Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Sunday, February 6, 2011

18 - DIBIUS CINTA

UPDATE!! UPDATE!!

Memandangkan esok dah nak balik Alor Setar, kemudian hari Jumaat akan pergi Kerja Lapangan di Tasik Chini, maka kena update blog juga la hari ini... hehe.. 

Tajuk entry hari ni adalah seperti di atas lah.. DIBIUS CINTA.. waaahhh.. Mesti ramai teruja kan dengan tajuk macam ni.. Mesti ada sebabnya kenapa saya memilih tajuk ini kan.. heee....

Sebenarnya tajuk ini adalah tajuk SEBUAH NOVEL yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.. Tengok ni muka depan novel tersebut.. 



" DI KALA MATA BERTENTANG MATA, BIARKAN HATI YANG BICARA"
 Mahal ayat ni.. heeee


Macam mana??? OK tak? Menarik kan?? heeee... Mesti semua tertanya2 macam mana jalan ceritanya kn.. Sekarang jom kita baca pula SINOPSIS nya...


SINOPSIS

Cazlin Amalina, gadis yang gila-gila dan kelam-kabut terlanggar seorang pemuda ketika berebut untuk menaiki komuter. Pertemuan pertama mencipta pengalaman memalukan apabila pemuda yang yang cuba membantunya diserang dengan ‘beg bangla’ miliknya. Saat itu ingin sahaja dia berlari 1000 meter tanpa henti dan tak tahu mana nak sorokkan mukanya. Pertemuan demi pertemuan tercipta dengan sendirinya seolah-olah takdir sengaja mempertemukan dua insan tanpa perasaan cinta ini.  

Adam Syafiq, pertemuan dengan Cazlin Amalina yang dicop sebagai lebih gila dari orang gila telah mencipta detik yang mencuit hati, cemas dan menyentuh hati. Tanpa disangka, takdir telah menyatukan mereka apabila Adam Syafiq dan Cazlin Amalina diijabkabul atas rencana tersembunyi orang tua Adam Syafiq. Mungkinkah ikatan yang dibina tanpa perasaan cinta mampu menggapai istilah “happy ever after” seperti di dalam novel-novel cinta dan cerita-cerita cinta yang ditayangkan di televisyen mahupun panggung wayang berdekatan anda? Dibius Cinta membawa anda menelusuri indahnya bila cinta anugerah Tuhan mulai mengisi jiwa-jiwa yang kekosongan.


Ini sinopsisnya.. Macam mana??? Tak puas hati lagi??? Saya ambil pula sedikit sedutan ayat2 dalam novel ni..


" Eh, kau ni gila ke ape? Dahlah kau langgar aku tadi. Lepas itu, kau hempuk aku pula dengan beg bangla kau tu. Hah, sekarang kau panggil aku perogol pula.”

“Takkan sebab saya terlanggar badan awak, awak nak ikut saya macam perogol bersiri? Lepas tu tenung saya macam saya tak pakai baju. Awak fikirlah sendiri. Takde perempuan yang suka ditenung macam tu. Saya tak suka awak tau tak!!!”

dan lagi.....

“Degil. Orang nak tolong tak mahu. Jual mahal. Nasib baik tak apa-apa. Kalau tidak, tak pasal-pasal bersimen kaki dengan tangan kiri abang tu. Macam hantu bungkus.”

“Abang jangan bimbanglah. Takkanlah Lin nak jerit dan bagitahu kat semua orang... saya dapat tengok Encik Adam ‘punya’.”

dan lagi...

“Abang rasa suatu hari nanti, abang akan berubah hati pada Lin tak?”
“Insyaallah, apa yang ada dalam hati abang ni, cuma Lin seorang sahaja. Dari saat kita jatuh cinta hinggalah sekarang dan semoga pada masa-masa yang akan datang, biarlah Lin seorang sahaja yang menghuni hati abang. Betapa dalamnya abang tempatkan Lin dalam hati abang, Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Walaupun Lin bertukar menjadi gorilla, orang utan, monyet ataupun keluang Man, Lin adalah pujaan hati abang selama-lamanya.”


Jadi macam mana??? Pada pendapat saya, sinopsis dan petikan kata2 dalam novel ni memang menarik.. Saya ni dulu memang minat juga baca novel (selalu baca adik punya novel je).. hihihi.. Tapi rasanya novel terakhir yang saya baca adalah novel AYAT-AYAT CINTA.. (baca masa tahun 1 semester 2 pada minggu paperiksaan.. Saya baca dalam masa 2 hari dan TAK STUDY pun untuk exam.. Adoi..) Sesiapa yang baca novel tu tahu la macam mana jalan ceritanya kan.. MEMBAWA ANDA SEOLAH2 MEMBUAI2 DI AWANGAN KERANA SUSUNAN JALAN CERITA YANG KEMAS DAN MANTAP... =)))


Eh.. Dah terlebih pula ceritanya... huhu.. Berbalik kepada cerita DIBIUS CINTA ni.. Penulis novel ini adalah QASH IRDINA.. Mesti semua tertanya2 siapakah Qash Irdina kan.. Ada sedikit biodata tentang beliau..


