TAHUN 2011 sudah sampai ke penghujungnya... Macam2 perkara
yang berlaku sepanjang tahun ni.. Ada suka, seronok, gembira, duka, sedih,
pilu, pahit, manis dan macam2 lagi la.. Walaupun begitu banyak perkara yang aku
dah pelajari.. Aku semakin mengenal erti kematangan, kesabaran, kemaafan,
kekecewaan dan KELELAKIAN.. (hahaha yang last tu over je).. hihihi
Akhirnya aku semakin mengerti tentang kehidupan.. Ada selok
beloknya, tipu dayanya, lemah lembutnya dan tolak ansurnya.. Bukan mudah untuk
menghadapi hidup ini kalau kita tidak bergantung kepada-Nya.. Namun
Alhamdulillah aku masih diberi nafas sehingga ke hari ini untuk terus berjuang
dalam bidang ilmu ini..
Menginjak masa sedikit ke belakang, banyak peristiwa yang
telah aku lalui sepanjang tahun 2011.. Antara peristiwa yang menarik untuk
dikongsi adalah:
1. Sesi
bersama pemain HARIMAU MALAYA
OK... Aku kedua terendah... huhu |
Mungkin semua dah sedia maklum bahawa pasukan
Harimau Malaya telah berjaya menjadi JUARA SUKAN SEA 2009 dan juga
menjadi JUARA PIALA AFF SUZUKI 2010.. Jadi Kelab Bola Sepak UKM telah menjemput
beberapa pemain daripada pasukan Harimau Malaya ini untuk hadir ke Pusanika bagi
sesi bersama peminat pada bulan Januari 2011.. Pemain yang hadir adalah Kapten
Pasukan Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Asrarudin Putra Omar dan juga Razman
Roslan.. Entry pasal dorang ni ada di sini...Klik je..
2. Liga
Bolasepak IPT 2011
Untuk Liga Bola Sepak IPT pula, aku begitu
seronok bersama rakan2 sepasukan UKM FC sepanjang sesi latihan dan juga
perlawanan liga.. Liga ini bermula pada bulan Mac dan berakhir bulan Julai..
UKM FC |
Pada tahun 2010, UKM FC berjaya mendapat
NAIB JUARA BOLA SEPAK LIGA IPT setelah tewas kepada UiTM FC pada perlawanan
akhir yang diadakan di Stadium UiTM Shah Alam dan turut disiarkan secara
langsung di Astro Arena.. Teruja gak dapat masuk TV.. hehehe
Naib Johan Liga IPT 2010 |
Namun pada tahun 2011 ni UKM FC sememangnya
beraksi cemerlang namun tewas di peringkat Separuh Akhir menentang UiTM FC
(hampir keseluruhan pemain yang sama) dengan jaringan 1-0.. Akhirnya berjaya
juga UKM FC mendapat tempat KETIGA setelah menewaskan UTHM dengan jaringan
3-2.. Namun yang paling manisnya aku berjaya menjaringkan 2 gol dalam penentuan
tempat ketiga ni setelah hampir kemarau gol sepanjang liga berlangsung..
Tempat Ketiga Liga IPT 2011 |
Pada aku, liga ini adalah liga terakhir
yang akan aku sertai mewakili UKM dalam bola sepak setelah 4 tahun bermain
untuk UKM dan aku inginkan pengakhiran
yang menyeronokkan dan Alhamdulillah aku berjaya.. (tapi lepas tu aku main lagi
di Piala MASUM dan berjaya mendapat tempat KEEMPAT) ^^
3. Bulan
Mesra Pelajar sesi 2011/2012
BMP 2011 |
Dulu dikenali sebagai Minggu Mesra Pelajar
(MMP).. Namun ditukar kepada Bulan Mesra Pelajar (BMP) dan dijalankan selama
sebulan.. Pada mulanya macam agak menyusahkan namun akhirnya agak menyeronokkan
juga.. Semangat kekolejan sangat tinggi.. hehe.. Ni kali pertama aku menyertai
BMP sebagai seorang Felo Penghuni.. Jadi banyak juga perubahan bidang tugas
berbanding dahulu sebagai JAKSA... Namun aku tetap seronok melihat semangat kebanyakan
pelajar2 baru yang nampaknya menunjukkan semangat kolej yang sangat menebal
sehingga kini.. Aku harap ianya berterusan.. Disini aku ada entry khas untuk
pelajar2 baru dan disini entry khas untuk pemudahcara2... Klik je..
4. Lawatan
ke Beijing, China
Tembok Besar China |
Aku pernah impikan untuk sampai ke tempat
ini dan Alhamdulillah akhirnya aku sampai juga.. Antara 7 tempat yang aku nak
pergi ialah TEMBOK BESAR CHINA.. Impian aku terlaksana pada 19 September 2011
apabila aku berjaya menjejakkan kaki di tembok ini yang merupakan salah satu
kejaiban di dunia.. Selain tembok ni, banyak lagi tempat menarik yang ada di
Beijing ni antaranya Forbidden City dan Summer Palace selain kawasan
perkampungan Olimpik Beijing 2008.. Maklumat lanjut boleh tengok di entry ini..
Ni
la antara beberapa peristiwa yang aku rasa menarik untuk dikongsi bersama
sepanjang 2011 ni..
Ketika
umur pun semakin menginjak daripada REMAJA menjadi DEWASA ni, makin banyak
dugaan yang mendatang .. Kadang2 aku tertanya2 gak, adakah aku bersedia untuk
menghadapi dugaan pada masa akan datang... Jauh di sudut hati, aku selalu
mendoakan agar segalanya dipermudahkan.. Tetapi jika ada dugaan yang besar, aku
harap aku mampu TABAH MENGHADAPINYA... InsyaAllah...
~INGATLAH.. USIA SEMAKIN MENINGKAT DARI SEHARI KE SEHARI~