Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Monday, February 21, 2011

21 - FESKAB '11



Lamanya tak update blog ni.. Waduh3.. Semakin malas pulak rasanya.. Lagipun wifi selalu ada masalah juga kebelakangan ini.. Jadi bila dah nak masuk blog pun dah tersekat2 dan kadang2 tak dapat masuk pun, SEMAKIN MENINGKAT TAHAP KEMALASAN jadinya.. huhuhu..


Kali ini saya nak bercerita tentang FESTIVAL SUKAN ANTARA BLOK (FESKAB) KOLEJ KERIS MAS 2011 yang berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad (19 dan 20 Februari 2011) baru2 ini..


Dalam festival ini, pelbagai jenis permainan telah dipertandingkan iaitu FUTSAL, BADMINTON, BOLA TAMPAR, BOLA JARING, BATU SEREMBAN, DAM dan CONGKAK yang melibatkan penghuni2 setiap blok di Kolej Keris Mas ini sama ada lelaki atau perempuan selain acara SUKANEKA yang melibatkan pihak Pengurusan, staf2, felo2 dan JAKSA2.. Tahun lepas2 lebih dikenali sebagai KARNIVAL SUKAN KOLEJ..


Siap ada logo lagi yer.. =)

 
Program bermula dengan acara senamrobik (tapi saya tak turun sebab tengah warm up di bilik.. heee).. Dalam pukul 9 pagi semua acara telah bermula.. Saya hanya main bola tampar je mewakili pasukan BLOK 9A.. Bola tampar sebenarnya adalah antara permainan kegemaran saya selain bolasepak dan boling.. Jadi pada waktu petang (kebelakangan ini saja) saya akan turun ke gelanggang jika tiada latihan bolasepak.. Saja nak tambahkan skil2 dan pertingkatkan apa yang patut (padahal tak hebat pun.. heee)..


ni beach volleyball.. huhu

Perlawanan pertama kami menentang pasukan SUKSIS dan perlawanan kedua menentang pasukan BLOK 8B.. Alhamdulillah menang straight set untuk kedua2 game walaupun mendapat TENTANGAN SENGIT.. Lagipun seronok je main dengan mereka2.. PENUH DENGAN SEMANGAT KESUKANAN.. =)). Seterusnya lawan pasukan BLOK 8A... Mereka menang kedua2 set sebab kami dah penat main berturut2 dan main pun waktu tengahari (saja bagi alasan).. hahaha..


Berdasarkan kutipan mata, akhirnya pasukan kami melangkah ke peringkat akhir BERTEMBUNG pasukan BLOK 8A sekali lagi dan bermain pada pagi hari kedua.. Main punya main punya main, berhempas pulas, beradu domba, bersengkang mata semua, akhirnya pasukan kami berjaya MENJUARAI pertandingan dengan 3-1 (main 5 set yer adik2).. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN KAMI.. =)) 

Pasukan JUARA BLOK 9A.. Dari kiri: parin, yan, saya, alang, arip, wan dan aus.. =)

Antara aksi2 lain


Main2 juga.. PEACE jgn lupa.. (^_^)Y
Aksi gak ni.. hehe

Setelah tamat semua permainan maka acara diteruskan dengan PENYAMPAIAN HADIAH.. Jadi apabila diumumkan permainan bola tampar, KAMI DENGAN BANGGA DAN BONGKAKNYA pun pergi la beramai2 satu pasukan ambil hadiah dan medal sebagai JUARA.. BANGGA juga la.. hihihi.. Banyak juga hamper kali ini.. Puas hati juga la.. =)).. Tak lupa juga, TAHNIAH KEPADA BLOK 9 (blok saya ni) KERANA MENDAPAT JOHAN KESELURUHAN .. hihihihi..



MENANG!!!


Apapun disini saya nak ucapkan TAHNIAH kepada SEMUA YANG MENJAYAKAN FESKAB kali ini.. MENANG KALAH ADAT PERMAINAN.. Kepada yang menang TAHNIAH diucapkan manakala yang tak berapa nak menang, CUBA LAGI LAIN KALI.. Yang penting objektif utama program ini dianjurkan iaitu merapatkan hubungan silaturrahim antara penghuni dapat dicapai.. Ramai juga yang baru add FB rakan2 yang baru dikenali masa FESKAB semalam dan hari ini.. hihihi..

hihihi


Sebenarnya sudah lama tak dengar keriuhan dan lama juga gelanggang KKM sunyi daripada suara lunak dan nyaring hantu2 warga KKM sendiri.. Diharap pada masa2 akan datang program ini akan terus dibuat dan segala kekurangan akan dapat dipertingkatkan.. Chaiyok3.. =)))


Sekian. Terima Kasih
Peace  (^_^)Y

p/s: Badan sihat otak cergas minda cerdas




4 comments:

mIsS n_n said...

NICE~~ =))
mcm terperasan something...
hee..
bola jaring n dam jgn dilupakan ;p

shonok berfeskab..
moga lbh byk game n lbh ramai akn turun meriahknnya tuk thn2 slps ni..
insyaALLAH..

p/s: xbaik BONGKAK~haha ;p
peace alwiz (^,^)v

Puteri Narimah Jamali said...

BLOK 11 JUARA KESELURUHAN KATEGORI WANITA... haha~

p/s :: pesanan penaja... hahaha~
XD

Aus Jahidi said...

VOLLEYBALL TEAM BLOK-9 HEBAT!!! :D HAHA

Kill said...

menang byk..tp dapat tiger jer. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...