Ya Allah Ya Tuhanku
Engkau berhak ke atas hambaMu ini
Engkau yang memberi rezeki kepadaku
Engkau yang memanjangkan usiaku
Engkau yang sentiasa memandangku
Segala tindak tandukku
Segala tingkah lakuku
Tidak pernah terlepas walaupun sedetik
Aku redha
Andai Engkau memberi dugaan kepadaku
Atas segala kesilapanku
Sepanjang hidupku
Aku pasrah
Andai apa yang Engkau turunkan ini adalah pengajaran buatku
Atas segala kejahilanku
Selama ini
Kerana
Hanya Engkau yang tahu niat hatiku
Hanya Engkau yang nampak segala yg aku lakukan
Sesungguhnya aku adalah manusia
Yang tak pernah lari dari sesuatu keinginan
Namun apabila sampai satu detik
Engkau berikan petunjuk untukku berfikir kembali
Kerana aku dah terlalu jauh
Dan aku bersalah
Aku tak bersyukur dengan apa yang telah Engkau berikan
Pada detik itu
Pahit untuk aku telan itu semua
Melibatkan insan lain menyebabkan aku sakit
Melibatkan insan lain menyebabkan aku sakit
Namun dariMu aku mohon kekuatan
untuk menunjukkanku jalan
Kerana aku yakin dengan kekuasaanMu
Aku mengadu kepadaMu Ya Allah
Aku hanya insan yang lemah
Tika saat ini air mataku menitis
Untuk menyatakan penyesalanku
Dan aku hanya inginkan keampunanMu
Kerana aku manusia
Yang sentiasa lupa perananku
di dunia ini
Bahawa AKU ADALAH MILIKMU
Ampunkan segala dosaku Ya Allah
Hanya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mengasihani
:'(
:'(