Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera...
Hampir 5 bulan dah tak buat entry baru.. Tapi masih ramai yang tetap masuk blog ni.. Terima kasih diucapkan.. Semoga segala info yang berguna yang terdapat dalam blog ni dapat dimanfaatkan sepenuhnya manakala yang kurang berguna tu dielakkan la ye.. huhu..
Ada sesetengah orang kata blog ni adalah tempat luahan perasaan sendiri.. Jadi banyak la blog2 dibina sebagai medium untuk melepaskan apa yang terbuku di hati.. Ada kebaikannya kerana ada sesetengah perkara yang ditulis di dalam blog sememangnya mahukan reaksi atau komen atau kata2 nasihat dan perangsang daripada pembaca.. Dalam keadaan ni aku tengok ramai pembaca sentiasa memberi komen2 positif dan membina terutamanya saat penulis blog dalam keadaan sedih atau tekanan.. Ia seolah2 kita sedang meluahkan atau membincang sesuatu masalah atau keadaan dengan orang lain yang mungkin kita kenal atau mungkin kita tak kenal.. Sekurang2nya dapatlah mengurangkan sikit beban yang ditanggung..
Namun ada sesetengah blogger yang menjadikan blognya sebagai tempat luahan perasaan terutamanya yang bersifat terlalu peribadi.. Aku faham kadang2 penulis blog tak sedar bahawa apa yang ditulis itu akan dibaca oleh ramai orang (samada follower atau tak - sikit atau banyak).. Mungkin penulis tersebut ingin menjadikan blognya sebagai DIARI HIDUP dia.. Cuma penulisan yang agak berlebih2an ni akan mengundang rasa meluat pembaca.. Walaupun mungkin ada yang suka.. hihi
Apapun terpulang kepada empunya diri.. Ada yang suka hebohkan apa yang dilakukan dan ada juga yang sekadar ingin melepaskan apa yang tersimpan.. Begitu juga dengan pembaca kerana setiap manusia mempunyai pandangan masing2.. Ada yang suka dengan setiap penulisan kita namun ada gak yang tak suka.. Yang penting harap pembaca dapat berfikiran positif dan mungkin menegur jika ada yang terlanjur dalam penulisan.. Termasuklah blog aku ni..
Sekian..
*Sebenarnya takdak idea nak tulis.. Cuma rasa seperti ingin sedikit aktif berbanding sebelum ini dalam berblogging... hihi