Discription

- Kesukaran menambahkan pengalaman Pengalaman mendewasakan pemikiran -

(^_^)Y

Followers

Monday, April 25, 2011

26 - PESANAN



" Jika kita menyukai seseorang itu, biarlah ia hanya sekadar sahaja 
kerana kemungkinan dia akan menjadi orang yang paling jauh (dibenci) 
dengan kita di kemudian hari.. 
Jika kita membenci seseorang itu, biarlah ia hanya sekadar sahaja
kerana kemungkinan dia akan menjadi orang yang paling rapat 
dengan kita di kemudian hari "


Semenjak dua menjak ini banyak pula ayat ni (lebih kurang macam ni)
berkumandang di post2 facebook.. Tak kurang juga di blog2.. 
Jika diamati, ayat ini adalah satu nasihat mendalam 
yang perlu untuk semua umat manusia ambil perhatian.. 
Saya rasa apa yang dinyatakan dalam ayat ini sudah banyak terjadi di dunia ni.. 

Ye la.. Kita hanyalah manusia.. Yang sentiasa alpa.. 
Yang sentiasa melakukan kesilapan.. Namun itu tidak bermakna kita 100% silap.. 
Mungkin hanya sebagai pengajaran dan peringatan.. 
Kerana apa??
Kerana kadang2 Allah sengaja mempertemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat belajar sesuatu daripadanya.. 
Dan sebagai manusia, kita perlu yakin bahawa apa sahaja yang berlaku 
pasti ada hikmahnya..
Jadi setelah kita berusaha, kita tawakkal dan redha dengan segala keputusannya..

Walaubagaimanapun teruslah menghargai semua yang berada disekeliling kita
kerana sedikit sebanyak pasti ada kebaikan yang telah mereka lakukan untuk kita..


INSYAALLAH

25 - M A N U S I A B I A S A


Saya manusia...
Yaaa.. Saya manusia biasa..
Yang tak lari daripada kesilapan..
Yang tak lari daripada kebodohan..
Yang tak lari daripada berfikir yang bukan2...


Saya manusia..
Yaaa.. Saya manusia biasa..
Yang sentiasa dihimpit rasa bersalah..
Yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah..
Yang sentiasa dilontarkan dengan sumpah seranah..


Saya manusia..
Yaaa.. Saya manusia biasa..
Yang mahu menjadi orang yang selalu menghiburkan..
Yang mahu menjadi orang yang selalu menyenangkan...
Yang mahu menjadi orang yang selalu memberikan..


Saya manusia..
Yaaa.. Saya manusia biasa..
Yang memilih jalan ini..
Yang memilih cara ini..
Yang memilih gaya ini..


Saya manusia..
Yaaa.. Saya manusia biasa..
Yang sentiasa mengharapkan keampunan..
Yang sentiasa mengharapkan kemaafan..
Yang sentiasa mengharapkan kesejahteraan..


INSYAALLAH



Monday, April 18, 2011

24 - SELAMAT HARI LAHIR


Setelah sekian lama menyepi.. Akhirnya kembali berblogging.. Ada saja yang tanya kenapa tak update blog.. Adoi.. Tak ada pula jawapannya.. Tapi tak perasan pula entry ni adalah entry ke 24.. Dan tiba2 ada yang ingatkan yang saya ni dah berumur 24 tahun pada 17 APRIL 2011 iaitu semalam la.. Jadi sesuai la dengan  nombor entry blog pasal birthday saya.. huhu


Pertama sekali saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR yang ke-24 kepada diri saya sendiri pada 17 APRIL 2011.. Pong!! Pang!! Boom!! Kebaboom!! (syok sendiri) hehe.. 






Nampaknya umur dah semakin meningkat.. Harap2 kematangan pun akan semakin meningkat la.. Tak lupa juga amal ibadat (sesungguhnya manusia ini selalu lalai dan alpa).. huhu


Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memberi peluang kepada saya untuk terus bernafas di muka bumi ini.. Mudah2an sy dapat menjadi insan yang lebih baik pada masa2 akan datang dengan keredhaan-Nya.. InsyaALLAH..


Apapun disini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya kepada ibu tersayang, Zaiton bt Ramli kerana telah bersusah payah melahirkan saya ke dunia ini.. Tak lupa juga kepada ayah saya, Md Saad bin Lebai Awang yang telah menjaga keluarga dengan baik dan kedua2 nya yang mendidik kami adik-beradik selama ini.. 


Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada guru2 dan rakan2 saya di Sekolah Kebangsaan Lahar Budi (SKLB), Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar (SMKDSO), pensyarah2 dan rakan2 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta semua insan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan saya dunia akhirat..


Sesungguhnya doa kalian adalah hadiah terbaik buat sy..



Sebagai insan yg lemah, saya hanyalah manusia yg sentiasa melakukan kesalahan dalam sedar dan tanpa sedar.. Diharap andai ada kesilapan telah saya lakukan, semua dapat menegur saya yer.. Saya juga ingin memohon beribu2 kemaafan andai telah menyinggung perasaan sesiapa selama ini.. Jika ada benda yg saya terlepas pandang atau terlupa, bolehlah tuntut dengan saya.. Terima kasih juga diucapkan kepada insan2 yang sentiasa bersama ketika saat suka duka saya selama ini..


TERIMA KASIH!! SAYA SAYANG ANDA SEMUA.. 



(^_^)


p/s: Semoga hidup sentiasa dirahmati dan diberkati






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...