Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Saturday, December 31, 2011

61 - ENTRY PENUTUP TAHUN 2011



TAHUN 2011 sudah sampai ke penghujungnya... Macam2 perkara yang berlaku sepanjang tahun ni.. Ada suka, seronok, gembira, duka, sedih, pilu, pahit, manis dan macam2 lagi la.. Walaupun begitu banyak perkara yang aku dah pelajari.. Aku semakin mengenal erti kematangan, kesabaran, kemaafan, kekecewaan dan KELELAKIAN.. (hahaha yang last tu over je).. hihihi




Akhirnya aku semakin mengerti tentang kehidupan.. Ada selok beloknya, tipu dayanya, lemah lembutnya dan tolak ansurnya.. Bukan mudah untuk menghadapi hidup ini kalau kita tidak bergantung kepada-Nya.. Namun Alhamdulillah aku masih diberi nafas sehingga ke hari ini untuk terus berjuang dalam bidang ilmu ini..




Menginjak masa sedikit ke belakang, banyak peristiwa yang telah aku lalui sepanjang tahun 2011.. Antara peristiwa yang menarik untuk dikongsi adalah:


1.       Sesi bersama  pemain HARIMAU MALAYA


OK... Aku kedua terendah... huhu


Mungkin semua dah sedia maklum bahawa pasukan Harimau Malaya telah berjaya menjadi JUARA SUKAN SEA 2009 dan juga menjadi JUARA PIALA AFF SUZUKI 2010.. Jadi Kelab Bola Sepak UKM telah menjemput beberapa pemain daripada pasukan Harimau Malaya ini untuk hadir ke Pusanika bagi sesi bersama peminat pada bulan Januari 2011.. Pemain yang hadir adalah Kapten Pasukan Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Asrarudin Putra Omar dan juga Razman Roslan.. Entry pasal dorang ni ada di sini...Klik je..



2.       Liga Bolasepak IPT 2011

Untuk Liga Bola Sepak IPT pula, aku begitu seronok bersama rakan2 sepasukan UKM FC sepanjang sesi latihan dan juga perlawanan liga.. Liga ini bermula pada bulan Mac dan berakhir bulan Julai..



UKM FC


Pada tahun 2010, UKM FC berjaya mendapat NAIB JUARA BOLA SEPAK LIGA IPT setelah tewas kepada UiTM FC pada perlawanan akhir yang diadakan di Stadium UiTM Shah Alam dan turut disiarkan secara langsung di Astro Arena.. Teruja gak dapat masuk TV.. hehehe



Naib Johan Liga IPT 2010



Namun pada tahun 2011 ni UKM FC sememangnya beraksi cemerlang namun tewas di peringkat Separuh Akhir menentang UiTM FC (hampir keseluruhan pemain yang sama) dengan jaringan 1-0.. Akhirnya berjaya juga UKM FC mendapat tempat KETIGA setelah menewaskan UTHM dengan jaringan 3-2.. Namun yang paling manisnya aku berjaya menjaringkan 2 gol dalam penentuan tempat ketiga ni setelah hampir kemarau gol sepanjang liga berlangsung..



Tempat Ketiga Liga IPT 2011


Pada aku, liga ini adalah liga terakhir yang akan aku sertai mewakili UKM dalam bola sepak setelah 4 tahun bermain untuk UKM  dan aku inginkan pengakhiran yang menyeronokkan dan Alhamdulillah aku berjaya.. (tapi lepas tu aku main lagi di Piala MASUM dan berjaya mendapat tempat KEEMPAT) ^^




3.       Bulan Mesra Pelajar sesi 2011/2012


BMP 2011



Dulu dikenali sebagai Minggu Mesra Pelajar (MMP).. Namun ditukar kepada Bulan Mesra Pelajar (BMP) dan dijalankan selama sebulan.. Pada mulanya macam agak menyusahkan namun akhirnya agak menyeronokkan juga.. Semangat kekolejan sangat tinggi.. hehe.. Ni kali pertama aku menyertai BMP sebagai seorang Felo Penghuni.. Jadi banyak juga perubahan bidang tugas berbanding dahulu sebagai JAKSA... Namun aku tetap seronok melihat semangat kebanyakan pelajar2 baru yang nampaknya menunjukkan semangat kolej yang sangat menebal sehingga kini.. Aku harap ianya berterusan.. Disini aku ada entry khas untuk pelajar2 baru dan disini entry khas untuk pemudahcara2... Klik je..




