Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Thursday, January 20, 2011

6 - KAMI DAN HARIMAU MALAYA

Sekian lama blog ini telah ditinggalkan.. 
Minta maaf wahai En. Blog Tujuh Belas.. 
Tidak pernah terniat pun.. Tetapi kesibukan agak melanda kebelakangan ini.. 
Tapi sibuk apakah????
Itu yang kita tak tahu.. huhu

Walau apapun yang terjadi, saya tetap sayang TUJUH BELAS... =)))
Kali ini nak bercerita pula apa yang berlaku hari ini... hihiihi

Tepat jam 11.30 pagi tadi (19 Januari 2011), saya sampai ke PUSANIKA..
Niat di hati nak tengok2 je 4 pemain bolasepak kebangsaan yang nak datang tu.. 
Bukan nak ambil autograf dan bergambar pun.. (poyo jer).. hihi

BANNER SELAMAT DATANG
Sampai je di tempat yang ditetapkan, belum sempat nak duduk tiba2,
Syafizan @ Ronaldo UKM @ Do :  "Hafiz, kau jadi MC jap lagi,"

Walaupun pada mulanya tak rela tapi akhirnya relakan juga.. (huhu)

Setelah hampir sejam menunggu, sampailah mereka di pusanika..
Dengan bangganya saya pun : " Mengumumkan ketibaan WIRA-WIRA NEGARA KITA 
ke PUSANIKA UKM. " hihi



MC.. hahaha

Setelah mengambil tempat duduk, Saya memperkenalkan setiap pemain iaitu
RAZMAN ROSLAN, AMIRULHADI ZAINAL, ASRARUDIN PUTRA OMAR
dan SAFIQ RAHIM selaku KETUA PASUKAN..

Razman, Amirulhadi, Asrarudin dan Safiq Rahim

Kemudian sesi SOAL JAWAB pun bermula...
Antara soalan yang paling mencuri tumpuan adalah daripada jurulatih UKM kepada Asrarudin
berkenaan gosip beliau dengan PELAKON JELITA, ROZITA CHE WAN..

Tapi jawapan yang diberikan adalah : "Itu cuma gosip. Kami hanya berkawan."
Wah.. Jawapan nak ala2 artis gitu.. hihi

Maka tersenyumlah gadis2 yang begitu meminati beliau.. 
 Mungkin dalan hati mereka: "Ada peluang lagi aku nak mengorat mamat ni." =))

Pandai2 lah berkenalan dengan beliau yer.. hihi



Sesi soal jawab

Seterusnya adalah sesi autograf.. 
Berebut2 peminat nak autograf.. Maklumlah.. sebelum ni hanya melihat di kaca TV
(temasuklah diri ini).. hahaha
Saya pun macam biasalah,.. Promote la apa yang patut..

" SELAMAT DATANG KE MAJLIS bla bla.....
Anda boleh mendapatkan poster pemain dengan harga RM2 sahaja untuk sesi autograf..
Kalau tak beli, tak boleh ambil autograf. " (agak kejam disitu... hahaha)

posternya..


Pemain UKM memberi autograf (PERLU KER???)

Ini lagi 1.. (adoi)

Sambil itu ada juga la yang bergambar.. 

Tiba2...... "Awak, nak bergambar dengan awak boleh tak?" Tanya seseorang kepada saya.

Saya pun jawablah : " SAYA BUKAN PEMAIN, SAYA MC JE." 
(sumpah lawak masa ni, orang sebelah dah senyum2 dan gelak2 dah.. hahaha)

" Ala,, Takpe. " Jawabnya ringkas...

Disebabkan tidak mahu mengecewakan 'PEMINAT' jadi bergambar jugalah.. (hahaha)

Lepas tu ada la seorang si comel ini pun nak bergambar.. Terpaksa rendahkan sikit badan untuk SELARAS dengan beliau.. hihihi

Seterusnya sesi bergambar bersama pemain..

