Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Saturday, May 21, 2011

33 - KAMPUNG SAYA PUN BEST


Wahhhh... Terasa berminat pula nak bercerita pasal kampung... 
Saya tinggal kat KAMPUNG LAHAR BUDI yer kawan2..
Kampung ni terletak antara Alor Setar dan Tokai..
Kiranya sempadan Kota Setar dan Pendang la..

Ni rumah saya..

Pengalaman di kampung ni memang tak dapat digambarkan la dengan kata2.. Dari kecil membesar di kampung dan kurang tahu pasal bandar sehinggalah mula belajar di bandar masa sekolah menengah.. 


SITUASI DI KAMPUNGKU SUATU KETIKA DAHULU

Masa kecil2 dulu (sekolah rendah ke bawah) antara aktiviti yang saya suka buat kat kampung adalah :
1. Panjat mesin padi (jentera penuai)
2. Mandi sungai (sekurang2nya belajar berenang, lompatan balik kuang dan macam2 lompatan la)
3. Tangkap ikan masa musim ambil padi (musim menuai), musim traktor dan kubota (musim membajak)
4. Kejar burung ruak2/ ayam2 (sampai habis rosak padi orang)
5. Mengail (memancing) ikan di bendang (musim padi meninggi)
6. Menjala ikan
7. Main aci ligan (kejar2)
8. Suka duduk atas jejantas (di kampung saya sebut titi Z) dan tengok matahari terbenam
9. Merempit kat jalan tanah merah (kadang2 je)
10. Kalau tarawih masa bulan puasa, suka main polis sentri. Masa solat tarawih selalu ada kat bendang sebab sembunyi dari polis atau cari penjahat (dalam permainan tu). Tapi masa ambil makanan moreh automatik ada kat masjid.. hehe 
11. Main meriam (lawan dengan bunyi tembakan dari kampung sebelah)

Antara gambar2..

Mesin padi atau bahasa formalnya jentera penuai

Titi Z (bawah tu ada laluan keretapi dan juga Lebuhraya Utara Selatan)

Pemandangan matahari terbenam (Diambil berhampiran rumah saya)..

Pemandangan matahari terbenam (Diambil dari atas Titi Z)

Itu antara aktiviti yang saya suka buat di kampung dulu.. Masa tu apa yang penting adalah KESERONOKAN.. hehe.. Tapi bila dah mula masuk sekolah menengah di bandar, banyak benda tak dapat nak buat sebab tinggal di asrama.. Cuma kalau balik memang padat dengan aktiviti la.. Kawan2 sebaya pun ramai lagi masa tu.. 


Sekarang ni kawan2 pun dah ramai bekerja dan susah juga nak berjumpa.. Nasib baik ramai yang bekerja tu ada Facebook.. Sekurang2nya boleh gak bertegur sapa kat FB ni.. Balik kampung jalan2 gak la keliling kampung.. kalau sempat boleh la menziarah rakan2 lama. Masih lagi boleh main bola sama2 (lawan bola antara kampung) dan buat aktiviti (contohnya kenduri secara gotong-royong walaupun sekarang banyak yang mula guna perkhidmatan katering).. hihi


Perancangan lepas ni nak buat reunion Sekolah Kebangsaan Lahar Budi (SKLB) lak.. Banyak gak dah berbincang di FB.. Tak perlu tunggu nak balik rumah.. Nanti kalau balik boleh buat habis2an.. Sebabnya kebanyakan alumni2 SKLB adalah penduduk kampung tu gak.. Abah saya dulu pun sekolah yang sama.. hihi.. Harap2 berjaya la kali ni.. InsyaAllah..

Sekolahku

Semenjak di UKM ni, memang saya jarang2 balik kampung.. Kecuali masa tahun 1.. Bermula tahun 2 sejak dah ada tanggungjawab di sini, saya mula jarang balik.. Tapi perkembangan semuanya saya update je daripada family saya.. Saya call rumah.. Tanya khabar.. Tanya apa2 soalan yang patut.. Mereka pun akan cerita apa yang patut.. Walaupun saya tak nampak mereka di depan mata tapi sekurang2nya saya tau mereka semua sihat dan apa yang terjadi di kampung yer..


Tinggal di kampung bukanlah alasan saya untuk meraih simpati ke, apa ke.. Saya bangga dilahirkan di kampung.. Sekurang2nya saya ada pengalaman sangat berharga di kampung.. Suasana kampung memberi saya bermacam idea dalam kehidupan.. Tapi saya yakin anda semua juga pasti mempunyai pengalaman berharga anda walaupun anda adalah orang bandar.. Sebabnya sentimental value tu terletak atas penilaian diri sendiri.. 


