Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Tuesday, May 3, 2011

28 - SELAMAT PULANG RATNA.. :'((



Terkejut.. Terkesima.. Terlopong.. dan hilang kata2...
Setelah mendapat satu berita menggemparkan,..
Bukan sahaja di kalangan rakan2 malah turut dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia..




Inilah tajuk yang meluas di dada2 akhbar dan berita utama pada hari ini 03 MEI 2011.. Saya dan rakan2 kehilangan seorang sahabat yang sangat baik.. Murah dengan senyuman.. Rajin dan bertanggungjawab dalam apa yang dilakukan.. Beliau ialah RATNA SUFIZAHRIYYANTI BT OMAR.. Tiada kata yang mampu diucapkan tatkala menerima khabar tentang perkara ini.. Rasa marah, geram, sedih dan terkilan semua bermain dalam diri.. 


Saya bukanlah terlalu rapat dengan arwah tapi saya pernah bekerja dengan beliau dalam organisasi.. Beliau juga pernah menjadi AJK program saya semasa TG2KM.. Begitu juga dengan rakan2 lain.. Walaupun ada yang berkata bahawa inilah takdir beliau namun agak sedih apabila beliau pergi dengan keadaan sebegini.. Sehingga kini saya masih sukar percaya akan pemergian beliau.. Ramai rakan2 terkejut selepas mengetahui perkara ini.. Sebab beliau pergi secara mengejut.. Namun siapalah kita untuk melawan kekuasaan Allah SWT..  Dia berhak ke atas hidup dan mati hamba-Nya..


Dulu selalu terjumpa arwah di kafe KKM.. Macam tu la dia.. SENYUMM je.. Rakan2 pasti merindui senyuman beliau.. Beliau dulu aktif dengan SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI  KKM sesi 2007/2008 bersama2 saya dan rakan2 lain.. Beliau juga suka main futsal.. Namun pengalaman ketika SUKANEKA KELUARGA KKM pasti menjadi kenangan terindah kepada kami.. Beliau juga antara yang aktif di fakulti.. Kehilangan pasti dirasai.. Sukar untuk menggambarkan perasaan sekarang,.. 


Kami semua baru kenal arwah dalam 4 tahun je.. Tu pun dah rasa macam2.. Bayangkanlah macam mana pula penerima ahli keluarga beliau yg mengasuh dari kecil.. Pasti tak tertanggung rasanya.. Saya hanya mampu mendoakan agar ahli keluarga beliau akan tabah dan kuatkan semangat bagi menempuh hari2 mendatang.. InsyaAllah beliau pasti akan mendapat pembelaan yang sewajarnya.. Pesalah pasti akan mendapat balasan setimpal dengan apa yg telah dilakukannya..  


Jadi disini saya ingin mengajak semua rakan2 untuk sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah dan bacaan Surah Yaasin kepada arwah andai berkesempatan.. Kita mohon petunjuk Allah agar arwah mendapat pembelaan seadil2nya di dunia ini.. Doakan juga agar arwah bahagia di sana dan ditempatkan bersama2 orang beriman.. Al-Fatihah..



- Gambar2 telah diremoved kerana keluarga arwah hanya membenarkan gambar arwah dipaparkan untuk tempoh 1 malam sahaja sebagai tatapan terakhir rakan2 semua dalam blog ini.. Terima kasih diucapkan kepada ahli keluarga arwah yang memberi kebenaran.. Harap maklum -



Selamat pulang kesisi Pencipta kita wahai saudaraku RATNA SUFIZAHRIYYANTI BT OMAR..  Engkau seorang yang baik.. Dan pasti akan mendapat balasan yg baik.. Semoga engkau bersemadi dengan aman di sana.. Semoga engkau sentiasa di bawah rahmat-Nya dan tergolong dalam golongan orang beriman.. Amin..


~ AL-FATIHAH ~


2 comments:

@sm@lin@ said...

Allahu Rabbi. sedih tak terkata. Kita semua tahu peribadi n kebaikan dia.. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.


sebak satu hari ni.. tak percaya. tapi itulah hakikat.. Innalillahi wa innailaihirajiun.

TuJuH BeLaS said...

tu la pasal.. Still tkejut smpai skang ni..
btul ke suma ni blaku??? huhuhu..
Smoga arwah bahagia di sana..
Amin~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...