Masa ni dapat lihat perempuan2 berduyun hendak bergambar dengan pemain kesayangan mereka 
(sayang ke??? Sebab hensem kot,, hihi)

Bermacam2 gaya la yang ada.. Namun kelihatan Safiq Rahim yang PALING LARIS..
Dibawa lari ke belakang (adoi, susah betul nak kawal).. hoho





MEREKA DAN PEREMPUAN..
Bersama UKM FC

K. Rajagobal kah???? Semoga mampu menjadi sehebat K.Rajagobal suatu hari nanti.. =)

Selepas selesai bergambar, seterusnya penyampaian cenderamata kepada pemain 
yang telah bersiap untuk bergerak pulang..

Sebenarnya masa sesi bergambar tu saya tak sempat nak bergambar banyak2 sebab SETIA MEMEGANG MICROFON dan mengulas serba sedikit.. huhu

Untuk mengubat kekecewaan itu, semasa di aras 4 Pusanika, saya pun tanpa segan silu mula la bergambar dan mengambil autograf mereka.. hahaha.. 

Nah.. tengoklah gambar2 ini.. hihihi





Saya dan mereka... =)

Mereka dan UKM FC
Haaaa.... Ini sajalah yang ingin dikongsi bersama pada hari ini.. 
Walaupun mereka ini begitu GARANG DI PADANG RUPA2NYA mereka
SANGAT PEMALU di hadapan lensa kamera..

Apapun saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada PASUKAN HARIMAU MALAYA atas KEMENANGAN BERSEJARAH kita dalam PIALA AFF SUZUKI 2010 dengan menjadi JUARA..

Semoga kecemerlangan ini diteruskan lagi pada masa akan datang..

Terima kasih juga kepada ANNIE ANNE atas gambar2 yang telah disediakan seterusnya bakal dilantik menjadi JURUFOTO RASMI UKM FC.. =)))

SESI INI DIBAWA KHAS OLEH KELAB BOLASEPAK UKM @ UKM FC

Sekian.. Terima Kasih..
PeaCe   (^_^)Y

p/s : Penat tapi agak berbaloi.. =)

11 comments:

miss267 said...

LIKE~~~!^^
tapi2...'motifff' sgt kn..hoho
;P
btw, excited jgk bila dpt tgk live~
org2 yg dtg tu mmg sgt excited la~
tp kena ingt mereka pn manusia besa..
tolak2..sbr jela kpd org yg kecik2..;)
xpela..mybe sbb teruja jmp dgn pasukan harimau muda..
n sbg 1 penghargaan gak wat mereka ats kjyaan mgharumkan nama Malaysia..
moga pasni leh jumpa TWIN lak~! hoh0
;D
btw, all da best to UKM FC!
moga dpt msuk ke Piala FAM n strus2nya..
insyaALLAH..
thanx jg wat UKM FC ats anjuran sesi ni ;)
chaiy0k2~!

TuJuH BeLaS said...

Miss 267:

=)
2 la.. dorg pn mnusia gak.. kita xleh agungkan dorg tp x salah kita hargai dorg kn...
hihi
Twin xdak masa la nak datang..
Esok si adik dah nak menikah...
hahahaha..
btw
Thanx 4 ur support..
Semoga UKM FC terus Gemilang bersama Harimau Malaya

Kill said...

hahaha..ingat MC tu dah join jd player msia.

Puteri Narimah Jamali said...

UKM FC... meowww~

Harimau Malaya... AAUUUUMMMM~~~

hahaha~

TuJuH BeLaS said...

kill: nak buat macam mana.. orang terasa aura tu.. hoho

nare: apa meoow2?? hahaha

Anonymous said...

ok aku dengki gak ok!!!!!!!!!!!! demssssss

TuJuH BeLaS said...

nadey: Ala nadey.. besa je ni.. (kerjaya ko lg penting).. hihi

Amisaha said...

waaa.. bestny dpt jumpe diorg.. btuah btol sume yg g ari tu.. npe la ms diorg menang emas sukan sea 2009 ,xnk dtg ukm,. ms tu ad la lg kt xsne..huhu. jeles*

TuJuH BeLaS said...

Amisaha: rezeki utk tahun ni kot.. =)

FiNi Pelangi said...

poyo, haha,.
btw, ikan keke kt bwh ni lg bez, haha

TuJuH BeLaS said...

fini: tolong bg mkn.. hoho

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...