Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Wednesday, October 5, 2011

54 - MAHASISWA DAN BULAN MESRA PELAJAR

 Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera


Kali ni aku nak buat satu nukilan KHAS kepada PARA PELAJAR TAHUN 1 UKM terutamanya PELAJAR2 KOLEJ KERIS MAS.. Nukilan ini dibuat sepenuh hati (cheewaahhh).. kahkahkah... Aku pernah merasa keadaan ini dulu dan setelah 5 tahun baru aku buat nukilan ni.. Erk.. Lama gak kan.. -.-''... Takpela.. Ini lebih kurang aku jadi wakil pelajar2 Tahun 1 la yer.. Maaf la kalau nukilan ni tak menjana otak dan pemikiran anda semua.. Aku hanya meluahkan je..hahaha.. OK2.. Jom kita tengok siapa yang kena... =))


Kala diri datang mendaftar
Diri ini terasa berdebar
Ibu ayah tersenyum lebar
Secebis harapan mula terpancar


Langkah pertama diri ke fakulti 
Sesuaikan diri dengan universiti
Sungguh teruja rasa di hati
Senyum sendiri penuh erti


Saat ikrar mula dibaca
Penuh semangat mulut berkata
Perasaan terharu mula terasa
DIRI SAH MENJADI MAHASISWA


Pelbagai acara sudah bermula
Sukan kebudayaan debat semua
Menyokong menjerit serta bersuara
Tekak sakit, takdak hal punya


Semangat diterap seawal hari
Untuk mendidik semangat diri
Cheers dibuat setiap kali
MULANYA PERIT AKHIRNYA HAPPY


Berakhirlah sudah tempoh orientasi
Selepas ini perlu berdikari
Nasihat PC pasti diingati
Menjadi peringatan setiap hari


DIRI DATANG DENGAN HARAPAN
MAHU PULANG DENGAN KEJAYAAN
SEMOGA SEGALANYA AKAN DIPERMUDAHKAN
MIMPI PASTI MENJADI KENYATAAN



Sekali tengok macam jiwang pun ada kan.. Tapi aku pasti KEBANYAKAN orang akan rasa benda yang sama.. Dan aku paling pasti, pemudahcara2 (PC) pasti dah memberikan yang terbaik kepada dorang ni semua. PC2 memang HEBAT..


~Hebat giler hebat giler KERIS MAS MEMANG POWER~


Alamak... Terkeluar lak cheers nya.. hihihi.. Apapun diharap adik2, abg2, kakak2 (sebab ada yang lebih tua dari aku tapi dorang sporting la.. ^^ ) pelajar tahun 1 akan berusaha bersungguh2 menggapai impian masing2 sepanjang di UKM ni.. Kita sepatutnya rasa bertuah dan bersyukur kerana daripada beribu2 permohonan, kita yang terpilih ke universiti.. Soal kerjaya mungkin menjadi persoalan namun biarlah DIA yang tentukan.. InsyaAllah ada usaha adalah ganjarannya... =) 


OK fine.. fine... aku letak sikit gambar BULAN MESRA PELAJAR UKM SESI 2011/2012.. hihi


Hari pendaftaran

Taklimat di Fakulti

Majlis bacaan ikrar pelajar

Hari senamrobik bersama TNC HEPA

Pertandingan Teater

Perang ????


Ok sekian.. (^^)Y





5 comments:

Puteri Narimah Jamali said...

Junior2 sume comel2... haha~
=]

TuJuH BeLaS said...

=)

me said...

Kenangan-kenangan :)

Saifullah Al-Maslul said...

utk 1st year jek ke hafiz.. ble entry utk pc plak.. hehe

♥ HanaHyun ♥ said...

gambar sy ade...hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...