Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Saturday, May 21, 2011

33 - KAMPUNG SAYA PUN BEST


Wahhhh... Terasa berminat pula nak bercerita pasal kampung... 
Saya tinggal kat KAMPUNG LAHAR BUDI yer kawan2..
Kampung ni terletak antara Alor Setar dan Tokai..
Kiranya sempadan Kota Setar dan Pendang la..

Ni rumah saya..

Pengalaman di kampung ni memang tak dapat digambarkan la dengan kata2.. Dari kecil membesar di kampung dan kurang tahu pasal bandar sehinggalah mula belajar di bandar masa sekolah menengah.. 


SITUASI DI KAMPUNGKU SUATU KETIKA DAHULU

Masa kecil2 dulu (sekolah rendah ke bawah) antara aktiviti yang saya suka buat kat kampung adalah :
1. Panjat mesin padi (jentera penuai)
2. Mandi sungai (sekurang2nya belajar berenang, lompatan balik kuang dan macam2 lompatan la)
3. Tangkap ikan masa musim ambil padi (musim menuai), musim traktor dan kubota (musim membajak)
4. Kejar burung ruak2/ ayam2 (sampai habis rosak padi orang)
5. Mengail (memancing) ikan di bendang (musim padi meninggi)
6. Menjala ikan
7. Main aci ligan (kejar2)
8. Suka duduk atas jejantas (di kampung saya sebut titi Z) dan tengok matahari terbenam
9. Merempit kat jalan tanah merah (kadang2 je)
10. Kalau tarawih masa bulan puasa, suka main polis sentri. Masa solat tarawih selalu ada kat bendang sebab sembunyi dari polis atau cari penjahat (dalam permainan tu). Tapi masa ambil makanan moreh automatik ada kat masjid.. hehe 
11. Main meriam (lawan dengan bunyi tembakan dari kampung sebelah)

Antara gambar2..

Mesin padi atau bahasa formalnya jentera penuai

Titi Z (bawah tu ada laluan keretapi dan juga Lebuhraya Utara Selatan)

Pemandangan matahari terbenam (Diambil berhampiran rumah saya)..

Pemandangan matahari terbenam (Diambil dari atas Titi Z)

Itu antara aktiviti yang saya suka buat di kampung dulu.. Masa tu apa yang penting adalah KESERONOKAN.. hehe.. Tapi bila dah mula masuk sekolah menengah di bandar, banyak benda tak dapat nak buat sebab tinggal di asrama.. Cuma kalau balik memang padat dengan aktiviti la.. Kawan2 sebaya pun ramai lagi masa tu.. 


Sekarang ni kawan2 pun dah ramai bekerja dan susah juga nak berjumpa.. Nasib baik ramai yang bekerja tu ada Facebook.. Sekurang2nya boleh gak bertegur sapa kat FB ni.. Balik kampung jalan2 gak la keliling kampung.. kalau sempat boleh la menziarah rakan2 lama. Masih lagi boleh main bola sama2 (lawan bola antara kampung) dan buat aktiviti (contohnya kenduri secara gotong-royong walaupun sekarang banyak yang mula guna perkhidmatan katering).. hihi


Perancangan lepas ni nak buat reunion Sekolah Kebangsaan Lahar Budi (SKLB) lak.. Banyak gak dah berbincang di FB.. Tak perlu tunggu nak balik rumah.. Nanti kalau balik boleh buat habis2an.. Sebabnya kebanyakan alumni2 SKLB adalah penduduk kampung tu gak.. Abah saya dulu pun sekolah yang sama.. hihi.. Harap2 berjaya la kali ni.. InsyaAllah..

Sekolahku

Semenjak di UKM ni, memang saya jarang2 balik kampung.. Kecuali masa tahun 1.. Bermula tahun 2 sejak dah ada tanggungjawab di sini, saya mula jarang balik.. Tapi perkembangan semuanya saya update je daripada family saya.. Saya call rumah.. Tanya khabar.. Tanya apa2 soalan yang patut.. Mereka pun akan cerita apa yang patut.. Walaupun saya tak nampak mereka di depan mata tapi sekurang2nya saya tau mereka semua sihat dan apa yang terjadi di kampung yer..


Tinggal di kampung bukanlah alasan saya untuk meraih simpati ke, apa ke.. Saya bangga dilahirkan di kampung.. Sekurang2nya saya ada pengalaman sangat berharga di kampung.. Suasana kampung memberi saya bermacam idea dalam kehidupan.. Tapi saya yakin anda semua juga pasti mempunyai pengalaman berharga anda walaupun anda adalah orang bandar.. Sebabnya sentimental value tu terletak atas penilaian diri sendiri.. 


Bukan semua orang kampung ni baik dan bukan semua orang bandar tu tak baik.. Sebab tu saya tak pernah meletak apa2 syarat untuk berkawan.. Yang penting IKHLAS nak berkawan.. Tapi trend sekarang ni ramai je yang nak putus kawan.. Atas sebab2 yang susah orang nak faham,.. Kalau ada apa2 masalah sila siasat betul2, tanya betul2 sebelum nak meletakkan hukuman.. Sebabnya kalau tersilap, kan dah jadi FITNAH.. Tak baik tau.. ish3.. Tambah lak kalau benda yang tak betul disebar2kan.. Nauzubillah.. Apapun saya ingin minta maaf andai ada kesilapan begini yang pernah saya buat kat kawan2 semua selama ni.. Tapi saya rasa anda semua bukan begitu kan??  SAYA YAKIN.. INSYAALLAH..


Dah melalut dah.. sorry.. hihi.. Apapun disini saya dengan bangganya ingin mengatakan bahawa  

SAYA SAYANG KAMPUNG SAYA



4 comments:

Unknown said...

pergh.yg matahari terbenam tuh.serius cantik.memang best dok kampung.parit tuh dah jadi tempat permainan

TuJuH BeLaS said...

tu la.. tambah2 zaman nakal2 dulu.. tak ingat apa dah.. seronok je keje.. hihi

Kill said...

abang. ada pakej melancong kampung abg tak? haha

TuJuH BeLaS said...

kill: ada.. tp pakej bln madu jer.. so kawen la cpat2.. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...