4.       Lawatan ke Beijing, China


Tembok Besar China


Aku pernah impikan untuk sampai ke tempat ini dan Alhamdulillah akhirnya aku sampai juga.. Antara 7 tempat yang aku nak pergi ialah TEMBOK BESAR CHINA.. Impian aku terlaksana pada 19 September 2011 apabila aku berjaya menjejakkan kaki di tembok ini yang merupakan salah satu kejaiban di dunia.. Selain tembok ni, banyak lagi tempat menarik yang ada di Beijing ni antaranya Forbidden City dan Summer Palace selain kawasan perkampungan Olimpik Beijing 2008.. Maklumat lanjut boleh tengok di entry ini..



Ni la antara beberapa peristiwa yang aku rasa menarik untuk dikongsi bersama sepanjang 2011 ni..


Ketika umur pun semakin menginjak daripada REMAJA menjadi DEWASA ni, makin banyak dugaan yang mendatang .. Kadang2 aku tertanya2 gak, adakah aku bersedia untuk menghadapi dugaan pada masa akan datang... Jauh di sudut hati, aku selalu mendoakan agar segalanya dipermudahkan.. Tetapi jika ada dugaan yang besar, aku harap aku mampu TABAH MENGHADAPINYA... InsyaAllah...   


~INGATLAH.. USIA SEMAKIN MENINGKAT DARI SEHARI KE SEHARI~


Thursday, December 29, 2011

60 - PERKARA YANG SERING TERJADI KETIKA PEPERIKSAAN


Sekarang ni dah masuk musim exam dah ni di universiti.. Aku tengok pelajar2 pun masing2 dah mula memberi fokus yang lebih kepada exam dorang.. Ada yang deactivate Facebook, Twitter, MySpace, dan ramai gak yang masih asyik online je.. Pada aku takde masalah pun kalau nak online walaupun dah nak exam.. Kita bayar yuran elektrik dan wifi kan.. hehehe.. 




Sebenarnya semua bergantung kepada diri sendiri.. Ada yang tak online tapi study dan ada gak yang online pun tetap je study.. Jadi takdak masalah pun kan.. hihi.. Ok2.. Ni aku nak cerita sikit pasal exam ni.. Benda2 yang selalu terjadi masa exam.. Harap bolehlah masing2 ambil langkah berjaga2.. hihihi

 

TIDAK HADIR PEPERIKSAAN

Keadaan ini berlaku atas banyak sebab..... Kalau atas alasan2 konkrit OK la tapi kalau disebabkan salah sendiri (eg. terlajak tidur, sengaja tidak datang ambil exam, tanda protes kepada pensyarah subjek tersebut dan sebagainya), taktau nak kata apa la.. Sedihhh...














TERLUPA TARIKH / MASA PEPERIKSAAN

Aku rasa ramai yang pernah alami keadaan ini.. Bukan apa, kadang2 jadual peperiksaan terlalu padat atau terlalu jauh jarak tarikhnya..  Sampai dah terlupa masa nya.. huhu.. Kalau yang ada jarak masa terlalu jauh pula biasanya dia terlupa dah bila tarikh untuk next paper lak.. Maklumla.. masa gap tu boleh lak pergi melancong seolah2 dah takder exam dah.. huhu














 




