Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Tuesday, January 11, 2011

3 - TG2KM DAN KENANGAN

Malam ni nak cerita pasal benda alah ini pulak.. hehehe.. 
Seperti yang semua sedia maklum (terutamanya warga Kolej Keris Mas UKM), Temasya Gemilang Kolej Keris Mas atau lebih dikenali sebagai TG2KM telah bermula 7 Januari lalu dan akan diadakan selama seminggu sehingga 16 Januari ini.. Pelbagai acara menarik akan diadakan sepanjang program ini berlangsung disamping gerai2 jualan yang mula setia menunggu pelanggannya... ceewahhh!!.. hihihi...
Untuk maklumat lebih lanjut boleh lah masuk link ini :

 Saya yakin ramai yang akan datang semasa program2 ini berlangsung nanti.. =))

Berkisar tentang TG2KM ini baru teringat bahawa saya dah lama terlibat dengan program ini. 
Semasa tahun 1 di sini iaitu pada TG2KM 2008, saya menjadi Eksekutif Sukan dengan mengendalikan FUTSAL TERBUKA dan SUKANEKA KELUARGA KKM.


Alhamdulillah akhirnya saya berjaya mengendalikan program ini dengan bantuan semua AJK yang turut serta.. 
Walaupun baru tahun 1, saya tidak jadikan ia sebagai alasan untuk tidak turut serta kerana saya sukakan CABARAN dan saya tahu bahawa saya perlu MENCUBA kerana proses ini akan mematangkan saya.. =))
Terima kasih diucapkan kepada semua rakan2 seangkatan yang banyak membantu pertandingan FUTSAL TERBUKA dan SUKANEKA ini,,. 

Selepas Sukaneka (semua bermandi tepung).. kenangan yang tidak dapat dilupakan =))
Menjelang malam penutup TG2KM 2008, saya dikejutkan dengan satu berita.. 
Sangat tidak sangka.. 
APAKAH IA???? JENG JENG JENG


Anugerah Pengarah Terbaik Karnival Sukan KKM (siap tulis nama lagi) =))
Rupa2nya saya mendapat anugerah 
PENGARAH TERBAIK KARNIVAL SUKAN KKM SESI 2007/2008.. (betul ke??)
Apapun alhamdulillah bersyukur.. =))
Sebenarnya karnival ini diadakan seminggu sebelum program TG2KM berlangsung yang melibatkan semua pelajar2 KKM yang mewakili blok masing2..
Terima kasih banyak2 kepada saudari Syafiqah Hani Sulaiman (JAKSA SUKAN DAN REKREASI II SESI 2007/2008) yang banyak membimbing saya (pada mulanya panggil kak ika tapi lepas dah rapat baru tahu kami sama umur.. DOWN.. )
hahahahaha
Tidak lupa juga kepada Kak Josephine Jarit iaitu 
NAIB YANG DIPERTUA JAKSA KKM 2007/2008)
KALIAN BERDUALAH YANG BANYAK MENDORONG SAYA.. 
Terima Kasih banyak2.. =). Teringat pula kenangan2 lama.. (agak tersentuh) ='(  

Program ini sememangnya telah memberi pengalaman yang sangat berharga kepada diri saya sebab saya juga menjadi sekretariat SUKAN DAN REKREASI pada masa itu.

Sedih pula bila ingat kembali kenangan2 ini kerana semakin susah untuk jumpa kembali mereka2 (kawan2 lama) ini sebab kebanyakan dah habis pengajian dan ada yang sudah bekerja.. =((
Apapun diharap suatu hari nanti kita akan dipertemukan kembali.. InsyaAllah.. 
Rasanya setakat ini sahaja nukilan untuk malam ini.. Kalau ada masa lagi saya akan ceritakan pula pengalaman TG2KM 2009 ketika saya memegang jawatan sebagai 
TIMBALAN KETUA PENGARAH TG2KM 2009.. 

Kita sambung lain kali yer... Peace (^_^)Y

 p/s : Kenangan yang mematangkan.. =)

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...