Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera semua..
Apa khabar??? Harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat..
Waahhhh.. Skema pula ayat.. ^^
Sambil merehatkan tubuh badan di tilam yang empuk ni tiba2 teringat pula zaman prasejarah Degree dulu.. Untuk pengetahuan semua saya belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan belajar dalam program Geografi.. Program ini adalah program 3 tahun bermula sesi 2007/2008.. Ini bukan nak cerita pasal program tapi pasal kenangan 3 tahun bersama rakan2 dalam program ni.. Tajuk entry ni lain macam kan.. =)
Ingat lagi, pada minggu pertama perkuliahan, semangat belajar dengan disiplin pemakaian amat saya titikberatkan.. Masakan tidak.. Pergi kelas pakai baju kemeja + seluar slack + tie + kasut hitam berkilat dan yang paling tak menahan RAMBUT SIKAT TENGAH . Maklumlah.. lepasan STPM.. Skema tak habis2.. huhu.. Masa tu memang berkobar2 la nak pergi kelas.. Sanggup beratur panjang nak naik bas (sebab tak ada kenderaan lain).. hoho.. Dalam kelas biasa2 je.. Tak ada la aktif sangat.. =)
|
Alamak.. Segak2 lak.. hihi |
Akibat banyak bergaul dengan rakan2 sekelas (study group + discussion) saya mula ada ramai kawan.. Terutamanya kawan2 daripada program Geografi.. Program ini pula boleh dikatakan setiap semester akan ada kajian lapangan di luar daripada UKM, jadi semangat assabiyah Geografi tu memang wujud.. hehe.. Akhirnya kami sudah dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat dalam masa setahun pengajian..
Ketika inilah saya dah rapat dengan mereka2 ini.. SAIFUDIN, FRANKIE, BASRI, AZMER, SOBRI, ADAM, FAHMI, PIJIE, MAT JUE dan HALIM (sebab ini je lelaki yang ada dalam kelas).. huhu.. Biasanya kami akan lakukan aktiviti bersama2.. Termasuklah rakan2 perempuan kelas ni.. Sukar untuk digambarkan dengan kata2 akan nikmat persahabatan ini.. Rasa dunia ni KAMI YANG PUNYA... (waaahhhh.. ayatttt).. hihi.. Macam2 la perkara yang ditempuhi bersama.. Antara gambar2 yang ada..
|
Ulu Bendul - Ogos 2007 |
|
Dekat Pantai Morib - Oktober 2007 |
|
Pulau Kapas - Ogos 2008 |
|
Tepi pantai di Pulau Kapas.. Sebelum menjalankan tugas.. =) |
|
Tasik Chini - Januari 2009 |
|
Kelaparan.. Di Sg. Chini |
|
|
|
Kumpulan 2 Geomorfologi Pinggir Pantai - Pantai Casuarina, Mersing Januari 2009 |
|
Cameron Highland - Ogos 2009 |
|
Bunga-bungaan di Cameron Highland.. =) |
|
Bukit Fraser - Februari 2010.. Kerja Lapangan terakhir kami bersama2.. =( |
|
Hikayat indah hanya tinggal kenangan.. =(.. |
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun.. Alhamdulillah selepas 3 tahun bergelumang dengan dosa bersusah payah menempuhi onak duri pengajian di universiti ini, akhirnya kami semua mendapat keputusan yang melayakkan kami menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Geografi) dalam Majlis Konvokesyen 8 Ogos 2010.. Tahniah kepada rakan2 yang mendapat taraf CEMERLANG pada sijilnya.. ANDA LAYAK.. =)..
|
Sebelum masuk DECTAR |
|
Lagi gambar.. |
|
Akhirnya.. Alhamdulillah berjaya menggengam segulung ijazah (tapi pegang bunga).. hihi |
Itu ada perkara yang terjadi tahun lepas.. Kini segalanya hanya tinggal kenangan.. Semua telah berpecah mengikut haluan masing2.. Ada yang sambung pengajian di peringkat Sarjana (Master), ada yang telah bekerja, jadi bos, yg dah bertunang, berkahwin dan sebagainya,.. Rasa macam ingin berkumpul kembali macam dulu2.. huhu..
Tapi satu perkara yang perlu difahami, MASA SEMAKIN MAJU KEHADAPAN, UMUR SEMAKIN MENINGKAT, TANGGUNGJAWAB SEMAKIN BERAT namun HIDUP MESTI DITERUSKAN..
Semoga kalian berjaya tidak kira dimana sahaja kalian berada..
Saya harap kita semua PELAJAR PROGRAM GEOGRAFI, PPSPP, FSSK, UKM sesi 2007 hingga 2010 akan dapat berkumpul kembali pada masa akan datang.. InsyaALLAH..
SAYA RINDUKAN ANDA SEMUA
2 comments:
ni bukan apa ni
dok g chini tu yang wat teringat balik kan
dulu pegi chini ramai2
skg berapa org sgt
tau xpa.. hahahaa
Post a Comment