Sekarang ni dah masuk musim exam dah ni di universiti.. Aku tengok pelajar2 pun masing2 dah mula memberi fokus yang lebih kepada exam dorang.. Ada yang deactivate Facebook, Twitter, MySpace, dan ramai gak yang masih asyik online je.. Pada aku takde masalah pun kalau nak online walaupun dah nak exam.. Kita bayar yuran elektrik dan wifi kan.. hehehe..
Sebenarnya semua bergantung kepada diri sendiri.. Ada yang tak online tapi study dan ada gak yang online pun tetap je study.. Jadi takdak masalah pun kan.. hihi.. Ok2.. Ni aku nak cerita sikit pasal exam ni.. Benda2 yang selalu terjadi masa exam.. Harap bolehlah masing2 ambil langkah berjaga2.. hihihi
TIDAK HADIR PEPERIKSAAN
Keadaan ini berlaku atas banyak sebab..... Kalau atas
alasan2 konkrit OK la tapi kalau disebabkan salah sendiri (eg. terlajak tidur,
sengaja tidak datang ambil exam, tanda protes kepada pensyarah subjek tersebut
dan sebagainya), taktau nak kata apa la.. Sedihhh...
TERLUPA TARIKH / MASA PEPERIKSAAN
Aku rasa ramai yang pernah alami keadaan ini.. Bukan apa,
kadang2 jadual peperiksaan terlalu padat atau terlalu jauh jarak tarikhnya.. Sampai dah terlupa masa nya.. huhu.. Kalau
yang ada jarak masa terlalu jauh pula biasanya dia terlupa dah bila tarikh untuk next
paper lak.. Maklumla.. masa gap tu boleh lak pergi melancong seolah2 dah takder
exam dah.. huhu
HADIR LEWAT KE DEWAN PEPERIKSAAN
Perkara ni macam dah selalu je aku nampak kat UKM ni..
Kebanyakan yang datang lewat ni biasanya terlajak tidur.. Nasib baik terjaga
gak.. Kalau tak, mahu gagal result nanti.. Kalau dah terlewat bangun ni akan
ada masalah sikit masa awal2 masuk dewan sebab baru nak ambil feel exam.. Kalau
jenis cool, mungkin takde masalah.. Tapi kalau jenis kelam kabut, alamatnya
hilang habis segala fakta yang dibaca, formula yang dihafal.. Tak ker rugi.. huhuhu
TERLUPA BAWA SLIP MASUK PEPERIKSAAN / KAD MATRIK
Biasa terjadi kepada pelajar yang bangun lewat atau tergesa2
nak pergi jawab exam.. Bila dah kelam kabut tu ada je la barang yang
tertinggal.. Sebab otak dah fikir nak cepat sampai dewan untuk jawab exam..
Perkara ni juga biasanya berlaku kepada pelajar yang OVER CONFIDENT.. Confident
sangat yang kad matrik / slip masuk exam memang ada dalam beg.. Padahal dah
tukar beg lain atau kad matrik / slip exam tertinggal atas meja study.. Satu hal pula nak kena balik ambil.. Kalau
tempat tinggal dekat takpe la.. Kalau jauh merana sikit la.. huhu.. Jadi sila
check segala keperluan sebelum melangkah keluar dengan confidentnya ke dewan
exam..
TAK BACA SOALAN BETUL2
Kadang2 kita rasa apa yang kita jawab dalam exam tu dah
cukup baik dah (confident dah akan dapat A) tapi hakikatnya kita tak menjawab
kehendak soalan pun.. nampak macam ‘syok sendiri’ pun ada kan.. Lebih malang
kalau jawapan untuk soalan tu memang kita tau.. Kalau taktau takpe.. Tembak2
pun mana tau mengena.. Ada gak markah sikit.. huhu
Sebelum start jawab
Setelah dah jawab semua dan check semula
Perkara2 diatas ni memang biasa terjadi.. Dan ada macam2 lagi la.. Perkara2 ni terjadi bukan sahaja di
sekolah malah juga di universiti dan juga di peringkat yang lebih tinggi.. Setelah
dianalisis, nampaknya semua kesalahan ini disebabkan oleh diri kita sendiri
kan.. Jadi apa2 pun diri sendiri kena berubah terlebih dahulu.. Banyak cara
atau kaedah boleh digunakan untuk mengatasi masalah2 ni..
Mungkin kadang2 kita
TAK TERSENGAJA tapi apapun yang berlaku,
ia sedikit sebanyak akan menjejaskan fokus kita untuk menjawab soalan
dengan penuh keyakinan.. Kalau tak dapat hadir untuk jawab tu (tanpa alasan
kukuh) nampaknya penat gak la masuk kuliah sampai 14 minggu + assignment + kuiz
+ perangai ahli group yang macam apa entah yang telah dihadapi dengan penuh
kesabaran selama ini.. huhu..
~FIKIR-FIKIRKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL~
3 comments:
ada lak soalan yg perlu tengok je..haha~
*da lama xbaca 'komik' 17..^^ *
ada kot.. hihi
dalam pembikinan.. release tahun depan kot.. haha
dah semakin seram dah nak exam ni...
Post a Comment