" Jika kita menyukai seseorang itu, biarlah ia hanya sekadar sahaja
kerana kemungkinan dia akan menjadi orang yang paling jauh (dibenci)
dengan kita di kemudian hari..
Jika kita membenci seseorang itu, biarlah ia hanya sekadar sahaja
kerana kemungkinan dia akan menjadi orang yang paling rapat
dengan kita di kemudian hari "
Semenjak dua menjak ini banyak pula ayat ni (lebih kurang macam ni)
berkumandang di post2 facebook.. Tak kurang juga di blog2..
Jika diamati, ayat ini adalah satu nasihat mendalam
yang perlu untuk semua umat manusia ambil perhatian..
Saya rasa apa yang dinyatakan dalam ayat ini sudah banyak terjadi di dunia ni..
Ye la.. Kita hanyalah manusia.. Yang sentiasa alpa..
Yang sentiasa melakukan kesilapan.. Namun itu tidak bermakna kita 100% silap..
Mungkin hanya sebagai pengajaran dan peringatan..
Kerana apa??
Kerana kadang2 Allah sengaja mempertemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat belajar sesuatu daripadanya..
Dan sebagai manusia, kita perlu yakin bahawa apa sahaja yang berlaku
pasti ada hikmahnya..
Jadi setelah kita berusaha, kita tawakkal dan redha dengan segala keputusannya..
Walaubagaimanapun teruslah menghargai semua yang berada disekeliling kita
kerana sedikit sebanyak pasti ada kebaikan yang telah mereka lakukan untuk kita..
INSYAALLAH
3 comments:
hai jebat.
nare: lorr ya ka.. ish2... x sgka.. hihi
No name: hai..
Post a Comment