Nama sebenar beliau ialah SITI MAZIAH BT ABU TALIB.. 
Panggilan manjanya ialah JEJE..
Beliau merupakan PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.. 
Masih menuntut di TAHUN 3 dan mengambil jurusan PSIKOLOGI di 
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN.
Pelajar dari KOLEJ KERIS MAS.. 
Pernah menjadi KETUA BLOK 15 pada sesi 2009/2010..
Merupakan seorang yang aktif dalam sekretariat dan program..


Oh.. Satu kolej dengan saya rupanya.. Bagus orangnya ni.. hehe.. Sebenarnya tak sangka juga sebabnya beliau ni aktif.. Ada juga masa menulis.. Tapi kalau dah minat memang tak mustahil la beliau mampu juga hasilkan sebuah novel..


TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH DIUCAPKAN  =))
Poommm panggg bommm kebaboommmm (bunyi mercun).. hihi


Untuk pengetahuan semua juga, MAJLIS PELANCARAN NOVEL DIBIUS CINTA AKAN DIADAKAN PADA 12 FEBRUARI 2011 di JAYA JUSCO BUKIT TINGGI, KLANG yang diuruskan penuh oleh penerbit novel tersebut iaitu FAJAR PAKEER.. Jadi kepada sesiapa yang berkesempatan, datanglah beramai2 ke JJ BUKIT TINGGI nanti yer... 


Disni saya bagi link untuk anda terus ke laman FACEBOOK penulis iaitu QASH IRDINA @ SITI MAZIAH @ JEJE (Klik pada nama) untuk berkenalan dan mengenal lebih lanjut dengan beliau serta mungkin akan ada update2 terbaru daripada beliau..


Sekian laporan daripada saya.. Saya akhiri dengan serangkap pantun utk Jeje.. 

DIBIUS CINTA NAMA DIBERI
KARYA SULUNG QASH IRDINA
SEMOGA CEMERLANG SETIAP HARI
MENUNGGU KARYA SETERUSNYA PULA


Satu lagi untuk semua pembaca pula...

12 FEBRUARI ITULAH TARIKHNYA
BUKIT TINGGI TEMPAT PELANCARAN
MARILAH KITA DAPATKANNYA
JANGAN LUPA AJAK KAWAN2..


Waaahh berbakat rupanya.. Nak keluarkan buku pantun la kalau macam ni.. hehehe..

Ok.. Sekian.. Terima Kasih
Peace   (^_^)Y

p/s: Jom ramai2 kita menulis.. =)


10 comments:

miss267 said...

Dah terlaksana la niat org tu nak promok di blog~~
hee bagus2 senior ni..

btw,TAHNIAH kpd kak Siti Maziah@ Qash Irdina...xsangka senior 1 pusat program kot ;D
Leh jadikan pembakar smgt nak contnue novel yg dh terkubur nih~~haha

nk berpantun jugak..

Keluarnya Dibius Cinta,
Rupanya hasil senior kolej,
Marilah beli Dibius Cinta,
Sebagai tanda Cinta kat kolej...

hahaha..**tiba ja**
tapi sy nak beli novel ni ye.. ;D

TuJuH BeLaS said...

hehe.. besa la.. mmg bagus pn.. ;p
ye la jadi pembakar smgt.. hope x terbakar hrpn tu ek.. hihihi
wahhh.. bestnya pantun... =)
Beli lebih..

miss267 said...

hee ;p
insyaALLAH..harap2 xterbakar la..hihi
motiff nk beli lebih..
17 byrkan?
ok je..lalala~~
haha

TuJuH BeLaS said...

hehe.. ;p

Qash Irdina said...

hehe.. tengkiu byk2 utk entri ni yer En Hafiz Md. Saad. Sgt2 menarik dan best!! hehe. lagu pun best!! tp lagu lama lagi best. hahaha ^^'

pantun utk pemilik belog ini,

no 17 jersi si dia
abg apiz nama diberi
tiada kata seindah bahasa
terima kasih daun keladi

pantun utk miss267,

terima kasih daun keladi
marilah beli dibius cinta
adik junior yang dikasihi
sebagai tanda perkenalan kita :)

heheh :)

*sory, fail berpantun. xleh challenge korg lah ;p

TuJuH BeLaS said...

thanx..
ala.. kalu letak lagu lama x kena la dgn tema.. xper2.. lagu ni akan terus brkumandang wat masa sekarang..
tanda sokongan kpd Jeje.. hihi
wahh..
pandai bpantun gak rupanya.. bgus2.. hohoho

TuJuH BeLaS said...

1 lg.. thanx kpd org yg mncadangkn lagu ni.. =))

miss267 said...

hee...=)

Nurul NajwaAbuBakar said...

best novel ni..bru je lpas abis bce...dpt 3 bntang ddri 5 bntang..:)

TuJuH BeLaS said...

=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...