HADIR LEWAT KE DEWAN PEPERIKSAAN

Perkara ni macam dah selalu je aku nampak kat UKM ni.. Kebanyakan yang datang lewat ni biasanya terlajak tidur.. Nasib baik terjaga gak.. Kalau tak, mahu gagal result nanti.. Kalau dah terlewat bangun ni akan ada masalah sikit masa awal2 masuk dewan sebab baru nak ambil feel exam.. Kalau jenis cool, mungkin takde masalah.. Tapi kalau jenis kelam kabut, alamatnya hilang habis segala fakta yang dibaca, formula yang dihafal.. Tak ker rugi.. huhuhu







TERLUPA BAWA SLIP MASUK PEPERIKSAAN / KAD MATRIK

Biasa terjadi kepada pelajar yang bangun lewat atau tergesa2 nak pergi jawab exam.. Bila dah kelam kabut tu ada je la barang yang tertinggal.. Sebab otak dah fikir nak cepat sampai dewan untuk jawab exam.. Perkara ni juga biasanya berlaku kepada pelajar yang OVER CONFIDENT.. Confident sangat yang kad matrik / slip masuk exam memang ada dalam beg.. Padahal dah tukar beg lain atau kad matrik / slip exam tertinggal atas meja study..  Satu hal pula nak kena balik ambil.. Kalau tempat tinggal dekat takpe la.. Kalau jauh merana sikit la.. huhu.. Jadi sila check segala keperluan sebelum melangkah keluar dengan confidentnya ke dewan exam..







TAK BACA SOALAN BETUL2

Kadang2 kita rasa apa yang kita jawab dalam exam tu dah cukup baik dah (confident dah akan dapat A) tapi hakikatnya kita tak menjawab kehendak soalan pun.. nampak macam ‘syok sendiri’ pun ada kan.. Lebih malang kalau jawapan untuk soalan tu memang kita tau.. Kalau taktau takpe.. Tembak2 pun mana tau mengena.. Ada gak markah sikit.. huhu





 Sebelum start jawab




 Setelah dah jawab semua dan check semula


 



Perkara2 diatas ni memang biasa terjadi.. Dan ada macam2 lagi la.. Perkara2 ni terjadi bukan sahaja di sekolah malah juga di universiti dan juga di peringkat yang lebih tinggi.. Setelah dianalisis, nampaknya semua kesalahan ini disebabkan oleh diri kita sendiri kan.. Jadi apa2 pun diri sendiri kena berubah terlebih dahulu.. Banyak cara atau kaedah boleh digunakan untuk mengatasi masalah2 ni.. 




Mungkin kadang2 kita TAK TERSENGAJA tapi apapun yang berlaku,  ia sedikit sebanyak akan menjejaskan fokus kita untuk menjawab soalan dengan penuh keyakinan.. Kalau tak dapat hadir untuk jawab tu (tanpa alasan kukuh) nampaknya penat gak la masuk kuliah sampai 14 minggu + assignment + kuiz + perangai ahli group yang macam apa entah yang telah dihadapi dengan penuh kesabaran selama ini.. huhu.. 




~FIKIR-FIKIRKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL~









Sunday, December 25, 2011

59 - FULLHOUSE DAN 3 BERUANG




Tengah2 dok mengelamun ni tiba2 terdengar satu lagu yang mencuit hati.. Lagu ni sebelum ni tak pernah dengar sampai la aku tengok cerita Korea... Cerita apa???? hmmmm.. Mesti la cerita yang JIWANG... (tapi cerita Korea memang banyak yang jiwang kan?? ) huhuhu.. Cerita tentang RUMAH YANG PENUH ataupun lebih glamour disebut FULLHOUSE... hihihi..



Jadi kepada yang relakskan otak kejap terutamanya yang nak exam tu, apa kata tengok video di bawah ni dan nyanyi sama2.. Mesti ramai yang suka lagu ni... JOM LAYANNNNZZZZZ!!!