Bukan semua orang kampung ni baik dan bukan semua orang bandar tu tak baik.. Sebab tu saya tak pernah meletak apa2 syarat untuk berkawan.. Yang penting IKHLAS nak berkawan.. Tapi trend sekarang ni ramai je yang nak putus kawan.. Atas sebab2 yang susah orang nak faham,.. Kalau ada apa2 masalah sila siasat betul2, tanya betul2 sebelum nak meletakkan hukuman.. Sebabnya kalau tersilap, kan dah jadi FITNAH.. Tak baik tau.. ish3.. Tambah lak kalau benda yang tak betul disebar2kan.. Nauzubillah.. Apapun saya ingin minta maaf andai ada kesilapan begini yang pernah saya buat kat kawan2 semua selama ni.. Tapi saya rasa anda semua bukan begitu kan??  SAYA YAKIN.. INSYAALLAH..


Dah melalut dah.. sorry.. hihi.. Apapun disini saya dengan bangganya ingin mengatakan bahawa  

SAYA SAYANG KAMPUNG SAYA



Friday, May 20, 2011

32 - MENARUH HARAPAN ???


Tiba2 mood jiwang sampai pula malam ni.. Nak dengar lagu2 lama.. Mungkin ramai yang tahu lagu ni.. Maklumlah ada sentimental value bak cakap omputih..  jadi hayatilah... =)


Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui

Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh

( korus )
Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap
Dihati kecil ku menaruh harapan

Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu


MENARUH HARAPAN - ZAITON SAMEON


**Yakin dengan ketentuan-Nya.. DIA adalah sebaik2 perancang.. 
DIA tidak bagi apa yang kita mahu kerana DIA mahu bagi apa yang kita perlu
Yakinlah.. InsyaAllah..   


Rahmat Allah ada dimana2.. =)

Friday, May 13, 2011

31 - ANDA RINDU?? SAYA PUN RINDU


Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera semua.. 
Apa khabar??? Harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat.. 
Waahhhh.. Skema pula ayat.. ^^


Sambil merehatkan tubuh badan di tilam yang empuk ni tiba2 teringat pula zaman prasejarah Degree dulu.. Untuk pengetahuan semua saya belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan belajar dalam program Geografi.. Program ini adalah program 3 tahun bermula sesi 2007/2008.. Ini bukan nak cerita pasal program tapi pasal kenangan 3 tahun bersama rakan2 dalam program ni.. Tajuk entry ni lain macam kan..  =)


Ingat lagi, pada minggu pertama perkuliahan, semangat belajar dengan disiplin pemakaian amat saya titikberatkan.. Masakan tidak..  Pergi kelas pakai baju kemeja + seluar slack + tie + kasut hitam berkilat dan yang paling tak menahan RAMBUT SIKAT TENGAH . Maklumlah.. lepasan STPM.. Skema tak habis2.. huhu.. Masa tu memang berkobar2 la nak pergi kelas.. Sanggup beratur panjang nak naik bas (sebab tak ada kenderaan lain).. hoho.. Dalam kelas biasa2 je.. Tak ada la aktif sangat.. =)


Alamak.. Segak2 lak.. hihi

Akibat banyak bergaul dengan rakan2 sekelas (study group + discussion) saya mula ada ramai kawan.. Terutamanya kawan2 daripada program Geografi.. Program ini pula boleh dikatakan setiap semester akan ada kajian lapangan di luar daripada UKM, jadi semangat assabiyah Geografi tu memang wujud.. hehe.. Akhirnya kami sudah dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat dalam masa setahun pengajian..


Ketika inilah saya dah rapat dengan mereka2 ini.. SAIFUDIN, FRANKIE, BASRI, AZMER, SOBRI, ADAM, FAHMI, PIJIE, MAT JUE dan HALIM (sebab ini je lelaki yang ada dalam kelas).. huhu.. Biasanya kami akan lakukan aktiviti bersama2.. Termasuklah rakan2 perempuan kelas ni.. Sukar untuk digambarkan dengan kata2 akan nikmat persahabatan ini.. Rasa dunia ni KAMI YANG PUNYA... (waaahhhh.. ayatttt).. hihi.. Macam2 la perkara yang ditempuhi bersama.. Antara gambar2 yang ada..


Ulu Bendul - Ogos 2007

Dekat Pantai Morib - Oktober 2007

Pulau Kapas - Ogos 2008

Tepi pantai di Pulau Kapas.. Sebelum menjalankan tugas.. =)

Tasik Chini - Januari 2009

Kelaparan.. Di Sg. Chini

Kumpulan 2 Geomorfologi Pinggir Pantai - Pantai Casuarina, Mersing Januari 2009

Cameron Highland - Ogos 2009

Bunga-bungaan di Cameron Highland.. =)

Bukit Fraser - Februari 2010.. Kerja Lapangan terakhir kami bersama2.. =(

Hikayat indah hanya tinggal kenangan.. =(..

