Entry kali ni saya nak bercerita agak panjang.. Agak terperinci.. Akan ada banyak tulisan daripada gambar.. Yang menceritakan perjalanan masa selama 2 jam di Hospital Serdang..
Selamat membaca..
Situasi 1
26 Januari 2011 jam 9.39 pagi
Tiba2 handphone bergetar (maklum la handphone murah, tak ada lagu).. hihi
Tengok2
<1 message received >
"Abg.. Sedih sedih.. Ijad boleh discharge hr ni.. Org kuliah full!" from Mak Dattin Aqilawani (KILL).. haha. Saya tahu
dia akan menjadi antara orang paling sedih kalau tak sempat jumpa Ijad.. Kenapa saya kata macam tu?? cuba la
masuk blog dia dan
baca entry2 kebelakangan ini.. Nanti anda akan tahu...Klik
MAK DATTIN AQILAWANI untuk masuk blok beliau...
Tapi Siapakah Ijad yang dimaksudkan??
Nama sebenar beliau ialah Mohamad Rohaizad Bakari
Pelajar UKM.. Mungkin Pelajar KKM tahu berita kemalangan ini kerana turut melibatkan
pelajar KKM sendiri yang kehilangan nyawa iaitu arwah Siti Nabilah bt Anuar..
Mangsa kemalangan langgar lari pada 23 Disember 2010 di lampu isyarat Jalan Reko..
Telah berada di Hospital Serdang selama 1 bulan..
Patah kedua2 belah kaki (betis kanan dan paha kiri terpaksa dimasukkan besi)..
Selepas bersembang2 akhirnya
Kill mengambil keputusan untuk pergi melawat pukul 12 tengahari dengan
Aten, Apau dan Linda sebab
Ijad akan keluar dari hospital petang tu juga..
Situasi 2
Jam 1.15 petang
Alang : ''
Hafiz, jom pi tengok Ijad.. Lepas ni dah tak boleh tengok dah. "
Sebab sebelum tu sibuk uruskan pasal
friendly game.. jadi lambat sikit la.. huhu
Saya : "
Jom.. Kita gerak lepas solat."
Sebenarnya agak kelam kabut juga sebab
WAKTU MELAWAT mula pukul
12 hingga 2 petang saja..
Tapi pergi juga la..
berjumpa Ijad buat kali terakhir sebelum dia keluar dari hospital..
Situasi 3
Pukul 2.15 petang
Kami sampai di hospital..
Waktu melawat dah habis.. Kami pun fikir la idea macam mana nak masuk..
Sampai depan mak guard yang jaga laluan keluar masuk ke wad tu,
Saya : "
Puan.. Nak masuk boleh tak.. Kawan saya dah nak discharge kejap lagi"
Mak Guard : "
Discharge??.. pergi bayar di sana.."
Saya dengan alang saling pandang.. Dalam hati ni tanya juga nak kena bayar apa.. takkan la nak masuk ke wad pun kena bayar..
baik masuk panggung wayang kalu macam ni.. huhu
Saya : "
Bayar apa puan??"
Mak Guard : "
bla bla bla bla..... "
Kami tak faham pun apa dia kata.. huhu..
Lepas tu dia kata pergi ambil pas pelawat di kaunter depan..
Kami pun berjalan la nak ke kaunter depan tu..
Tiba2.....
Alang : "
Pis, nk ikut jalan lain tak naik atas??"
Saya : "
Ada ke? Kalu ada jom la.. "
Maklumlah alang dah selalu pergi hospital tu..
Kami pun naik ikut
tangga kecemasan ke tingkat 2 dan naik ke tingkat 7 guna lif seperti biasa.. hihihi
Situasi 4
Sampai di wad ijad..
Nampak la family ijad dah bawak turun barang.. Tinggal
ijad dengan kill, aten, apau dan linda je..
Lepas bersalam dengan ijad, mula la bersembang2 macam2 sambil
bahan membahan.. dan semestinya
bahannya adalah Kill.. hihi..
Masa sembang2 tu, ada la
geng2 nurse pelatih datang beramah mesra dengan pesakit2 kat wad tu.. Termasuklah dengan ijad.. Nampaknya mereka
sangat mengenali ijad (
mungkin sebab begitu lama ijad tinggal di situ dan dia juga peramah)..
Tak lama kemudian tetiba kelihatan
mak guard yang jumpa di bawah tadi meronda2 di wad tu.. Nampak saja tempat ijad
penuh dengan manusia2 degil (kami la) yang x reti keluar selepas waktu melawat ni dia pun datang...
Mak Guard : "
Kenapa ramai2 sini?? Waktu melawat dah habis."
Aten kot : "
Kawan saya dah nak discharge.. Jadi nak jumpa dia kejap.. Nak tolong apa yang patut.."
Mak Guard : "
Kalau discharge pun tak boleh ramai2... 2 orang saja."
Kami semua secara serentak dan tak ikhlas menjawab: "
BAIK !!!"
Tapi semua saling tengok muka masing2 sambil tahan gelak..
Motifff???
Lepas tu mak guard tu dok ronda2 kat wad tu..
Sebenarnya
risau gak sebab takut
dia cam saya dengan alang yang
masuk secara haram ni.. hoho..
Dengan tiba2
saya mendapat ilham..
Saya : "
Dia tak bagi ramai2 kan.. Kat sini ada lagi 3 pesakit atas katil.. Apa kata kita amik katil sorang 1.. Kita buat2 la kita ni family dorg.. Bleh kita sembang2 jarak jauh.. "
Alang : "
Takpa2.. Alang pakai tongkat ni.. wat macam orang sakit.. "
hahahahaha...
Riuh wad tu dengan gelak tawa kami..