Gom Se Mari  (3 Bears Song )
(Lagu anak-anak Korea)




gom sema-ri-ga
han chi-be-yi-so
appa gom
omma gom
ae-gi gom
appa gommun tung-tung-hae
omma gommun nal-shin-hae
ae-gi gommun na bul-gwi-yo-wo
hishuk hishuk cha-rhan-da

 
SETELAH DITERJEMAHKAN

 
Three bears living in a house
Papa bear, Mama bear, and Baby bear
Papa bear is very fat
Mama bear is very skinny
And Baby bear is so very cute
That's all 



Amacam?? Best tak lagu ni?? hihihihi.. Saja je nak share kot2 korang boring2 dan nak kan sedikit hiburan ringan.. hehe.. Kalau dah rasa boring sangat study tu, boleh la menari bersama2 ikut video ni yer... 


PEACEEEE !!! ^^


Mak, anak dan bapak beruang... ^^

 

Saturday, December 24, 2011

58 - SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Sekarang adalah minggu STUDY WEEK.. Pelajar2 universiti pun banyak yang dah balik kampung buat sementara.. Katanya nak balik MINTA BERKAT MAK AYAH untuk menghadapi peperiksaan nanti.. Ada gak yang tak dapat balik sebab mak ayah tak bagi balik.. Tapi dorang yang nak datang sini.. Dari utara, selatan, timur dan barat tanah air.. 


Ramainya balik kampung.. uhuhu


Bagi aku, bagus la kalau betul2 balik nak minta berkat mak ayah.. Walaupun aku tahu ada yang balik sebab rindu nak jumpa kucing la, rindu kat bantal kat umah la, rindu nak jumpa kawan2 sekampung la, rindu nak jumpa anak saudara yang comel la dan macam2 rindu lagi la.. Tak kurang gak yang balik sebab semua kawan balik.. Takdak geng katanya.. hihihi



''Tomey tak titew???''eeuuwwww


Seronoknya apabila bergelar seorang pelajar ni.. Terutamanya jika rumah jauh dari universiti.. Bila dapat peluang untuk balik, memang takkan dilepaskan.. Perancangan dah dibuat dari awal lagi.. Beli tiket bas awal2 sebab takut habis, dah rancang dengan kawan2 sekampung nak keluar berfoya2 la dan macam2 lagi.. 




Keadaan ni pernah aku lalui suatu ketika dahulu.. Semasa aku masih di peringkat prasiswazah atau bahasa inggerisnya undergraduate.. Masa tu memang rasa macam betul2 seorang pelajar.. Lagipun aku masih muda lagi.. Aku seronok dapat pergi kelas dan jumpa kawan setiap hari, aku seronok buat assignment, seronok buat presentation, seronok study last minute untuk exam, seronok masuk dewan peperiksaan, seronok jumpa pensyarah dan seronok dibebani dengan masalah2 dunia ni.. hihihi


Untunglaa presentation camni...
Tapi keadaan sekarang agak jauh berbeza.. Walaupun di peringkat master, tapi aku ambil mod kajian atau fully thesis atau fully research.. Jadi aku dah tak ada kelas dan exam macam dulu dah.. Aku banyak ke tapak lapangan untuk kajian dan juga masuk pejabat.. Jadi semakin lama semakin kurang rasa sebagai seorang pelajar.. Dah rasa macam staf dah.. Sesungguhnya aku sangat rindukan waktu dulu.. Waktu aku bergelar mahasiswa prasiswazah.. huhu




Banyak juga perkara yang aku dah buat pada masa mudaku ni.. Ada yang OK dan tak nafikan ada gak yang TAK OK.. Tapi perlulah belajar dari kesilapan.. Jadi kepada semua yang masih muda (aku pun muda lagi... huhu), gunakan masa anda kini untuk mengecapi sebanyak mungkin pengalaman dan kenangan kerana masa muda KITA hanya datang SEKALI SAHAJA sepanjang hidup kita,.. Gunakan sebaik mungkin..  =)




Apapun aku ingin ucapkan SELAMAT BELAJAR DAN SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN yang akan datang terutamanya kepada pelajar UKM amnya dan KKM khasnya.. BUAT YANG TERBAIK.. InsyaAllah...



~Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya~



  




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...