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun.. Alhamdulillah selepas 3 tahun bergelumang dengan dosa bersusah payah menempuhi onak duri pengajian di universiti ini, akhirnya kami semua mendapat keputusan yang melayakkan kami menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial  Dengan Kepujian (Geografi) dalam Majlis Konvokesyen 8 Ogos 2010.. Tahniah kepada rakan2 yang mendapat taraf CEMERLANG pada sijilnya.. ANDA LAYAK.. =)..


Sebelum masuk DECTAR

Lagi gambar..

Akhirnya.. Alhamdulillah berjaya menggengam segulung ijazah (tapi pegang bunga).. hihi

Itu ada perkara yang terjadi tahun lepas.. Kini segalanya hanya tinggal kenangan.. Semua telah berpecah mengikut haluan masing2.. Ada yang sambung pengajian di peringkat Sarjana (Master), ada yang telah bekerja, jadi bos, yg dah bertunang, berkahwin dan sebagainya,.. Rasa macam ingin berkumpul kembali macam dulu2.. huhu.


Tapi satu perkara yang perlu difahami, MASA SEMAKIN MAJU KEHADAPAN, UMUR SEMAKIN MENINGKAT, TANGGUNGJAWAB SEMAKIN BERAT namun HIDUP MESTI DITERUSKAN..

Semoga kalian berjaya tidak kira dimana sahaja kalian berada.. 
Saya harap kita semua PELAJAR PROGRAM GEOGRAFI, PPSPP, FSSK, UKM sesi 2007 hingga 2010 akan dapat berkumpul kembali pada masa akan datang.. InsyaALLAH..


SAYA RINDUKAN ANDA SEMUA


Saturday, May 7, 2011

30 - KESEDARAN


Berlari berlari dan terus berlari..
Tiba saatnya kita akan kepenatan.. 

Sembunyi sembunyi dan terus sembunyi...
Tiba saatnya kita akan kelihatan..

Mencari mencari dan terus mencari...
Tiba saatnya kita akan dipertemukan..


Jadilah diri sendiri.. 
Seadanya seperti yang kelihatan..

Selidiklah sehabis baik..
Bukan terus meletakkan hukuman..

Tawakkal la seikhlas mungkin..
Kerana Allah berkuasa untuk tunaikan..


Manusia mengharapkan ukhuwah.. Jalannya sudah pun terbentang..
Terpulang jalan mana yang dipilih.. Harap masih ada sisa yang diimpikan..


InsyaAllah



29 - INSAFI DIRI


Siapa kita ingin menghalang??
Akan baiknya kehidupan orang lain miliki..
Sentiasa mendapat apa yang diingini..
Kemewahan dan kebahagian mampu diberi..


Siapa kita ingin membangkang??
Andai takdirnya kehidupan kita berliku..
Ranjau onak duri sentiasa menuju..
Saat kita bingung membisu..


Siapa kita ingin menyerang??
Ketika ilmu masih di tahap muda..
Ketika pemikiran tiada matangnya..
Pengorbanan pula menjadi sia-sia..


Susah payah kita..
Penat lelah kita..
Peluh jerih kita...
Tiada nilainya..


Engkau ego???
Kemana egomu akan membawamu???


Engkau sombong???
Kemana sombongmu akan mengemudi hidupmu???


Engkau bohong???
Kemana bohongmu bakal menempatkanmu???


Bangkitlah semua dari mimpi..
Ini bukanlah pendamping sejati..
Yang mampu menyedarkan diri..
Andai pemikiran tidak diisi..




Tuesday, May 3, 2011

28 - SELAMAT PULANG RATNA.. :'((



Terkejut.. Terkesima.. Terlopong.. dan hilang kata2...
Setelah mendapat satu berita menggemparkan,..
Bukan sahaja di kalangan rakan2 malah turut dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia..




Inilah tajuk yang meluas di dada2 akhbar dan berita utama pada hari ini 03 MEI 2011.. Saya dan rakan2 kehilangan seorang sahabat yang sangat baik.. Murah dengan senyuman.. Rajin dan bertanggungjawab dalam apa yang dilakukan.. Beliau ialah RATNA SUFIZAHRIYYANTI BT OMAR.. Tiada kata yang mampu diucapkan tatkala menerima khabar tentang perkara ini.. Rasa marah, geram, sedih dan terkilan semua bermain dalam diri.. 