Pakcik depan katil ijad tu tengok je... Kesian tengok dia.. huhu..
Lepas tu ijad pun kata nak bergerak balik dah.. Kami pun tolong la apa yang patut.. Angkat beberapa barang lagi.. Sambil tu
alang nak tutup kerusi malas.. Nak bagi senang bawa.. Tapi beberapa minit cuba, tak boleh tutup gak..
Alang : "
Macam mana ni ijad?? Tak boleh tutup pun"
Ijad : "
Lipat itu, lipat ini, pegang itu, pegang ini"
Saya : "
Mai nak tolong.. Aik.. macam mana ni.. Awat tak boleh tutup.. (bukan tak tahu tapi dah lama tak lipat kerusi malas ni) "
Mereka2 gelak je tengok kami berdua dok cari jalan macam mana nak tutup kerusi tu..
Tiba2...
"
Lipat yang tu dulu.. Pastu terbalikkan.. pegang sisi. "
Pakcik yang tinggal di katil bertentangan katil ijad tu bersuara..
Kami pun : "
Oh macam ni ka.. Terima kasih pakcik." sambil tersenyum.. =))
Ijad pun nak salin pakaian.. Jadi langsir katil dia ditutup..
Along dan Apau tolong dia.. Kami pun
beramai2 mula la beramah mesra dengan pakcik tadi.. Rupa2nya dia pun kena
langgar lari.. Paha pun kena masuk besi.. Umur dalam lingkungan 70-an.. Tinggal di Seri Kembangan.. Ada anak 3 orang.. Semua tinggal dan kerja di
Dubai..wow
...
Sambil2 berbual tu sambil2 membahan dan mengutuk orang.. hahaha..
tak baik betul.. ;p
Ijad pun dah siap tukar pakaian.. Apabila Apau tarik je langsir,
SEMUA ORANG TERGAMAM...
Kenapakah???
Hahahahahaha... Kami ternampak NOH HUJAN Jr..Ni dia.. hehe
|
Ijad aka Noh Hujan Jr. |
|
|
Kami pun ambil la kesempatan ni nak bergambar dengan dia..
|
Linda, Alang, saya, Apau, Aten, Kill dan Cik nurse tu bersama Ijad.. |
Cik nurse pun
bagi la ubat2 dan pesan itu dan ini.. Banyak sungguh pesanannya.. Kenapa tak hantar pesanan ringkas je atau bahasa lembutnya SMS... hihihi
Lepas tu kami pun nak
bergerak bawa Ijad turun.. Nak keluar dari wad tu
semua staf dan doktor sapa ijad dan berharap dia cepat sembuh..
(agak mesra layanan mereka.. Lagipun mereka mengenali pesakit).
Along dan Apau bawa Ijad turun dulu sebab kami ada beberapa benda nak
settle kan bersama ayah ijad apa yang patut berkaitan Ijad dengan pihak hospital..
Setelah selesai di wad, kami bergerak turun..
Ijad dan keluarga dah ada di depan pintu utama untuk masuk dalam kereta.. Sementara tunggu ayah Ijad pergi fotostat beberapa dokumen, kami sempat lagi
membahan Kill.. hihihi..
Sory yer Kill ..
Beberapa minit lepas tu ayah dia sampai.. Ijad pun
dimasukkan dengan berhati2 ke dalam kereta.. Sebab
kaki dia masih sakit.. Kami pun bersalam dengan keluarga dia..
Saat itu saya rasa macam agak sedih terutamanya apabila melihat
Ijad termenung saja masa masuk tu..
Dia tak toleh pun..
Saya tahu dia rasa
sangat terharu terutamanya dengan Kill, Aten dan Apau yang sangat
banyak meluangkan masa ke hospital melawat dan menghiburkan dia..
Mak ayah dia pula tak henti2 ucapkan terima kasih sebab tolong jaga ijad selama dia di hospital..
Penghargaan ini sepatutnya diberikan kepada APAU, KILL dan ATEN disamping ALANG..
Akhirnya kereta itu pun mula bergerak...
Ijad toleh dengan senyuman keharuan dan terus hilang dari pandangan..
Ketika itu, dalam hati saya:
ALHAMDULILLAH...
IJAD..
KAU DIKURNIAKAN RAKAN2 YANG SANGAT BAIK DAN SANGGUP BERKORBAN DAN BERKONGSI SUKA DUKA BERSAMA KAU..
Semoga kau tak bersedih lagi..Walaupun kau kehilangan arwah, tapi masih ramai bersama kau..
Dan
disini saya sangat ingin menyatakan sesuatu kepada mereka2 ini..
APAU : KAU MEMANG SEORANG KAWAN SEHIDUP SEMATI..
KILL DAN ATEN: ABG SANGAT KAGUM DENGAN KORANG.. WALAUPUN KORANG GILA2 TAPI HATI KORANG SANGAT2 BAIK TERHADAP KAWAN2 RAPAT.. ABG SALUTE SAMA KORANG..
ALANG : MANUSIA NI SAYA DAH MALAS NAK KOMEN.. DIA MEMANG TERBAIK..
LINDA, AYIN DAN LAIN2 : SENTIASA MENJADI PENDENGAR DAN PENASIHAT YANG BAIK.. TERIMA KASIH..
Ini sahaja entry kali ini.. Banyak pahit manis sepanjang melawat Ijad selama ini..
Dan kepada Ijad SEMOGA CEPAT SEMBUH.. KAU MESTI KUAT..
|
Kau mesti kuat macam ni ijad.. =) |
Sekian. Terima Kasih..
PeaCe (^_^)Y
P/s : Teman senang mudah dicari.. Teman susah sukar dicari.. Semoga kita mampu menghargai.. =))