Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Tuesday, May 3, 2011

27 - MANUSIA DAN KEJAHATAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Apa khabar kalian?? 
Bukan ada apa sangat nak menulis kali ni.. Sekadar mengisi masa lapang..


Pernahkah anda terfikir bahawa sebenarnya adakah orang jahat itu wujud?? 

Apakah kriteria yang anda tetapkan untuk menentukan seseorang itu jahat?? 

Pernahkan anda terfikir kenapa seseorang itu menjadi jahat??



Jahat ke ni?

Ni jahat tak?


Ini???

Pasti ada sebab kenapa wujudnya kejahatan dalam diri seseorang.. Kadang2 manusia ni mudah lupa.. Lupa bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang.. Mereka lebih berpendapat bahawa alang2 dah jadi jahat, baik jahat sampai mati je.. Seperti kata pepatah '' Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan''.. Sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran dan dilahirkan beragama, adalah satu kesilapan andai seseorang manusia berfikir sedemikian.


Inikah yang dikatakan sebenar2 jahat??

Kita ada Allah.. Tempat mengadu.. Kita ada Allah.. Tempat memohon keampunan.. Kita ada Allah.. Tempat mohon petunjuk.. Kita adalah manusia biasa.. Bukan ma'sum (terpelihara daripada dosa).. kita tak lari daripada kesilapan.. Sama ada melakukan dosa kecil atau besar.. Namun Pencipta kita sentiasa menerima taubat hambaNya.. Taubat yang disusuli dengan rasa penyesalan dan berazam akan berubah menjadi lebih baik pada masa akan datang.. Hanya kerana Allah SWT.. InsyaAllah..



Berdoalah kepada Yang Maha Esa

Sekian.. 
Sama2 kita renungkan dan selamat beramal..





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...