakit untuk menghargai nikmatnya sihat
Kadang2 kita perlu berasa sedih untuk menghargai nikmatnya gembira
Kadang2 kita perlu berasa pahit untuk menghargai nikmatnya manis

Sejauhmana kita pergi,
Setinggi mana kita daki,
Sedalam mana kita selami,
Akhirnya kita tetap akan pulang ke titik asal iaitu 
SIAPAKAH DIRI KITA??

Siapa kita sebenarnya??

Kita hanyalah seorang yang bergelar 
MANUSIA

Apa yang ada pada manusia??

Manusia ada PERASAAN
Macam2 perasaan
Sedih... Gembira... Marah... Cinta... Sayang
Inilah LUMRAH HIDUP seorang manusia


Manusia

Jadi HARGAILAH SELAGI MAMPU HARGAI




Tuesday, July 19, 2011

36 - CINTA_MUKA_BUKU


Tak banyak yang ingin dikongsi untuk entry kali ini
Cuma rasa sedikit comel bila dengar lagu ni
Mungkin ada yang pernah lalui
Seperti jalan ceritanya
sebuah lagu

CINTA-MUKA-BUKU
nyanyian

Jom tengok sikit jalan ceritanya


Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
Ooh hati ku rasa sesuatu

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oohh kenakah rasa itu

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Ooh ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku


dan sedikit video




 Comel kan lagu ni..hehe
OK la.. Layan la kalau nak layan.. =)



Saturday, July 2, 2011

35 - ANDAI AKU TERLUPA

Alhamdulillah... 

Hari demi hari keadaan menjadi semakin baik.. 

Banyak masalah dapat dirungkai dan diselesaikan sedikit demi sedikit.. 

Walaupun masih ada yang tersimpan di hati akibat kekhilafan lalu namun diharap 
segalanya akan pergi begitu sahaja dengan petunjuk daripada Allah SWT.. 

Kepada semua yang bergelar manusia, ampun dan maaf dipinta andai terdapat 
kesalahan dan kesilapan diri ini kepada kalian.. 

           Sesungguhnya diri ini juga manusia..

    Yang lalai dan alpa..

Tuntutlah !!

       Seandainya ada hak anda yang perlu dituntut..

                   Kerana aku takut dengan kekuasaan-Nya..

ANDAI AKU TERLUPA


Saturday, June 18, 2011

34 - AKU MILIKMU


Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau berhak ke atas hambaMu ini
Engkau yang memberi rezeki kepadaku
Engkau yang memanjangkan usiaku
Engkau yang sentiasa memandangku
Segala tindak tandukku
Segala tingkah lakuku
Tidak pernah terlepas walaupun sedetik
 
Aku redha
Andai Engkau memberi dugaan kepadaku
Atas segala kesilapanku
Sepanjang hidupku

Aku pasrah
Andai apa yang Engkau turunkan ini adalah pengajaran buatku
Atas segala kejahilanku 
Selama ini

Kerana 
Hanya Engkau yang tahu niat hatiku
Hanya Engkau yang nampak segala yg aku lakukan

Sesungguhnya aku adalah manusia
Yang tak pernah lari dari sesuatu keinginan
Namun apabila sampai satu detik
Engkau berikan petunjuk untukku berfikir kembali
Kerana aku dah terlalu jauh
Dan aku bersalah
Aku tak bersyukur dengan apa yang telah Engkau berikan

Pada detik itu
Pahit untuk aku telan itu semua
Melibatkan insan lain menyebabkan aku sakit
Namun dariMu aku mohon kekuatan
untuk menunjukkanku jalan
Kerana aku yakin dengan kekuasaanMu

Aku mengadu kepadaMu Ya Allah
Aku hanya insan yang lemah
Tika saat ini air mataku menitis 
Untuk menyatakan penyesalanku
Dan aku hanya inginkan keampunanMu 
Kerana aku manusia
Yang sentiasa lupa perananku
di dunia ini
Bahawa AKU ADALAH MILIKMU

Ampunkan segala dosaku Ya Allah
Hanya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mengasihani


:'(


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...