Saya bukanlah terlalu rapat dengan arwah tapi saya pernah bekerja dengan beliau dalam organisasi.. Beliau juga pernah menjadi AJK program saya semasa TG2KM.. Begitu juga dengan rakan2 lain.. Walaupun ada yang berkata bahawa inilah takdir beliau namun agak sedih apabila beliau pergi dengan keadaan sebegini.. Sehingga kini saya masih sukar percaya akan pemergian beliau.. Ramai rakan2 terkejut selepas mengetahui perkara ini.. Sebab beliau pergi secara mengejut.. Namun siapalah kita untuk melawan kekuasaan Allah SWT..  Dia berhak ke atas hidup dan mati hamba-Nya..


Dulu selalu terjumpa arwah di kafe KKM.. Macam tu la dia.. SENYUMM je.. Rakan2 pasti merindui senyuman beliau.. Beliau dulu aktif dengan SEKRETARIAT SUKAN DAN REKREASI  KKM sesi 2007/2008 bersama2 saya dan rakan2 lain.. Beliau juga suka main futsal.. Namun pengalaman ketika SUKANEKA KELUARGA KKM pasti menjadi kenangan terindah kepada kami.. Beliau juga antara yang aktif di fakulti.. Kehilangan pasti dirasai.. Sukar untuk menggambarkan perasaan sekarang,.. 


Kami semua baru kenal arwah dalam 4 tahun je.. Tu pun dah rasa macam2.. Bayangkanlah macam mana pula penerima ahli keluarga beliau yg mengasuh dari kecil.. Pasti tak tertanggung rasanya.. Saya hanya mampu mendoakan agar ahli keluarga beliau akan tabah dan kuatkan semangat bagi menempuh hari2 mendatang.. InsyaAllah beliau pasti akan mendapat pembelaan yang sewajarnya.. Pesalah pasti akan mendapat balasan setimpal dengan apa yg telah dilakukannya..  


Jadi disini saya ingin mengajak semua rakan2 untuk sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah dan bacaan Surah Yaasin kepada arwah andai berkesempatan.. Kita mohon petunjuk Allah agar arwah mendapat pembelaan seadil2nya di dunia ini.. Doakan juga agar arwah bahagia di sana dan ditempatkan bersama2 orang beriman.. Al-Fatihah..



- Gambar2 telah diremoved kerana keluarga arwah hanya membenarkan gambar arwah dipaparkan untuk tempoh 1 malam sahaja sebagai tatapan terakhir rakan2 semua dalam blog ini.. Terima kasih diucapkan kepada ahli keluarga arwah yang memberi kebenaran.. Harap maklum -



Selamat pulang kesisi Pencipta kita wahai saudaraku RATNA SUFIZAHRIYYANTI BT OMAR..  Engkau seorang yang baik.. Dan pasti akan mendapat balasan yg baik.. Semoga engkau bersemadi dengan aman di sana.. Semoga engkau sentiasa di bawah rahmat-Nya dan tergolong dalam golongan orang beriman.. Amin..


~ AL-FATIHAH ~


27 - MANUSIA DAN KEJAHATAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Apa khabar kalian?? 
Bukan ada apa sangat nak menulis kali ni.. Sekadar mengisi masa lapang..


Pernahkah anda terfikir bahawa sebenarnya adakah orang jahat itu wujud?? 

Apakah kriteria yang anda tetapkan untuk menentukan seseorang itu jahat?? 

Pernahkan anda terfikir kenapa seseorang itu menjadi jahat??



Jahat ke ni?

Ni jahat tak?


Ini???

Pasti ada sebab kenapa wujudnya kejahatan dalam diri seseorang.. Kadang2 manusia ni mudah lupa.. Lupa bahawa Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang.. Mereka lebih berpendapat bahawa alang2 dah jadi jahat, baik jahat sampai mati je.. Seperti kata pepatah '' Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan''.. Sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran dan dilahirkan beragama, adalah satu kesilapan andai seseorang manusia berfikir sedemikian.


Inikah yang dikatakan sebenar2 jahat??

Kita ada Allah.. Tempat mengadu.. Kita ada Allah.. Tempat memohon keampunan.. Kita ada Allah.. Tempat mohon petunjuk.. Kita adalah manusia biasa.. Bukan ma'sum (terpelihara daripada dosa).. kita tak lari daripada kesilapan.. Sama ada melakukan dosa kecil atau besar.. Namun Pencipta kita sentiasa menerima taubat hambaNya.. Taubat yang disusuli dengan rasa penyesalan dan berazam akan berubah menjadi lebih baik pada masa akan datang.. Hanya kerana Allah SWT.. InsyaAllah..



Berdoalah kepada Yang Maha Esa

Sekian.. 
Sama2 kita renungkan dan selamat beramal..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...