Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Sunday, January 9, 2011

1 - KENANGAN TERINDAH 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Sy baru nk berjinak dalam dunia blog ni.. Sebelum ni pernah ada blog tapi tak aktif.. Jadi sekarang ni rasa ingin kembali menulis.. Harap2 mampu berpanjangan la.. Semoga semua menyokong.. =)

Jadi saya akan mulakan blog ini dengan KENANGAN TERINDAH 2010 dulu yer.. 

Ingin tahu apa ceritanya?? Jom baca... hehe

Majlis Makan Malam Amal Kolej Keris Mas 2010 berkonsepkan RETRO NIGHT

Majlis yg diadakan pada 13 Mac (malam senior) dan 14 Mac (malam junior) 2010 ini sangat memberi kenangan manis dalam diari hidup sy.. Alhamdulillah sy selaku Ketua Pengarah Eksekutif (KPE) dikurniakan felo pnasihat, penasihat pribadi, rakan2 JAKSA KKM, Majlis Tetinggi (MT) Eksekutif2 dan timbalan (AZ) dan AJK pelaksana yg sangat memberi sokongan penuh sepanjang sy mengendalikan RETRO NIGHT ini.. Mereka semua telah sy anggap seperti ahli keluarga sendiri kerana susah senang mereka sentiasa bersama.. 

MT, AZ dan Timb. AZ bersama En Syed Kamaruddin
 

Interaksi MMMA

Ingat lagi ketika seminggu sebelum menjelangnya program ini, kami dikejutkan dengan berita yang kurang enak iaitu tiba2 pihak Pusat Kebudayaan (PUSKEB) UKM yang mengendalikan penggunaan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) mengatakan bahawa DECTAR tidak dapat digunakan pada 15 Mac (kalau diikutkan perancangan awalnya ialah pada 14 & 15 Mac).. Agak kelam kabut jadinya kerana pelajar kolej telah membuat tempahan meja. Jadi setelah berbincang dengan semua AZ dan mengambil kira pelbagai faktor dan kesan, akhirnya kami memilih untuk membawa malam senior (yang sepatutnya pada 15 Mac) ke tarikh 13 Mac.. Malam junior tidak berubah.. Namun agak ramai senior2 tidak dapat hadir pada malam tersebut.. Masing2 sudah ada perancangan sendiri kerana jangkaan awal mereka adalah pada 15 Mac.. Sy selaku KPE memohon maaf kpd semua senior (tahun 3 dan 4 dan 5) KKM 2010 atas masalah teknikal ini.. huhu..

Tapi bak kata orang 'benda yang lepas jangan dikenang'.. Jadi kami kuatkan semangat juga.. hihi.. Alhamdulillah.. Akhirnya kami berjaya menganjurkan MMMA dengan jayanya,. Walaupun masih ada masalah namun sy anggap perkara ini mampu menjadi pengajaran kepada kami semua.. Apapun sy sekali lagi mohon maaf kepada semua kalu ada sebarang masalah yang timbul semasa majlis berlangsung.. huhu.. 

Agak banyak kalau sy nak ceritakan semuanya tapi disini sy ingin memberi JUTAAN PENGHARGAAN dan ucapan TERIMA KASIH terutamanya kepada AHLI KELUARGA MAJLIS MAKAN MALAM AMAL KKM 2010 serta rakan2 atas sumbangan tenaga dan masa (perasaan pun ada.. hihi) untuk menjayakan program ini.. Sy sangat terhutang budi kepada semua.. Sy harap anda semua akan terus aktif selepas ini.. Mungkin setakat ini sahaja untuk post pertama saya..  Kalau hendak mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut boleh terus berhubung dengan sy (dah macam nak buat promosi).. hehehe..
Tengok2 lah gambar2 di bawah:-


Bersama JAKSA KKM2009/2010
Antara persembahan2 yang diadakan
Perasmi Senior Night 

Perasmi Junior Night
KELUARGA MAJLIS MAKAN MALAM AMAL KKM 2009/2010

Sebelum berakhir post ni sy ingin MEMOHON BERJUTA KEMAAFAN dan sekali lagi ingin mengucapkan UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA AHLI KELUARGA MMMA 2010 (RETRO NIGHT).. SY SAYANGKAN ANDA SEMUA.. SEMOGA TAGLINE 8 BULAN UNTUK 8 JAM AKAN TERUS TERSEMAT DALAM INGATAN ANDA SEMUA... 

SEKIAN.. =))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...